Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan
di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan
tenang. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana
ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang. Namun, kita perlu sedar
bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu
ungkapkan dengan perkataan. Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan
pula perpisahan melibatkan insan yang disayang tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat
untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.
Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat,
nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat. Apa yang
penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur
dalam kesedihan. Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.
Masih
ada! Iaitu di alam abadi. Di tempat yang tidak akan ada lagi
perpisahan ke dua kali. Kerana itu kita perlu saling menasihati dan
saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana
nanti. Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan
segala kurniaanNya.
No comments:
Post a Comment