Seandainya telah Engkau catatkan, 'dia' milikku dan tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dan hatiku, titipkan kebahagiaan di antara kami, agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi...... Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan 'dia' bukan milikku,
Bawalah 'dia' jauh dari pandanganku, luputkanlah 'dia' dari ingatanku,
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia,
Walaupun tanpa bersamanya.
Ya Allah Yang Tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat diriku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hambaMu ini.
Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan 'dia' sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.
Amin Ya Rabbal A'lamin.........
sumber drp : Cinta
p/s: Doa untuk yang sedang, tengah dan akan bercinta/bertunang...amal-amalkan doa ini, Insya Allah kebahagiaan akan hadir akhirnya. Susah nak luah rasa yang sedang tuan tanah alami, byk hati dan perasaan perlu dijaga.
No comments:
Post a Comment