Friday, January 30, 2009

Beryl’s Chocolate Wonderland in Genting Highland

Dengar name pun dah buat air liur meleleh, lum pegi lagi kat tempat tu......
Sebelum tu kamu semua boleh bace artikel ini tentang Maniskan Hidup di Taman Coklat dan mesti faham ape yang aku terliur sangat tu, maklum laaaa hantu coklat pun ye jugak....hehehe

Aku suke makan choc dari Beryl's ni...especially perisa tiramisu, sanggup pergi sampai ke LCCT tu semata-mata nak beli, kat Famos Amos pun ade jugak tapi kalau dekat LCCT banyak skit coklat2 yang ado...leh aku tapau skali untuk adik-adikku Cadbury Choc.

Oh yeeee, jari-jari dan lengan kanan sakit semua gara-gara main badminton 3 hours, 4 games at last make me be in final but kalah jugak akhirnyaaaaa... nak makan ke pegang barang pun susah, tangan terketar-ketar macam orang parkinson...huhuhu, ade masa nnt akan di'upload' gambar2 mereka yang kalah dan menang.

Pasni leh la slalu turun 'court' sebabnya peluh lagi senang keluar ditambah dengan 'no aircond and fan at Indoor Sport Centre' and nak try blajo berenang kat pool, kena beli seluar 'tight' sebabnya baju renang muslimah tak mampu nak beli lagi hehehe...

So, target nak turun berat badan harap-harap dapat direalisasikan...Aminnnnn

Thursday, January 29, 2009

I like to move it...

Semalam aku ade 'list'kan barang yang aku idam-idamkan masa poket tengah kempis...korang ingat lagi tak?? Urmmmm.... so far dah ada insan yang sangat baik di dunia ini akan bawa aku makan-makan kat My Asam Pedas yyyeeeaaaaaaaaa........

1. Makan-makan (Big Apple, My Asam Pedas, Tarbush, KFC, Secret Recipe) ---- coming soon
2. Shopping
3. Jalan-jalan (London, Paris, New York)
4. Tengok wayang (Bride Wars, Geng Upin&Ipin, Bedtime Stories (2nd time))
5. Main bowling
6. Laptop Compaq Presario CQ40 /CQ45 = RM2099 je..

Siapa-siapa lagi yang baik hati, banyak duit yang tak tau nak blanje kat mane boleh laaaa tgk2 'list' aku ni, mane tau ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

Wednesday, January 28, 2009

Nasib Harimau Malaya

Statistik menunjukkan 80 peratus daripada sejumlah 3,000 ekor harimau Malaya di Malaysia akan pupus dalam tempoh 50 tahun lagi. Apakah Rancangan Tindakan Harimau Kebangsaan dapat menyekat kepupusan itu dengan tambahan 1,000 ekor harimau menjelang tahun 2020?



SEPARUH abad yang lalu, bilangan harimau Malaya khabarnya semakin berkurangan di Malaysia. Bilangan yang dicatatkan ketika itu adalah 3,000 ekor tetapi kini yang tinggal hanya 500 ekor. Anggaran yang dikeluarkan pada tahun 1990-an itu membangkitkan pelbagai persoalan.
"Kemungkinan hanya 200 ekor yang masih selamat daripada peluru pemburu, kegiatan pembangunan dan sektor pertanian serta pertembungan dengan manusia. Ia sering berakhir dengan pembunuhan tanpa catatan rekod rasmi," kata Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah.
Aktiviti perhutanan dan menggondolkan kawasan tanah tinggi secara haram memaksa haiwan yang hidup bersendirian itu keluar dari habitat mereka.


Kesempitan ruang hidup dan ketiadaan bekalan makanan seperti babi hutan, rusa sambar dan kijang turut memaksa sebilangan kecil harimau mencari makanan di kawasan perumahan dan jalan raya tanpa menyedari risiko yang menanti.
Selama empat tahun sejak tahun 1999, negeri Terengganu melaporkan sebanyak 309 kawanan lembu telah mati diserang harimau.
Antara tahun 1979 hingga 2006 pula, sebanyak 31 orang dipercayai dicederakan oleh haiwan yang sama dan 15 daripada mangsa itu meninggal dunia.
Melihat trend peningkatan kes harimau menyerang penduduk setempat sejak tahun 1991, agensi dan pegawai kerajaan telah mengambil langkah drastik bagi membendung penularan isu itu dengan menembak mati 13 ekor harimau Malaya dan 22 lagi dihantar ke Zoo Melaka serta Zoo Taiping.
Ternyata, apa yang terlepas pandang setiap kali kes sebegini dilaporkan dalam media massa ialah punca atau faktor yang mencetuskan keadaan itu berulang.


ZOO Negara pernah berjaya menghasilkan anak harimau beberapa tahun lalu.


"Perbuatan memasang perangkap dan memindahkan haiwan tersebut ke kandang bukanlah satu tindakan bijak kerana dalam jangka masa panjang, ia sama sekali tidak menangani konflik sebenar.
"Salah satu unsur penggalak kepada kewujudan masalah itu adalah ketidakseimbangan atau pengurusan tanah yang tidak betul serta pemburuan harimau untuk dijual di restoran yang semakin berleluasa," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF-Malaysia), Datuk Dr. Dionysius Sharma.
Pegawai Kanan Konservasi, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Kanitha Krishnasamy pula memberi satu perspektif ringkas bagi menggambarkan kesan fragmentasi alam atau hutan secara tepat.
Menurutnya, pada kurun ke-19, hutan hujan tropika meliputi hampir 90 peratus di seluruh Semenanjung Malaysia. Menjelang tahun 1957, kawasan yang diliputi hutan berkurangan kepada 74 peratus dan kebanyakan kawasan tanah rendah telah ditukar statusnya bagi menggiatkan sektor pertanian. Semakin lama semakin kurang kawasan liputan hutan, misalnya pada tahun 1970-an, hanya tinggal 61 peratus manakala hanya terdapat 47 peratus hutan pada tahun 1980-an.
"Dalam setahun, kita kehilangan kira-kira 7,000 kilometer persegi kawasan hutan asli," jelas Kanitha yang menambah selain harimau, habitat dan kitaran makanannya juga perlu dilindungi.


GAMBAR harimau Malaya yang dipamerkan di Zoo Negara.


Populasi harimau sememangnya bergantung kepada limpahan makanan yang mudah diperoleh, di samping berkelana secara bebas tanpa gangguan. Namun malangnya spesies harimau tetap menjadi sasaran bagi memenuhi kerakusan dan sikap manusia yang tamak mengejar keuntungan besar.
Dalam satu kes yang dilaporkan pada awal bulan ini, beberapa ekor harimau yang telah dikerat diseludup ke Thailand. Dikhuatiri haiwan itu berasal dari Malaysia dan sedang dalam perjalanan ke negara China untuk dihidangkan di meja-meja restoran.
Seekor harimau hidup tidak pernah meraih harga yang tinggi di pasaran iaitu hanya dalam lingkungan RM4,000 seekor tetapi harimau yang dibunuh mampu diperdagangkan di pasaran gelap sehingga RM135,288 seekor.
Pada tahun 2006, sebuah Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) mendedahkan bahawa pemburuan dan perdagangan harimau Malaya di Malaysia melebihi 200 ekor dan dijual dalam tempoh tiga tahun (2004 hingga 2006).
Walaupun harimau Malaya telah diwartakan dan dilindungi di bawah undang-undang Malaysia sejak tahun 1970-an, namun masalah berbangkit seperti penguatkuasaan yang lemah tetap timbul.


SEEKOR daripada dua harimau Malaya yang dijumpai di sebuah pangsapuri di Thailand sebelum dihantar ke China untuk dijadikan ubat tradisional.


Melihat penyusutan bilangannya yang drastik, Rancangan Tindakan Harimau Kebangsaan (TAP) dilancarkan pada hujung tahun lalu setelah mengadakan perjumpaan pada bulan Oktober 2006. Pelan induk itu adalah hasil usaha sama Gabungan Perlindungan Harimau Malaysia (MYCAT) yang terdiri daripada Persatuan Pencinta Alam (MNS), Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), TRAFFIC dan Persatuan Perlindungan Hidupan Liar (WCS).
Diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, empat langkah telah diatur untuk dilaksanakan sejak awal tahun 2008. Antara pengelasan yang dirangka adalah melindungi pusat hutan hujan tropika utama, menyediakan program perlindungan yang efektif dan berpanjangan, mempromosikan dan mempraktikkan penggunaan tanah yang mesra ekologi serta mengaplikasikan sains dalam pengawasan aktiviti perlindungan harimau Malaya.


SEBUAH perangkap harimau dipasang di Jeli, Kelantan beberapa tahun lalu setelah penduduk mendengar ngauman haiwan tersebut.


"Di bawah langkah pertama, lokasi-lokasi yang dikenal pasti merangkumi landskap hutan hujan tropika yang diiktiraf oleh badan antarabangsa dan melindungi kawasan itu daripada pencerobohan.
"Usaha perlindungan harus mencakupi koridor masuk dari semua arah dan bukannya dikawal selia secara individu. Kawasan-kawasan hutan itu tidak hanya dikategorikan sebagai sensitif tetapi amat penting diawasi bagi menambah bilangan harimau Malaya dalam persekitaran semula jadi," ujar Kanitha lagi.
Seorang jurucakap WWF, Sara Sukor pula berkata, sebaik sahaja langkah pertama dilaksanakan, aktiviti perlindungan yang spesifik seperti penjaga hutan dan pos kawalan akan disediakan bagi mengelakkan pemburuan haram. "Perlindungan ke atas Hutan Simpanan Tetap sangat mustahak dan kritikal kerana ia merangkumi 85 peratus daripada habitat harimau di Malaysia."
Kedua-dua organisasi MNS dan WWF juga bersetuju bahawa langkah ketiga dan keempat memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk jalinan persefahaman antara kerajaan tempatan dan persekutuan. Selain itu, ia melibatkan penyelarasan antara Jabatan Pembangunan Bandar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengurusan pertanian dan hutan dan sebagainya.
Sementara itu, pengendali zoo di negara ini juga tidak ketinggalan menyumbang kepada usaha melindungi harimau Malaya dan TAP. Bervisikan pembiakan haiwan yang berkelas dunia, zoo terbesar di negara ini telah mengambil beberapa langkah positif bagi menggalakkan pertumbuhan populasi harimau Malaya.


STRUKTUR tulang harimau yang diawet di Zoo Negara.


Di Zoo Negara di Hulu Klang, sebanyak tiga ekor harimau Malaya disimpan dan dipantau keadaannya dari semasa ke semasa. Tiga harimau yang dinamakan Cathy, Zana dan Pacing itu disediakan kawasan berkeliaran yang besar dan diubahsuai agar serupa dengan habitat liarnya di hutan.
"Kemudahan bagi haiwan itu diselenggara agar ia menepati habitatnya sambil menggalakkan pembiakan yang sihat," ujar Dr. Mohamad yang menambah harimau di zoo dilatih supaya mengadaptasi dengan kehidupan di hutan agar tidak 'terkejut' apabila dibebaskan nanti. Antaranya ialah cara mencari makanan.
Sebelum ini Zoo Negara pernah menghasilkan anak harimau yang dikongsi antara zoo tempatan, Hong Kong dan Jerman.
Bagaimanapun, beliau enggan mendapatkan harimau dari habitat liar kerana bimbang terhadap tekanan yang bakal dihadapinya apabila dimasukkan ke dalam zoo.
Dr. Mohamad berhasrat untuk menaikkan lagi ketinggian pagar di kandang harimau Malaya di Zoo Negara, terutama di sebelah pengunjung, selain menambah baik sistem takungan air di tasik dan membina tempat pemerhatian yang berhadapan dengan kandang harimau Malaya.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap konservasi harimau, Dr. Mohamad menunjukkan kepada Kosmo! koleksi haiwan yang diawet di sebuah bilik khas di hospital veterinar. Spesimen dan tulang-tulang haiwan itu tidak pernah dipamerkan kepada khalayak ramai. Rahsia itu tersimpan selama 25 tahun
Mengapa? "Semuanya kerana kesempitan kewangan dan tiada bilik khas untuk disusun rapi. Terdapat juga struktur tulang harimau yang lengkap dan boleh digunakan sebagai medium pengajaran dan pendidikan kepada orang awam," jelasnya sambil menunjukkan bahagian badan haiwan seperti monyet, burung, rusa, singa dan gajah yang telah diawet.

Tersangat-sangat Penat

Cuti Tahun Baru Cina ni mmg paling penat bagi aku laaaaa...sebabnyeee nak balik kg jalan 'jammed', nak balik KL smule pun jalan 'jammed' naik cramped kaki dok tekan 'brake/clutch' huhuhu....ditambah pulak dengan gelajat pemandu 'berhemah' yang suke2 hati memotong belah kiri, xbagi signal nak potong line, nak kuar simpang melulu je, xnmpk kete aku 'yang paling laju' tengah meluncur...sib baik laaa kat Ulu Bendul tu x 'jammed' so dpt la tunjuk skill 'drift' (yo la sgt)...

Leh tak tetibe aku tengah menaip ni, bau durian menusuk ke hidung, kuat nak mampus baunye...sapo laaaa bawa durian x pelawa aku ni???!!!Tak pe, aku kan hantu durian, orang x pelawa tp aku leh cari kat tepi jalan tu hehehe sapo2 yang baik hati blanje la aku makan bubur kacang durian yang sedap cukup manisan dan santannya, aku 'ngidam' ni...huhuhu

Disebabkan kedudukan kewangan tidak berapa stabil untuk dapat gaji akhir bulan Feb nnt, suka cita laaa mane2 insan makhluk Allah yang nak blanje aku seperti perkara-perkara yang aku idam-idamkan untuk bulan ni, kalu xdpt aku 'postponed' la smpi akhir tahun hehehe.....

1. Makan-makan (Big Apple, My Asam Pedas, Tarbush, KFC, Secret Recipe)
2. Shopping
3. Jalan-jalan (London, Paris, New York)
4. Tengok wayang (Bride Wars, Geng Upin&Ipin, Bedtime Stories (2nd time))
5. Main bowling
6. Laptop Compaq Presario CQ40 /CQ45 = RM2099 je..

Buat mase ni cukup la dulu nnt byk2 ckp aku paksa korang, daripada baik hati jadi busuk hati....
Sesiapa yang baik hati itu, hanya Allah sahaja yang dpt balas jasa baik korang ye....kalu xdpt salah 4 daripada ni nampak gayanya aku kena cari keje lain laaaa plak huhuhu


Thursday, January 22, 2009

The Most FMD's Eligible Bachelor Wedding

Tarikh : 10 Jan 2009
Masa Bertolak : 7.00 pagi - 8.00 pagi
Destinasi : Kota Gelanggi, Pahang

Gambar-gambar untuk tatapan semua...

Tengah tunggu peserta rombongan..masing-masing bersemangat pagi-pagi lagi dah tunggu nak naik basss.... And the most popular driver for that day is Mr Fuad..


Berhenti rehat dan sarapan pagi di Genting Sempah. Dihidangkan 'homemade' karipap dan sandwich from Kak Yus and wife Nazmi...


Gambar-gambar diambil oleh jurugambar amatur sepanjang majlis berlangsung.


Singgah di Air Terjun Lintang, Pahang

Diharapkan anda semua berpuas hati dengan hasil kerja yang tidak seberapa ini...Sebagai kesimpulannya (wahhh macam karangan BM lak hehehe), semua peserta rombongan sangat berpuashati dan pelaburan RM20 adalah sangat berbaloi...... Kite tunggu turn sapa lak pas ni ekkkk....ke Negeri Sembilan ke...Pahang ke...Perak ke....

Monday, January 19, 2009

Asap oooooohhh Asap

Now I'm feel sooo sick...my heart feel soooo weak...

I'm really fell sick and hate if I have to smell cigarette smoke....

I'm always smell it day and night...sometimes bangun pagi nak hirup udara segar tapi the most *&*^^$%$%&*^$ air I have to face it 7days 24hrs....

The smoke will make all my day ruin...rase xleh nak wat keje ape2.....xsmpi 2 jam ngadap pc aku dah rasa macam nak pitam...

Perbuatan yang paling aku pantang skali ialah....bile hembus asap sesuka hati je nak sembur kat mane2....xkira la kat kedai mkn ke kadang tu tempat 'non smoking' pun tak diendahnye...maybe most of the smokers ni tak tau bace 'the only sign' kot...aku agak2 je laaaaa

Itu kalau ada sign macam tu laaaaa...kalau xde sign tu memang bermaharajalela laaaaa asap2 berterbangan di angkasa yang semakin kecil dan nipis...bukan nak menjatuhkan orang2 yang merokok tapi...kawan-kawan yang kenal aku mesti tau aku mcm mane, mostly diorng akan sembunyi sejauh yg boleh utk smoking....kalau ada yang nak merokok boleh BUTTTT....PLEASE NOT IN FRONT OF ME, aku rasa otak, hati dan jantung aku tak mampu nak bertahan dengan asap2 &*^&%^$^$^& ....aku tak merokok tapi kenapa aku perlu tanggung akibat lebih teruk daripada orang yang merokok.... PLEASE laaaaaa, aku rela kena tikam daripada mati terseksa sbb hidu byk sgt asap rokok (aku harap aku mati dengan cara terhormat dan dalam iman, AMIN)......

Aku tak nak 'explain' ape2 kesan buruk akibat merokok sbb itu jantung, mulut, duit dan badan korang lagipun aku rase setiap orang yang merokok dah arif sbb kat kotak tu memang dah tulis, ckp byk2 pun xgune, kempen macam2 pun bazir duit dan tenaga je, cukai naik pun xde hal laaaaa, bajet untuk 'itu' mmg ada...Thank you Allah my dad and brothers didnt smoke until now...

Aku tulis hanya kepentingan peribadi aku, sbb aku sayang sangat jantung, hati dan otak yang Allah dah berikan dan sebolehnya aku nak hindarkan sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada diri aku sendiri....sebab aku takut nnt dalam kubur kena soal kenapa tak jaga anugerah yang Allah dah bagi dengan sebenar-benarnyaaaa...

Wednesday, January 14, 2009

Buuusssssyyyyy

Rase macam nak pecah kepala aku.....byk gilerrrr keje nak kena wat huhuhuhu
Gambo wedding Mr Rizal aku akan update laterrrr....

This week je hari2 aku ade meeting, pagi dan petang...
Pastu nak clearkan kerja-kerja kat Atheneum Gallery....sabtu ni pun aku kena supervise kontraktor nak wat keje for FOC..bese laaaaa exec mane de OT, keje setengah mati huhuhu....

Then next week kena submit report Internal Audit dah lerrr group aku 2 org je tp kena audit 3 dept....hanginnnn btul

And now every Mon & Wed aku ade klas tuisyen sebelah malam...kurang2 leh gak terhibur dengan gelajat budak2 ni semua...klako ade, berangan pun ade, byk mulut pun ade....kire xdo laaaa den tension je sepanjang hari kan...time nak balik bergelimpangan berlari...mcm takut antu, tiap2 ari nak kena jerit jgn lari nnt jatuh...dah lerrr umah cikgunyeee paling tinggi....tp biasa la bdk2 kan....

Urrmm.....continue laterrrr, nak have a nap to refresh my brain....

See u then...daaaaaaaaaaaaaa

Monday, January 5, 2009

Selamat Pengantin Baru.....

New Year Weddingssss!!!....

Aku ada dapat beberapa jemputan perkahwinan untuk tahun 2009......

Opening Wedding was from Rizalludin (baju biru dalam gambar) dan pasangan Norayesha Nazli a.ka Shasha on 10 Jan 2009 kat Jerantut both are MMU staff (FMD vs MBA). Staf FMD akan naik bas pada hari itu...kitorang bayar tambang tau....igt jaga bas leh dpt free ke??huhuhu



2nd event for this new year is from my best buddies in SKKS (primary school)..... Afiza Nurul Ain anak Pak Chat (Arshad) on 25 Jan 2009, sadly sbb x penah jumpa lepas kitorang abis UPSR....and excited sbb leh jumpa die masa die kawin and maybe leh jumpe lagi ramai kawan2 skolah...igtkan die dah lupekan aku...huhuhu walaupun tarikh tersebut aku bercadang nak gi daki bukit (konon-konon bawa diri la kan hehehe) tp aku rase aku kena dtg kenduri die....aku rindu sangat kat die.....

3rd.... aku lum dpt any invitation lagi.....

Friday, January 2, 2009

Hancur Hatiku.....

Kenapa tajuk aku camtu???....

At 2.39 a.m
- woke up to the toilet and saw this.......
- you all know what happen????my fridge wire was eatan by hamster....aaarrrgghhhhh
- fyi, I thought 'animal' like 'him' wouldnt eat wire....
- the worst part was not only the insulator wire (penebat wayar) had been eaten but the wire inside it already broken. (Kalau laaaa aku tak sedar lagi lame, aku rase peti ais aku leh terbakar kot), I have to replace the new one huhuhu...
- the problem is 'him' is not mine...how am I gonna tell the owner with the best sentence and way not to make anyone hurt or feel uncomfortable....(please help me!!!)

About 4.30 a.m
- baru laaaaa aku dpt tdo dengan tenang, tp sekali lg dikejutkan dengan mimpi pasal 'binatang' itu....

At 8.30 a.m
- because of this, I dont have any mood to work but have to force to do the work.......so many worksssss to do......

updated**

- baru bulan lepas abis bayar 'installment' pada mak, tak sampai setahun lagi aku beli.....huhuhu