Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 11, 2012

Kompiusss....Confuseee....

Lelaki oh lelaki...

Pandai bagi nasihat ke arah kebaikan tp bila berlaku pada diri sendiri, tak serupa bikin...

Dihormati ramai tapi buat perkara yang boleh menimbulkan syak..dan nampak sgt mcm aku ni plak 'setan'...menggoda 'ahlil kitab'

Walhal aku menjadi diri aku bukan berlakon or mengada2 dpn org lain utk tarik perhatian...

Dan aku tak diminta utk diberikan perhatian...

Mohon pertolongan daripada lelaki supaya tidak mempermainkan aku or buat org pandang aku ni jahat...

 ************

Manusia oh manusia

Pada Jumaat lepas, aku dikejutkan dgn pertanyaan drp seorang kawan, "oooooo dah tunang dgn @&(^*&^ sorok2 ekkkk"... dalam hati berkata :-

1. Tunang mmg patut sorok, kawin baru hebahkan ---- sori wrong person

2. Dah agak dah mende ni akan berlaku cume x sangka ade yg brani bertanya

3. Nak tuka kete lain (bile pk2 sian plak kete ku tak bersalah), orrr tuka color but i lurrveeee my buah ati so much...

Terima kasih kepada yang bertanya tu, dan harap dapat btulkan semula kepada yang menyampaikan cerita tersebut.

Kesimpulan :- 

1. Tolong bukak mata luas2, tgk keadaan sekeliling...lenkali pakai teropong jgn silap org

2. Tolong jgn suke ati wat mulut, kalu nak jugak bw mulut kat tuan bdn je, jgn duk hebah2 kat org lain sblm tau cite yg btul

3. Selagi lum dpt jemputan, assume je laaa aku masih single... kuikuikui (tapi suke ati aku lerr nak kasi kad pd sape2)

4. Nape laaaa nak tau sgt hal aku??cam artis la plak kihkihkih....

Mende2 mcm ni kadang2 wat aku tergelak pun ade....spoil the mood pun ade...
 

Monday, June 4, 2012

Putus asa...

Sebagai umat Islam, kita tak patut putus asa tp terima qada' dan qadar yang telah ditentukan olehnya. 

As for now, I need a break, need to 'rest in peace'... hati telah menjadi kering dan xmampu nak dilembabkan lagi..

Bukan memilih or cerewet tapi mesti menolak dgn cara baik sebelum hati org kita sakiti, coz I'm really know and expert how is it feel. Its ok if others hurt me, but I'm trying from now on not to hurt others. Perlukan kesederhanaan dlm hubungan sesama manusia and dont expect too much.

Maybe sebelum ni aku dah byk sakitkan hati org and know its my turn. Harapnya balasan dunia aku dpt supaya balasan di neraka dpt dipendekkan. However, always pray that Allah sanggup ampunkan segala dosa aku dan ditempatkan di kalangan org beriman.

Missing him until I die. Allah, give him all my happiness in this world. I'll try to find other place by myself. Insya Allah, I'm no longer here.....


Thursday, May 24, 2012

Sweet & Sour

Makin lame makin malas menulis, mungkin sbb ramai silent reader dan kdg2, leh bw ke arah dosa2 kering...

Ade suka duka pahit manis, ade memaku dulang paku serpih.. what ever la kan, asalkan tak ganggun ketenteraman hidup aku.

I'll blog about how I can beat myself instead of looking others advantages. What ever it is, aku wajib percaya dan redha, ape yang Allah dah tetapkan utk aku selama ini, aku mampu mengawal dan menerimanyaa..

Terima kasih dan syukur Ya Allah....
  
Jika kita berjaya, Allah syg kat kita. 
Jika lambat berjaya, Allah uji kita. 
Jika nampak mcm gagal, Allah nak beri kita alternatif yg terbaik. 
Jgn sesekali bersangka buruk kpd Allah. 
Apa yg Allah beri pasti yg baik utk kita, yg kita perlukan atau yg kita layak dpt. 
Moga kita sentiasa redha.

Saturday, May 5, 2012

Kenapa saya single?

I love this post and suitable for my situation right now...
 
Kenapa saya lebih suka single? It is because:

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. 

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.

6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah. 
 
I'm sorry if ade org yang nak rapat and I refused.... bukan jual mahal cume nak rest kan hati yang dah lalui macam2 liku, sehingga saat ni aku cuba untuk ubati hati dgn mengadu padaNya...
 
Dan pada yang rasa aku buat bodo dan x sound direct, sebelum korang nak pegang2, cuit2 or nak usha satu body sorang wanita tu (walaupun menutup aurat), harap korang paham dan berfikir kalau mende yg same org buat (baik anak, adik, ibu, bini), mentang2 xde sape2 nak back up or cover aku, tapi igt laaaaa Allah lebih tahu, tolong hormati wanita, xkire la siapa pun die, walaupun die serendah pelacur (bukan hinaan) dan setinggi ibumu... tahap kesabaran mereka jgn cuba nak diuji...
 
Mohon pada lelaki yang rase perempuan macam aku ni leh diperlekehkan sewenang2nyaa...whether I'm alone and look fragile but only Allah knews what I can do. Setiap ujian yang diberikan Dia yang lebih tahu hambaNya dpt hadapi dgn tabah atau tidak.

sumber : http://dirikudrcinta.blogspot.com/

Wednesday, May 2, 2012

I'm exhausted...

Why people be good to others and hope they will re-pay them with something???

Buat baik sbb nakkan sesuatu ganjaran??

I'm so exhausted but not giving up yet..

There's no failure, just wrong decision, change strategy...

Friday, April 13, 2012

For me & you

Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini

Friday, April 6, 2012

Harap maaf kalau pembaca yang tak berkenan ape yg aku post dlm blog ni...sesungguhnya aku xdpt nak puaskan hati semua org.

Kalau rase annoyed or menyampah, sila jgn datang sini dah yeeee...terima kasih

And I think setiap ape yg ditulis ni sama ada secara langsung or tak langsung ade kaitan dgn hidup aku..sometime kite boleh gune apa yang berlaku pada org lain, dan kite share.. as long aku tak menjatuhkan sesiapa atau revealed name sesiapa.

Berkaitan dgn doa atau tempat mengadu, kadang kala kite tulis dan org bace..secara tak langsung org tu pun akan berdoa seperti yang dibaca tu kan?

Tak semestinya aku tulis semua doa yang aku minta padaNya, cume ape yang aku tulis tu dapat di'apply' pada semua org...kadang2 kite xde masa nak bukak quran atau buku agam tp kite rajin nak bukak fb or blog or ngadap pc or tv.. ape salahnye dgn keasyikan kite mengadap pc ni, bile terbaca blog aku ni pasal doa or pedoman yg dicedok dari blog yang bertauliah, maka secara tak langsung kite sama2 berkongsi dan beramal.

Tak semua org suke ape kite buat dan tak semua orang akan buat apa yang kita suke. Nak jaga hati semua org dengan korbankan perasaan sendiri mmg susah nak buat tapi kalau rasa itu yang terbaik, insya allah kalau x dpt balasan kat dunia, Allah akan tunggu kita kat syurga walaupun lame mane kite kena balas kat neraka (moga dijauhkan).

Dalam otak tuan tanah ni mcm2 nak buat untuk habiskan sisa2 hidup bujang...hahaha mane la tau kan cume bersiap sedia dari sekarang supaya kita akan redha kalau sesuatu yg menghalang utk kite teruskan hidup mcm skang ni...

Semoga kalian dpt doakan yang terbaik untuk kita semua dan hidup aman.

Tuesday, April 3, 2012

Murahkan rezekiku..

Ya Allah,

Kau murahkan rezeki kepadaku,
Kau nekadkan hatiku untuk membantu org2 yang lebih memerlukan.

Jika rezeki bukan padaku,
Kau berilah rezeki pada mereka, supaya hidup mereka lebih baik dari sebelumnya....

Berilah aku kekuatan untuk membantu org2 yang memerlukan bantuan...

Sunday, April 1, 2012

Maaf Hati, Aku tidak jujur dengan kamu...

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?

Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
"Bila Hati itu Bertulang."

source from : iluvislam.com

Friday, March 23, 2012

Maaf....

I'm sorry
Aasif
Bàoqiàn 
Es tut mir leid! Entschuldigung! Ich bedaure!

Untuk semua,

Ibu, Ayah, Adik2, Saudara-mara
Kawan2 dari tadika, SKKS, SMKMS, SMKSP, MMU
and every single one yang kenal dan pernah kenal....

Mohon untuk dimaafkan dan halalkan segala makan minum, hutang-piutang, kesalahan yang sengaja dan tidak sengaja....I'm just a human being.

Dont worry coz aku bukan buang tebiat, cume kita tak tahu bile masanya kita akan dipanggil mengadap Ilahi, sekurang2nya kalau aku xsempat nak jumpe secara face to face, catatan kat sini harapnya dpt mewakili diri ini sebagai tanda mohon maaf. Cume mende ni terdetik di hati, sebelum terlambat better buat kan.

Mungkin blog ini akan jd kenangan bila aku dah takde kat dunia lg.....

Walaubagaimanapun, setiap manusia sentiasa ada melakukan kesalahan. Org ckp kalau org yg baik akan pergi dulu, oleh kerana itu, aku tidak berapa baik sangat dan perlu byk mengumpul amalan untuk di bawa ke sana.

Dan aku tak perlu maafkan org2 yg aku kenal (bila aku dah xde nnt), sbb aku rase kesalahan tu adalah kerana kekurangan sifat manusia itu sendiri. Kalau hidup tiada up and down, mesti kite bosan dan kite tak akan rase bersyukur atas nikmat yang Allah pinjamkan pada kita.

As for now, I'm trying to REDHA as much as I can, walaupun kdg2 setan berusaha untuk memesongkan fikiran. I'm so blessed sbb dapat hidup dan dapat kenal semua org yang berada di sekeliling.

I'm trying to be patient, each step is the hardest, I'm so afraid of taking chances, waiting outside the lines.

I AM SO SORRY FOR EVERYTHING

Monday, March 19, 2012

Accidently craving....

Really missed .....

Sotong bakar

Ciken chop

Siakap stim limau

Durian pancake

Sunday, March 18, 2012

Almost silent...

Nak dekat sebulan tidak membebel....lgpun try untuk latih diri sendiri agar tidak selalu mengeluh dan membebel, redha setiap apa yang berlaku, lebih aman dan tenang adanyaaa...

Bulan ni jadual kuat tight sbb mcm2 org dtg nak site visit, n aku plak kena jadi cam CSI pegi pejabat, kilang2 dan kawasan kejadian untuk pastikan company yang nak jual produk tu tak tipu...

Anyway, even this month not be the same as last year, but i hope this year i have more interesting experience to keep in my heart.

Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan agresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e

Tuesday, February 21, 2012

Berilah aku kekuatan seperti Narayan Krishnan (CNN heroes 2010)

Terlalu banyak dugaan yang datang bila kita cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Terlalu banyak hasutan syaitan yang sentiasa memberi dorongan utk bersifat negatif.

Hanya diri sendiri yang dpt menghalang dan mengawal dari melakukan sifat2 buruk. Sentiasa menasihati diri sendiri, apa saja dugaan yang melanda Allah turunkan kerana Dia lebih mengetahui sama ada kita mampu menghadapinya.

Semoga aku lebih banyak memberi drp menerima kerana hidupnya manusia di dunia ini untuk berbakti kepada yang lebih memerlukan. Jika dimurahkan rezeki dan kemampuan fizikal & mental aku berharap untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Sekurang-kurangnya aku masih dikurniakan tulang 4 kerat.... dapat berbakti kepada diri sendiri dan juga org lain.

"I want to save my people, that is the purpose of my life" -------- http://edition.cnn.com/SPECIALS/cnn.heroes/archive10/naryanan.krishnan.html

Bile keluar je dari rumah, mcm2 situasi yang buat aku thinking of something, pengemis, org tua yang jln perlahan dan akhirnya ketinggalan komuter, org kurang terurus berjalan tanpa tujuan sambil berckp seorg diri, at that moment will make me realizing one think, why I cannot help them? I dont have enuf money...but when reading about the article above, I realize that ape saja niat yang baik, akan sentiasa ada jalan dan rezeki yang datang tanpa kita minta. 

Cume kekuatan mental dan fizikal serta kepercayaan kepada Maha Pencipta yang diperlukan untuk berbuat kebajikan seperti ini.

Mungkin boleh dilakukan secara kecil2an seperti menderma, walaubagaimanapun aku harap suatu hari nnt aku mampu mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk mengumpul semua insan2 yang memerlukan dan menjaga dgn sebaik mungkin, kerana mereka juga berhak untuk hidup seperti manusia biasa.

Friday, February 10, 2012

Sekadar renungan...

Sharing is caring....
Semoga Allah memberikan hidayah dan ketakwaan yang berpanjangan kepada kita. masih belum terlambat untuk menjadi yang terbaik buat diri sendiri.
Jangan lupa amalkan ini. Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.

1)      Memaafkan seseorang.

Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku. Semua kesalahan diletakkan di bahuku. Aku redha. Aku telah memaafkan dia. Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya. Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah. Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta. Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

2)      Bermuhasabah diri

Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa. Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita. Ingatlah, tidak mati dek keji. Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri. Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita. Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti. Insyallah..

3)      Berprasangka baik

Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’. Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.

4)      Berserah segalanya pada yang Maha Esa.

Jangan terburu-buru mengejar cinta. Berhenti seketika. Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?
Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah. Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Anggap la ini ujian dari Allah.

Ia benar. Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan. Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.


Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..

Wednesday, February 1, 2012

Jika ini takdirnyaaaa....

Hari demi hari, pelbagai dugaan dan cabaran yang aku harus tempuhi. Kadang2 dugaan tersebut dapat dikawal dan adakalanya perasaan marah yg tidak dpt dikawal.

Lebih2 lagi apabila org lain lebih memikirkan reputasi dan kepentingan sendiri tanpa memikirkan perasaan dan effect perkara tersebut. Dan sila berfikir kalau org buat mcm tu pada adik, kakak or mak sendiri.

Dont think if I'm looking or acting like nothing happen or berpura-pura mcm xde ape yang berlaku. Kalau ikutkan hasutan syaitan dah tentu aku akan menadah tgn untuk mendoakan perkara yg tidak sepatutnya aku doakan dan beberapa kwn2 juga ckp aku terlalu memberi muka.

Tapi walaupun iman hanya senipis kulit bawang, tp aku masih mempunyai fikiran yang waras dan hanya mendoakan segala yang berlaku dan akan berlaku selepas ini dapat aku hadapi dgn tenang...wat ever people want to say about me, i think its enough that I'm always thinking for the best for others.

Pasni aku plak laaa kena pentingkan diri and dont ever think and take serious what others say to me....If rase nak marah try to smile smpi hati tu akan sejuk dgn sendirinya...

Supaya akal dan hati dpt dikawal oleh iman dan redha dgn setiap apa yang berlaku ade hikmahnye.

Terima kasih kepada seorang teman yang sehingga kini masih berada di sisi walaupun aku tahu satu hari nnt aku harus lebih kerap bercerita kisah hidup ini kepadaNya...

Biar org anggap kita jahat tapi kita sebaliknya daripada org anggap kita baik tapi kita sebaliknya......

Thursday, January 26, 2012

Perpisahan itu terlalu menyakitkan

Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan  bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.

Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.

Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  

Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.

Tuesday, January 10, 2012

New Year 2012

It had been so long, I'm not writing here. Rase tak de mood nak tulis dan xde ape pun yg menarik buat mase ni.

Dalam tahun 2011, byk pahit manis yang telah berlaku. Wat ever it is, I have to be strong and be as good as I want to be, not others. They just can talk and talk get the thing fly with the wind tanpa siasat perkara yg sebenar berlaku.

Dan benda tu pun still ade smpi la skang ni. Aku pun x tau sape punye angkara tp aku x phm org yg sebarkan cerita tu tau drp aku  ke atau saje nak mereka cerita.

Aku tak penah mintak duit kalu aku xcukup duit, xpernah susahkan org rasenyeee...tapi ade je yg sibuk2 nak bawa cerita psl aku tanpa tny aku ape2...sesedap rase jerk.

Ape kate untuk tahun 2012 ni, kite same2 audit diri sendiri, sblm kite sibuk nak audit org lain....xsalah nak tegur tp biar kena pada tuan bdnnye, bukan gune org tengah ke telangkai ke ape2 je laaaa...

Kalau rase x puas hati, terang2 ckp, jgn nak pndi2 buat cerita. tgk, tahun baru dah wat mood aku spoiled sepanjang tahun, but hopefully aku akan dpt brite2 yang menggembirakan selepas ni...

And dlm 2 bulan lebih ni aku perlu melaksanakan tugas yg aku perlu lakukan yang terbaik di hari terbaik bersama org2 yang terbaik dlm hidup aku...dan terima kasih kepada mereka atas kepercayaan yg telah diberikan.
Dlm bab keje plak, everyone had their dream to gain more experience and try new environment to upgrade their life. Harap2 thn ni tak mls nak cari keje...I hope I;m no longer here within 5 years.

Tuesday, December 20, 2011

Perisai buat Wanita


Hahaha... sambil nyelam minum air, sambil sign sijil amik la gambo skali kan?? Yang belah kiri tu xperlu nak kenalkan sbb of coz org leh kenal....yang belah kanan tu speaker En Airol...mude lg, so x sangka sgt sbb ilmu die pun leh tahan mcm penceramah yang sgt2 terkenal mcm Dr Fadzilah Kamsah...

I'm able to go to this event. Sambil boleh luangkan masa lapang, leh jugak timba ilmu selagi ada nafas ni...
Bile dah pegi ni, rase rugi sgt kalau tak share dgn semua perempuan outside there berkaitan dgn lelaki perosak. Each of women kat dunia ni perlu ade perisai tak kire yang belum kawin or yg dah kawin...asalkan namenyaa wanita.

I'm thinking of bring this event to the MMU....so far lum ade cadangan yg bernas lg, maybe kena diskas details dgn speaker tu dan hrp2 Fahrin pun akan dtg jugak sbb kalu ade die maybe laaaa ramai yg  nak dtg. Walaupun aku rase kalu die xde pun, semua wanita perlu dgr ape yg nak disampaikan dlm ceramah tu. Tapi biasa la kan, kite x kan rase mende mcm ni penting, smpi laa kite dah terkena atau menyesal.

Hopefully, everything gonna be as planned dan ramai akan menyokong. The talk also give me more courage and strength to accept what ever had happen in my live. However its happen, just need to remember that Allah's love are more valuable from human beings...kita bukan hak siapa2 pun di dunia ni kecuali Allah. Dan kita perlu menjaga diri sendiri kerana itu adalah pinjaman dr Allah semata2...

Maklumat lanjut boleh layari laman web ini... http://www.prorev.my/

Friday, November 25, 2011

Keputusan yang di nanti

Dalam hati berkobar2 nak pergi ke UTP untuk pertama kalinyaaaa....mase tu jugak ade perasaan risau menantikan result blood & urine test. Nasib baik sepanjang perjalanan ke sana, xde rase sakit maybe syiok dan teruja nak pegi tempat baru.

Terima kasih kepada org kuat Alumni Kak Ayu & Pn Azurah sbb bagi peluang untuk jln2 cari pasal kat sane...

Mari terus melompat ke topik utama, sbbnyeee xde ape yg menarik laaa sgt sbb pegi pun pasal keje..meeting, borak2 then mkn, amik gambo....

On the way back to dpt 2 miskol from klinik marisa, dlm hati dah x tentu arah then call utk tny wat happen...and result dah kuar dan doktor mintak jumpe dgn die..dlm hati ni dah risau sambil berdoa supaya xde ape yg serius.. I mean maybe the test negatively for Tiroid and batu karang.

Smpi ke MMU tepat2 kul 5.30ptg, after check out trus pi klinik dan jumpe doktor, kalu tunggu lame2 haku jugak xleh nak tdo. Sib baik xde org dan trus jumpe doktor.

Syukur bile suspected penyakit tu sume negative, I means no Tiroid and Batu karang, for cancer plak die xleh nak detect sbb aku lahir tahun 84 so xde dpt imunisasi for hepatitis yg boleh kesan sel cancer, then die nasihatkan untuk ambil bile2 mase selama 3x injection...yang tu akan difikirkan sbb kena keluarkan duit sendiri kan..

Dan bile hati dah x risau psl 2 sakit tu, tp tibe2 doktor plak yg terkejut sbb tahap kolesterol was soooo HIGH..die pun x sangka umur mcm aku ni tahap kolesterol tinggi yang amat. the normal level is 2.6 tp aku punye 4.3...doktor ckp die xnak bg ubat turunkan kolesterol sbb aku masih mude, maybe ade keturunan sakit jantung (lum tny lg mak dgn ayah), tp rasenye mcm xde kot...

Then the best way I can do, kena bersenam selang sehari selama 40 minint, dan kena kontrol mkn seafood dan bergoreng...maybe all the simptons yang aku rase sebelum ni sbb injap jantung tak berapa luas, so its effects my health too..urrmm tp tu laaa nak jogging selang sehari risau plak sbb nanti kaki dan lutut yg stress...

Tu la kan, slalu sgt jaga hati org, rupenye jantung sendiri yg tak dijaga dgn baik...bile dah tau level kolesterol tinggi dah stat survey mcm2 info psl ni, rupenye aku yg aku risaukan selama ni mcm jd kat aku.....ye laaa bace paper slalu jerk org rebah mase main bola, jatuh mase berlari walaupun masih mude, tp sbb diorng smoking, so the effect lagi cepat, aku ni sbb tak merokok or minum a***...so dat kebarangkalian diserang stroke amat tipis, tp still jugak kena berhati2, sbb doktor pun mmg x sangka sgt2...

Ni plak dpt berita anak K Maz masuk hospital sbb stroke kecil...how come budak umur 11 thn dah bole kena stroke, masih aktif lg duk main lari2, tibe2 trus lemah...ini buat aku lagi risau ni...tp kena maintain cool sbb xnak stresskan jantung aku ni, xnak pk hal2 yg leh wat aku drp kena heart attack.

Supplementyang disyorkan plak product transfer factor, around 200++ sebulan, urrmm lmbt lg lerrr, cume yg mampu skang ni kontrol mkn je laaaa.....say bye bye to fast food and welcome oat, veggie....haaiiiii mmg xde rase nikmat nyeeee

Tapi perlu rase bersyukur sekurang2nyeee aku tak perlu wat operation or duduk hospital, kena jaga jantung sendiri jerk...

Monday, November 21, 2011

T or BK or none of them

Hohoho..pagi2 dah semangat gi klinik utk urine & blood test hrp2 result boleh dpt cepat dan boleh detect ape yg x kena dgn bdn nih.....

Dah 3 ari 3 mlm rase semcm, makin lama simptom2 tu dah ketara, setelah 3 ari tdo x lena harap2 dpt tdo lena mlm ni, cume ralat skit sbb doktor masih bagi ubat gastrik....pain killer pun xde, jgn laaa buat perangai lg mlm ni...rase nak menjerit pun ade

Semoga kesakitan ni tak serius sbb aku nak kena drive more than 500km alone this Saturday....have to be strong and give my level best to be IRONLADY

Kalau korang pun ade gelaja mcm ni better check jugak laaa.... 

Aku ade simpton2 utk penyakit pertama ni, rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. 

Dan penyakit kedua, simptom2nye degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar, gementar dan gelisah, terketar-ketar, penumpuan kurang, angin yang tidak menentu, suhu badan naik, tak tahan panas, rambut tidak kuat, sukar bernafas, turun berat badan walaupun selera naik, lemah...

So ape pun anggapan dan telahan, aku tetap kena tunggu result dr makmal.