Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 18, 2012

Ku berserah

Ya Allah,
Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.

Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,
Bantulah aku untuk melangkah, Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai, Engkau buangkanlah jua segala rasa dengki dan khianat, ya Allah.
Aamiin ya Rabb..

And now, I'm trying to keep it by myself. Must be careful of people, most people die akan dgr ape luahan kita tapi kat belakang mula laaa bercerita kat org lain plak. My own shoulder to cry, my own hand wipe my tears, my own words to give me support.

Thanks to Allah coz His give me all this, to make me be such a strong person inside at this moment. He will wake me up whenever I forget about Him. 

Kuatkan aku ya Rabbi. Jangan Kau biar aku kelam dalam sepi. Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan. Izinkan aku mendekati takdir dengan hati yang redha. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkan jiwa ini. Jangan biar diri ini tandus dimamah kekufuran. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu.

Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

No comments:

Post a Comment