Friday, November 30, 2012

Debaran kian terasa.....

Mane tak debarnyeee...bajet pro player then brani nak masuk ini tournament ---- USIM Netball

Pengalaman dan skill masih putik jagung tapi ape leh buat, dikelilingi oleh kawan2 yang minat bersukan, dan suke nak mencabar diri sendiri. Akhirnyaaa, dapat menghantar 1 team ke USIM...

Jadinye, weekend ni berkampunglahhh di USIM, semoga tak jd lauk sardin laaaa...walaupun training dlm sebulan je, asal ade game baru turun training, mmg hebat btulll...lagi2 plak skang ni asik ujan je, training plak outdoor court yang tak memenuhi spesifikasi antarabangsa, mau laaaa pancit dibuatnye kalau masuk court betul.

Nak dijadikan debaran ni lagi best bile ade jugak kategori lelaki, xpernah tgk secara live camne diorng main, adakah lelaki adik2 or gagah perkasa, tapi kalau main lagi teror dr kami mmg laaaa tergugat rasenyeee..anyway, will be update bile smpi masanyeee nnt.

Mase mude2 pucuk pisang tu, posisi wajib aku WD, C plak kadang2, WA plak jarang2....bile dah tua mcm buluh  ni, aku punye posisi wajib C, sunat WA haiiiyyyyoooo mmg mencabar stamina.

Anyway, hidup aku skang sgt full dgn aktiviti ptg dan malam, so sbb tu weekend rest aje, tapi kalau ade panggilan cemas utk turun ke gelanggang akan ku bergegas ke sane jugak...


 Posisi paling glemer tapi aku x sukeee sbb semua kawasan boleh masuk kecuali D, masak haku



 Posisi aku paling sukeeeee...sbb boleh kuarkan bolaaaa jgn smpi ke kawasan D lawan hahaha...


Posisi ni aku xsuke sbb kena carik ruang utk amik bola dr tengah kawasan....kalu xdpt lari dr pihak lawan kompom bola xsmpi kat gol aku


 Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan selama ini.

Thursday, November 29, 2012

1st class : Table tennis coaching

Yesszaaaa...mase mule2 dengar pun bikin penasaran jerk. Tapi nawaitu nak improve diri utk kasi gilap ini tgn menggesek, meng'chop' dan meng'spin' itu bola sangat la tinggi, nasib ade kawan2 yang seangkatan nak ikut same, kalau tak mmg lagi haru laaaa...

Planning dr thn lepas, tapi bese laaa komitmen sukan lain byk sgt, mane taknyeee org tu laaa main futsal, org tu laaa main badminton, org tu laaaa main netball dan nak kejar court yg cume leh gune certain2 hari jerk (nasib aku laaa, mase study dulu xmo gune puas2), nak wat camne kegunaan khas utk student.

Setelah macam dugaan akhirnyaaaa, kelas pertama berjaya jugak dijalankan, dan setiap hari Rabu jam 5.30-7.30 ptg kena stick on that routine. Lagipun ape2 changes akan diberitahu melalui sms, sbbnye coach ni pun ade personal class kat luar jugak, so kadang tu maybe die ade hal ke ape, xperlu la turun or main sparring je laaa...

Mmmg cuak laaaa, sbb former Malaysia player kan (Ms Chong Choi Ting), diorg pun cakap coach garang slalu kena marah, tapi dgn beginner die tak hush sgt la kot, so far so good laaaa tp tang die stat ckp mandarin dgn budak2 tu mmg haru lerrr...

So kami ni diberi latihan basic giler2, die nak tgk cara kite pukul sume, pegang mcm mane, forehand, backhand, stroke & smash...so farrr ok laaa lagi, sbb kite always ready bola yg die nak bagi, no spin or chop kan...its ok slowly la kann...TM pun lum wat lg tournament utk pemilihan ke kastel hihihi...aimed so high la sgttt (tapi kalau dapat syukur la sgt2, already miss my team dgn lawak2 merapu diorng tu).

Alhamdulillah 1st class going well, then we will see after 3rd class sbb die akan review & bgtau bayaran sebenar, hopefully not more than RM50.

p/s : class hari pertama x brani nak amik gambo takut coach dah aimed awal2...so kite respect as is it, kalau sempat snap baru upload yeeee...hihih

Wednesday, November 28, 2012

Cinta High Class

After Subuh tadi terbaca kat wall fb Shahir AF, kalau ade peluang nak bace overall crite dlm novel ni..ade sape2 dah beli???bleh pinjam??
"Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanita, itu tanda dia sedang beri cinta murahan. Nak pandai uji sahaja. Tak pun, touch and go. Jika lelaki muliakan kita dengan pangkat isteri, itu baru tandanya dia jujur mencintai," kata kakak. 
"Lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan mainan atau dijadikan pendamping seumur hidup. Dia menilai melalui cara kita melayani kata-katanya," dedah kakak. "Bagaimana?" Qani'ah bertanya. "Kalau kita terhegeh- hegeh dan senang percaya, dia akan main-mainkan perasaan kita dengan ayat-ayat keramat. Kalau kita ada prinsip, dia akan hormat," kata kakak. 
"Apa prinsip kakak?" Qan'iah bertanya lagi. "Kalau ada orang minat kakak, kakak akan kata, 'Jauhi diriku, dekati waliku'. Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya. Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita. Dia tiada peluang langsung untuk permainkan kita," kata kakak. -

petikan dari novel Cinta High Class

Monday, November 26, 2012

Exhausted...

Perjalanan pulang ke kampung & balik ke bandar kali ni sgt2 laaaa penat... mane taknyeee dgn selsema, sakit tekak & pening kepala...

4 Hari menahan diri xmo mkn ubat (dadah kononnyee) dan jmp doktor, akhirnya aku tewas jugakkkk, pepagi hari dah pegi ngadap doktor tp xdpt MC sbb aku x mintak hahaha... tambahan x best sbb doktor klinik yg serasi dgn aku ni dah tuka doktor mudeee...so bole assume kan??

Ni mmg pe'el aku laaaa, even rase xsihat tp kalu doktor x tny nak MC ke tak aku mmg x akan mintak. Sanggup mintak ubat yg tak akan ngantuk kalu tak cemane aku nak drive kan...

So mlm ni kena mkn jugak ubat batuk (pdhal baru mkn durian) sbb aku dah rase kering gile2 tekak ni...pas isyak trus telan then harap2 esok masih bernyawa....kuikuikui

Jmp laggiiii lain kaliiii....


Friday, November 23, 2012

Bagi Tuhan Tiada yang Mustahil

KU YAKIN SAAT KAU BERFIRMAN
KU MENANG SAAT KAU BERTINDAK
HIDUPKU HANYA DITENTUKAN OLEH PERKATAAN-MU

KU AMAN KAR’NA KAU MENJAGA
KU KUAT KAR’NA KAU MENOPANG
HIDUPKU HANYA DITENTUKAN OLEH KUASA-MU

BAGI TUHAN TAK ADA YANG MUSTAHIL
BAGI TUHAN TAK ADA YANG TAK MUNGKIN
MUJIZAT-NYA DISEDIAKAN BAGIKU
KU DIANGKAT DAN DIPULIHKAN-NYA

Songwriter: Sari Simorangkir

Thursday, November 22, 2012

To all MBA (Malayan Blues Army)

Each of us yang sokong the Blues mesti skang ni tgh berdukacita, kecewa, marah, macam2 perasaan bile Pengurus yang boleh dikatakan banyak bagi sumbangan pada the Blues. Sape lagi kalau bukan Robbie Di Matteo.

Nak kate aku ni peminat bola tegar tu xde la jugak, tak penah pegi stadium pun, tgk games kat tv pun ikut mood laaa jugak. Tapi dah sebabkan bile berkumpul adik bradik kat rumah, secara tak langsung asik bukak espn or sembang2 pun ckp psl the Blues, so aku pun dah terjerat same...

Mane diorg nak layan kalau aku ajak borak psl masak2 ke, baju2 ke...huhuhu nasib badan lerr.

Alasan paling kukuh xmau terlalu fanatik sbb aku ni mudah sgt meradang kalau ade perang emosi drp kelab penyokong lain..so baik aku wat bodo jerk..kalu tak nnt parah jadinyeee kuikuikui

Dan kalau tak silap the Blues dah dpt pun pengurus baru iaitu Rafa Benitez, ye ke tak??muehehehe kalu silap jgn mara arrr...so far aku x kenal sgt la cara keje mamat ni (ceh mcm laaa aku tau hal2 bola sedunia) tapi xpe laaa kite tgk je camne...kalau si Matteo tu 6 bulan, yang ni kena buang gak laaa kalu xcapai target dlm mase tu kan? Kata nak fair play so kena fair gak lerr management..

Anyway, I will be missing Matteo, xdpt nak tgk kelibat die pki suit kat tepi pdg tu haaaa....

 Kata-kata terakhir beliau (mungkin aku bleh copy paste, bile smpi mase aku tinggalkan MMU ni) :-

"Walaupun saya dipecat,tapi saya tak simpan apa2 perasaan tak puas hati terhadap Chelsea. Yang ada hanyalah rasa sayang yang mendalam terhadap The Blues. Menjadi penghormatan apabila dilantik menjadi manager untuk kelab yang saya
cinta sebagai pemain dan sentiasa dekat di hati saya. Saya tersangat bangga atas kejayaan dan piala2 yang kita mampu bawak ke Stamford Bridge dalam beberapa bulan kebelakangan ni."
" Membawa Chelsea menjulang trofi Champions League yang pertama,di Munich merupakan pencapaian terbaik untuk kelab dan juga untuk saya, sama ada sebagai pemain atau manager. Ia merupakan kenangan yang saya akan ingat sepanjang hidup saya.
Saya ada perasaan yang mendalam dan tidak berbelah bahagi terhadap Chelsea Football Club dan saya ingin berterima kasih terhadap semua staff, pemain2 dan juga semua peminat2 yang sentiasa memberikan sokongan yang jitu sepanjang saya menjadi manager untuk Chelsea."
 All the best to you toooo...


Palestin, Israel

 UPDATED...

Sejarah Palestin & Israel

***************************

Aku tak berapa arif tentang sejarah dua2 negara ni, ape pun yang aku tau serangan yang Israel buat utk mempertahankan diri tu macam tak logik jerrrr...

Ape laaa sgt teknologi perang yang Palestin ade sampai nak musnahkan semua yang ada kat situ.

Isu boikot plak aku tgk mcm2 ragam ade...siap gaduh2 sesama kita plak tu...so lebih baik laa kite diam dari ckp ape2, kalau nak boikot or tak semua tu dari diri sendiri je laaa, mmg susah nak ubah org lain kalau kita x ubah diri sendiri.

Urmmm..anyway have to be grateful sbb ada di bumi Malaysia, itu pun dugaan skit dah rase mcm paling teruk Allah dah bagi. Tapi bagi diorng tu dugaannya lagi dahsyat dan boleh jadi trauma sepanjang hidup.

Dan ade bace brite yang Israel akan isytihar gencatan senjata. Tak tau laaa smpi bile tu kan...

Ape2 pun kita yang xmampu nak hulur sumbangan secara fizikal dan emosi, In shaa Allah bole dermakan doa2 untuk mereka kat sane. Kerana doa adalah senjata org Islam.


Doakan juga rakyat kat Malaysia ni bersatu hati, xmo gaduh2..perang2, mesti nak idup aman damai.

Wednesday, November 21, 2012

Sebelah Jiwaku

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur

Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur

Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya

Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Kini ku berani lebih berdikari



p/s : lagu best tp sayang xdpt masuk AJL huhuhu....

Sunday, November 18, 2012

Ku berserah

Ya Allah,
Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.

Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,
Bantulah aku untuk melangkah, Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai, Engkau buangkanlah jua segala rasa dengki dan khianat, ya Allah.
Aamiin ya Rabb..

And now, I'm trying to keep it by myself. Must be careful of people, most people die akan dgr ape luahan kita tapi kat belakang mula laaa bercerita kat org lain plak. My own shoulder to cry, my own hand wipe my tears, my own words to give me support.

Thanks to Allah coz His give me all this, to make me be such a strong person inside at this moment. He will wake me up whenever I forget about Him. 

Kuatkan aku ya Rabbi. Jangan Kau biar aku kelam dalam sepi. Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan. Izinkan aku mendekati takdir dengan hati yang redha. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkan jiwa ini. Jangan biar diri ini tandus dimamah kekufuran. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu.

Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Wednesday, November 14, 2012

Tokoh terbilang Tun M & Tun CT

When chosing MMU as your destiny to further your study, this are the things that I'm thinking of :-
1. Duration short than other U's, igtleh dpt master umo 24 then PHD before 30 tapiiii....aku masih di sini
2. Sbb Tun Ct Hasmah mase tu jadi Canselor, so berangan kalau amik scroll ade gak gambo dgn die..
3. UPU punye offer tak best, kat UiTM Dungun
4. Many moreeee...

Kebetulan plak mase study, aku ni student paling bosan dan paling pasif. So peluang nak bergambar dgn 2 tokoh terbilang ni sangat laaaa xde kot.

Lepas blaja, alhamdulillah dapat keje di MMU and jaga event plak tu.....setelah sekian lame, hampir 4thn lebih baru la ade peluang dpt personal gambar dgn diorg. Sebelum ni ade jugak amik gambar mase jamuan raya tp mase tu gambar bersalaman aje laaaa....tapi kali ni dapat jugak bergambar.

Tun Ct plak dah x jadi Canselor lagi, so mesti susah dah nak jumpe. Luckily I have the chance. And I'll share to you all....kuikuikui

This pic taken by my fren when the Convo Dinner @ 16 Oct 2012 (sedih sgt sbb si putih masih di hospital), mase ni die tgh borak2, then aku terpakse mencelah untuk mintak amik gambar, then beliau menjawab "Boleh, kena bayar seposen", then aku reply "RM10 pun boleh Tun" hihihi...

Gambar ni plak x igt tarikh tapi mase ni nak dekat2 konvo sbb Tun nak rehearsal prompter. Mase ni mmg xde org cume aku dan 3 org rakan kerja. Then ape lagi kan, hari2 terakhir beliau di MMU, aku kena laaa amik peluang ni and I'd got it.

Insya allah, thn dpn nak bw mak & ayah dtg raye umah diorng....both of them really want to see this two legend.

Monday, November 12, 2012

Si Putih kembali






He's coming back after a month...Alhamdulillah

Its happen mase konvo MMC, peristiwa tercelup dlm air....mmg mase tu jantung berdegup kencang, otak berpusing2, mulut xhenti2 mengucap....rase mcm ade org rentap jerk jantung ni....dah cube rendam dlm beras xbleh...mcm2 dah buat xleh on jugak

Dah lerr utang lum abis byr lg...die nak buat hal pulak huhuhu...

Bile hati dah tenang sket, hantar ke senQ for service, then 2 weeks after dat call to collect tp try on xleh jugak huuuuu then again jantung cam kena rentap moga2 xde ape2 yang teruk, then xjadi amik and diorng anta smule, and 2 weeks later senQ call smule and suruh amik phone ni. then bile try, Alhamdulillah boleh gune smule, siap update new software lagi, and all FOC, i lap u laaa Samsung.

Mmg hidup xkeruan bile xde si putih ni...biar xde boipren drp ilang si dia yang satu nih... sbb si dia ade je mane2 aku pegi, kalau tunggu bas sensorang aku leh belek2 die, kalau mkn sensorang sambil belek si putih ni...kalu bosan aku type some sort of diary dlm ni...

Tapi ape yang di simpan dlm ni, gambar2 pegi bercuti and many more mmg tak dpt diselamatkan lagi, however tetap bersyukur sbb si dia dpt diselamatkan. No worries anymore.

Cume yang buat aku worries skang ni, kasut yg aku antar kat cobbler blakang kfc tu, agaknye rumah abg tu banjir kot, huhuh dah 2 minggu dah ni, 3 psg plak tu anto repair mcm xdpt balik jerk kalu hanyut dek air deras. Dah la tiga pasang tu kasut kesayangan...urrmmm sungguh keduniaan sungguh laaa, mujur aku masih mempunyai ahli keluarga. Kalau tak hidup aku lagi x keruan.