Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 26, 2012

Perpisahan itu terlalu menyakitkan

Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan  bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.

Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.

Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  

Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.

Tuesday, January 10, 2012

New Year 2012

It had been so long, I'm not writing here. Rase tak de mood nak tulis dan xde ape pun yg menarik buat mase ni.

Dalam tahun 2011, byk pahit manis yang telah berlaku. Wat ever it is, I have to be strong and be as good as I want to be, not others. They just can talk and talk get the thing fly with the wind tanpa siasat perkara yg sebenar berlaku.

Dan benda tu pun still ade smpi la skang ni. Aku pun x tau sape punye angkara tp aku x phm org yg sebarkan cerita tu tau drp aku  ke atau saje nak mereka cerita.

Aku tak penah mintak duit kalu aku xcukup duit, xpernah susahkan org rasenyeee...tapi ade je yg sibuk2 nak bawa cerita psl aku tanpa tny aku ape2...sesedap rase jerk.

Ape kate untuk tahun 2012 ni, kite same2 audit diri sendiri, sblm kite sibuk nak audit org lain....xsalah nak tegur tp biar kena pada tuan bdnnye, bukan gune org tengah ke telangkai ke ape2 je laaaa...

Kalau rase x puas hati, terang2 ckp, jgn nak pndi2 buat cerita. tgk, tahun baru dah wat mood aku spoiled sepanjang tahun, but hopefully aku akan dpt brite2 yang menggembirakan selepas ni...

And dlm 2 bulan lebih ni aku perlu melaksanakan tugas yg aku perlu lakukan yang terbaik di hari terbaik bersama org2 yang terbaik dlm hidup aku...dan terima kasih kepada mereka atas kepercayaan yg telah diberikan.
Dlm bab keje plak, everyone had their dream to gain more experience and try new environment to upgrade their life. Harap2 thn ni tak mls nak cari keje...I hope I;m no longer here within 5 years.