Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. ----- rupenye byk btul kelemahan aku slalu je nak merungut kan?tak bersyukur langsung, Allah pun ckp kan lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan sebaliknyaaa tp kalau kite jahat tak bole ke kite nak cari lelaki yg dpt bimbing kite untuk jadi baik?atau kite kena berubah jadi baik dulu?
Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta. ----- so far nyaris2 la kawan paling rapat plak tu, sib baik die tu xde feeling dgn aku, cume aku je yg SS tak sangka lak aku berani confess kat die aku suke die hahaha skang die pun da kawin n ade anak...
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. ----- yess truely agree, sometime yang senang luah kata2 tu senang jugak die nak luah kata2 perpisahan....so never say hello if u gonna say goodbye..
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri. ------ ye ke??kena tny org yg suke berjanji ni, kalau da kawin tu mmg la kena slalu ckp kan tp yg lum confirm lg ni dah mcm2 kata2 manis tp habuk je laaa
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar. ---- sebenarnya, apa yang manusia nak drp cinta??
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan. ---- maybe, sbbnye cinta smpi mati tu laaa baru cinta kan??kalau cinta putus cinta putus ni mcm puppy love je laaaa
Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. ------ ya btullll, manusia yang bute, xtau nak nilai baik dan buruk
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?” ---- aku jrg je ckp or tanye soalan camni tp still kena tinggal jugak....maybe ade hikmahnye kan, die bukan hakmilik kite, pertemuan ade cume jodoh yang xde, so wat pe sedih2kan...life must goes on
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang. ----- urrmmm susah nak ckp ni, zaman skarang lebih pentingkan rupa paras dan harta semata...
No comments:
Post a Comment