Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 21, 2012

Berilah aku kekuatan seperti Narayan Krishnan (CNN heroes 2010)

Terlalu banyak dugaan yang datang bila kita cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Terlalu banyak hasutan syaitan yang sentiasa memberi dorongan utk bersifat negatif.

Hanya diri sendiri yang dpt menghalang dan mengawal dari melakukan sifat2 buruk. Sentiasa menasihati diri sendiri, apa saja dugaan yang melanda Allah turunkan kerana Dia lebih mengetahui sama ada kita mampu menghadapinya.

Semoga aku lebih banyak memberi drp menerima kerana hidupnya manusia di dunia ini untuk berbakti kepada yang lebih memerlukan. Jika dimurahkan rezeki dan kemampuan fizikal & mental aku berharap untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Sekurang-kurangnya aku masih dikurniakan tulang 4 kerat.... dapat berbakti kepada diri sendiri dan juga org lain.

"I want to save my people, that is the purpose of my life" -------- http://edition.cnn.com/SPECIALS/cnn.heroes/archive10/naryanan.krishnan.html

Bile keluar je dari rumah, mcm2 situasi yang buat aku thinking of something, pengemis, org tua yang jln perlahan dan akhirnya ketinggalan komuter, org kurang terurus berjalan tanpa tujuan sambil berckp seorg diri, at that moment will make me realizing one think, why I cannot help them? I dont have enuf money...but when reading about the article above, I realize that ape saja niat yang baik, akan sentiasa ada jalan dan rezeki yang datang tanpa kita minta. 

Cume kekuatan mental dan fizikal serta kepercayaan kepada Maha Pencipta yang diperlukan untuk berbuat kebajikan seperti ini.

Mungkin boleh dilakukan secara kecil2an seperti menderma, walaubagaimanapun aku harap suatu hari nnt aku mampu mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk mengumpul semua insan2 yang memerlukan dan menjaga dgn sebaik mungkin, kerana mereka juga berhak untuk hidup seperti manusia biasa.

No comments:

Post a Comment