Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

Cinta High Class

After Subuh tadi terbaca kat wall fb Shahir AF, kalau ade peluang nak bace overall crite dlm novel ni..ade sape2 dah beli???bleh pinjam??
"Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanita, itu tanda dia sedang beri cinta murahan. Nak pandai uji sahaja. Tak pun, touch and go. Jika lelaki muliakan kita dengan pangkat isteri, itu baru tandanya dia jujur mencintai," kata kakak. 
"Lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan mainan atau dijadikan pendamping seumur hidup. Dia menilai melalui cara kita melayani kata-katanya," dedah kakak. "Bagaimana?" Qani'ah bertanya. "Kalau kita terhegeh- hegeh dan senang percaya, dia akan main-mainkan perasaan kita dengan ayat-ayat keramat. Kalau kita ada prinsip, dia akan hormat," kata kakak. 
"Apa prinsip kakak?" Qan'iah bertanya lagi. "Kalau ada orang minat kakak, kakak akan kata, 'Jauhi diriku, dekati waliku'. Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya. Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita. Dia tiada peluang langsung untuk permainkan kita," kata kakak. -

petikan dari novel Cinta High Class

No comments:

Post a Comment