Monday, October 31, 2011

Aku Insan Biasa

Everyday pray and telling myself that I have to be strong....I MUST..

Have to let go all the bad things that haunting me every single second

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian.

Aku hanyalah insan biasa yang hanya memohon perlindungan dan kebahagian dunia akhirat dariMu...

Aku hanyalah insan yang lemah dan sekerdil2 hamba walaupun aku sedat setiap dugaan yang kau berikan adalah berada di dalam kemampuanku untuk menanggungnya....pada hakikatnyaaaa tersangat2laahh susah dan perlukan kekuatan yang amat tinggi.


Ya Allah, jika dugaan ini adalah untuk menebus segala dosa-dosaku sepanjang hidup ini, aku harus redha dan pasrah atas apa yang telah Engkau berikan padaku..

Semoga senyuman yang terukir dari bibir ini sama seperti senyuman di dalam hati, kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui

Tunjukkanlah aku jalan yang betul supaya aku dapat menempuh dugaan ini ke jalan yang diredai...

Aminnnn....


Friday, October 28, 2011

Cukuplah aku mencintaimu di dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


sumber : allahseeker.blogspot.com

Monday, October 24, 2011

Lelaki biskut dtg lagiii...

Nak berleter sket pasal lelaki biskut ni, aku pun x phm laaa nape nak main2kan perasaan aku....

Suke2 hati die nak sms, nak senyap pastu timbul balik...

Mase tenggelam tu ape die wat, then ape motif bile die timbul dan carik aku....

Kalau die call mmg aku xde mood nak angkat, rase sakit ati jerk kalu dgr sore tu...

Bile tak angkat leh tanye plak nape x angkat, then lmbt sket aku reply sms bgtau aku bz and will sms him bile dah free....die jwb "janji tau"....huh aku plak duk terpk psl plan die yg x penah show off tiap kali ajak aku kuarr...

Thats why laaaa aku xpenah suh laki janji ape2 kat aku...xnak berharap yg tinggi sgt nnt aku gak yg seksa. Pada aku ayat2 manis or kata tu x berapa penting kalu tak buat pun ape yg dicakapkan tu...

Nak ignore without feeling any guilty, how????

Sunday, October 16, 2011

Aku si miskin bandar


Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 26/12/2009 – Wilayah Kota
RM3000 Ke Bawah Kategori Miskin Bandar – RMK 10
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)

 
Huhuhu aku adalah salah seorang drp org miskin bandar tersebut....

Ape skills yang aku ade???Untuk memastikan org yg carik aku???Bagi aku duit byk2????

Nak keje sendiri perlukan modal dan semangat berani menanggung risiko...Am I dare??


Thursday, October 13, 2011

Syukur..

Happy to know that your are happy....

Thanks to Allah....I'm trying not to forget You and always pray for others happiness....

Saturday, October 8, 2011

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Nak tahu di mana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Dan di mana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


sumber :-  http://akuislam.com

Monday, October 3, 2011

It's Me

Kalau cintakan seseorang, kita jangan beritahu si dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahu Allah. Allah Maha Tahu jodoh kita siapa. He knows the best for us.
I'm preferred to be seen as imperfect person, rather than I'm know everything. Lets them know that I dont know nothing, rather than I'm 'good & smart'. I'm glad to be me even its hard for me.

Sunday, October 2, 2011

I love ME

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita..

Berusaha, berdoa dan bertawakal, itulah yang sebaiknya. Jodoh, ajal, maut, pertemuan, semua Allah sudah aturkan sejak azali lagi. Yakinlah duhai hati.Allah menyayangimu.

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)