Tuesday, February 21, 2012

Berilah aku kekuatan seperti Narayan Krishnan (CNN heroes 2010)

Terlalu banyak dugaan yang datang bila kita cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Terlalu banyak hasutan syaitan yang sentiasa memberi dorongan utk bersifat negatif.

Hanya diri sendiri yang dpt menghalang dan mengawal dari melakukan sifat2 buruk. Sentiasa menasihati diri sendiri, apa saja dugaan yang melanda Allah turunkan kerana Dia lebih mengetahui sama ada kita mampu menghadapinya.

Semoga aku lebih banyak memberi drp menerima kerana hidupnya manusia di dunia ini untuk berbakti kepada yang lebih memerlukan. Jika dimurahkan rezeki dan kemampuan fizikal & mental aku berharap untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Sekurang-kurangnya aku masih dikurniakan tulang 4 kerat.... dapat berbakti kepada diri sendiri dan juga org lain.

"I want to save my people, that is the purpose of my life" -------- http://edition.cnn.com/SPECIALS/cnn.heroes/archive10/naryanan.krishnan.html

Bile keluar je dari rumah, mcm2 situasi yang buat aku thinking of something, pengemis, org tua yang jln perlahan dan akhirnya ketinggalan komuter, org kurang terurus berjalan tanpa tujuan sambil berckp seorg diri, at that moment will make me realizing one think, why I cannot help them? I dont have enuf money...but when reading about the article above, I realize that ape saja niat yang baik, akan sentiasa ada jalan dan rezeki yang datang tanpa kita minta. 

Cume kekuatan mental dan fizikal serta kepercayaan kepada Maha Pencipta yang diperlukan untuk berbuat kebajikan seperti ini.

Mungkin boleh dilakukan secara kecil2an seperti menderma, walaubagaimanapun aku harap suatu hari nnt aku mampu mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk mengumpul semua insan2 yang memerlukan dan menjaga dgn sebaik mungkin, kerana mereka juga berhak untuk hidup seperti manusia biasa.

Friday, February 10, 2012

Sekadar renungan...

Sharing is caring....
Semoga Allah memberikan hidayah dan ketakwaan yang berpanjangan kepada kita. masih belum terlambat untuk menjadi yang terbaik buat diri sendiri.
Jangan lupa amalkan ini. Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.

1)      Memaafkan seseorang.

Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku. Semua kesalahan diletakkan di bahuku. Aku redha. Aku telah memaafkan dia. Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya. Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah. Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta. Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

2)      Bermuhasabah diri

Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa. Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita. Ingatlah, tidak mati dek keji. Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri. Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita. Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti. Insyallah..

3)      Berprasangka baik

Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’. Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.

4)      Berserah segalanya pada yang Maha Esa.

Jangan terburu-buru mengejar cinta. Berhenti seketika. Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?
Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah. Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Anggap la ini ujian dari Allah.

Ia benar. Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan. Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.


Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..

Wednesday, February 1, 2012

Jika ini takdirnyaaaa....

Hari demi hari, pelbagai dugaan dan cabaran yang aku harus tempuhi. Kadang2 dugaan tersebut dapat dikawal dan adakalanya perasaan marah yg tidak dpt dikawal.

Lebih2 lagi apabila org lain lebih memikirkan reputasi dan kepentingan sendiri tanpa memikirkan perasaan dan effect perkara tersebut. Dan sila berfikir kalau org buat mcm tu pada adik, kakak or mak sendiri.

Dont think if I'm looking or acting like nothing happen or berpura-pura mcm xde ape yang berlaku. Kalau ikutkan hasutan syaitan dah tentu aku akan menadah tgn untuk mendoakan perkara yg tidak sepatutnya aku doakan dan beberapa kwn2 juga ckp aku terlalu memberi muka.

Tapi walaupun iman hanya senipis kulit bawang, tp aku masih mempunyai fikiran yang waras dan hanya mendoakan segala yang berlaku dan akan berlaku selepas ini dapat aku hadapi dgn tenang...wat ever people want to say about me, i think its enough that I'm always thinking for the best for others.

Pasni aku plak laaa kena pentingkan diri and dont ever think and take serious what others say to me....If rase nak marah try to smile smpi hati tu akan sejuk dgn sendirinya...

Supaya akal dan hati dpt dikawal oleh iman dan redha dgn setiap apa yang berlaku ade hikmahnye.

Terima kasih kepada seorang teman yang sehingga kini masih berada di sisi walaupun aku tahu satu hari nnt aku harus lebih kerap bercerita kisah hidup ini kepadaNya...

Biar org anggap kita jahat tapi kita sebaliknya daripada org anggap kita baik tapi kita sebaliknya......