Friday, April 13, 2012

For me & you

Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini

Friday, April 6, 2012

Harap maaf kalau pembaca yang tak berkenan ape yg aku post dlm blog ni...sesungguhnya aku xdpt nak puaskan hati semua org.

Kalau rase annoyed or menyampah, sila jgn datang sini dah yeeee...terima kasih

And I think setiap ape yg ditulis ni sama ada secara langsung or tak langsung ade kaitan dgn hidup aku..sometime kite boleh gune apa yang berlaku pada org lain, dan kite share.. as long aku tak menjatuhkan sesiapa atau revealed name sesiapa.

Berkaitan dgn doa atau tempat mengadu, kadang kala kite tulis dan org bace..secara tak langsung org tu pun akan berdoa seperti yang dibaca tu kan?

Tak semestinya aku tulis semua doa yang aku minta padaNya, cume ape yang aku tulis tu dapat di'apply' pada semua org...kadang2 kite xde masa nak bukak quran atau buku agam tp kite rajin nak bukak fb or blog or ngadap pc or tv.. ape salahnye dgn keasyikan kite mengadap pc ni, bile terbaca blog aku ni pasal doa or pedoman yg dicedok dari blog yang bertauliah, maka secara tak langsung kite sama2 berkongsi dan beramal.

Tak semua org suke ape kite buat dan tak semua orang akan buat apa yang kita suke. Nak jaga hati semua org dengan korbankan perasaan sendiri mmg susah nak buat tapi kalau rasa itu yang terbaik, insya allah kalau x dpt balasan kat dunia, Allah akan tunggu kita kat syurga walaupun lame mane kite kena balas kat neraka (moga dijauhkan).

Dalam otak tuan tanah ni mcm2 nak buat untuk habiskan sisa2 hidup bujang...hahaha mane la tau kan cume bersiap sedia dari sekarang supaya kita akan redha kalau sesuatu yg menghalang utk kite teruskan hidup mcm skang ni...

Semoga kalian dpt doakan yang terbaik untuk kita semua dan hidup aman.

Tuesday, April 3, 2012

Murahkan rezekiku..

Ya Allah,

Kau murahkan rezeki kepadaku,
Kau nekadkan hatiku untuk membantu org2 yang lebih memerlukan.

Jika rezeki bukan padaku,
Kau berilah rezeki pada mereka, supaya hidup mereka lebih baik dari sebelumnya....

Berilah aku kekuatan untuk membantu org2 yang memerlukan bantuan...

Sunday, April 1, 2012

Maaf Hati, Aku tidak jujur dengan kamu...

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?

Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
"Bila Hati itu Bertulang."

source from : iluvislam.com