Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52...

Selamat Hari Merdeka!!!!


Adakah fikiran dan fizikal masih dijajah????....

Aku rase aku belum 100% berdikari....most of the time ape yg aku buat adalah untuk org lain, kegembiraan org lain, jaga hati org lain... sometime kena menipu plak untuk make sure org lain gembira... adakalanya aku gembira tp ada kalanya x gembira jugak.

Nak buat keputusan sendiri pun amik masa yang lame...the first place yang aku akan pk ialah ape org akan ckp kalu aku wat camni???, ape org ni rase kalu aku wat camne???, org ni hepi tak kalu aku wat camni??

Bile dipikir2kan rase mcm hidup aku tak bermakna pun....selama 25thn ni achivement paling tinggi aku rase ialah dpt Degree tu pun klas bawah je....tp aku kena sentiasa positif pasni sbbnye...ade lagi org lain yang hidupnye lebih teruk drp aku...

However, it's so calm if somebody can lend me a shoulder to cry on...

So AJLEAA wake up !!! And always think positive....... nobody will help you other than yourself

Be a MERDEKAGURLLL..can I???

Sunday, August 30, 2009

Emo mode

Disebabkan cuti yang berderet smpi Isnin ni...my mental totally lonely...tdo pun xlena, mimpi yang bukan2.....apo nak jadi ni???Bile hidupku akan kembali normal???Tibe2 teringatkan mak kat kampung.....tp kalau balik kg pun mental tetap xnormal sbb separuh ade kat kampung separuh kena tinggal kat sini.....

Wat am I thinking rite now, I'd never think before...What I really need is the sign from HIM... please give me the sign....aku hanyalah seorang hambaMu yang lemah...tak mampu nak tempuh dugaan dan cabaran yang sangat hebat.

Bile cube nak lupe, makin dekat pulak die dtg.....bile teringat mcm2 perkara buruk plak dtg menghasut...Confusing myself every single day

Macam2 hal yang mengganggu ketenangan fikiran, ape lg amalan yang lum cukup aku wat untuk kurangkan ketensenan dan ketegangan otak ni??huhuhu....

Alangkah indahnyeee hidup ni kalau......Allah sahaja yang tahu.

Friday, August 28, 2009

Hangat2 taik ayam jerrrrr.....

Recap: Sehari sebelum puasa.......

Punye laaa semangat pegi Jusco, siap dgn list barang nak beli....bahan-bahan basah/dapur untuk 1 week, planning nyeee nak msk je kat umah mls nak pegi PARAM (pasar ramadhan)....

Dlm 2-3 ari pose mmg aku masak utuk buka n sahur...tp lame2....time buke gi beli jerk...pastu sahur panaskan lauk jeee hasil tangkapan kat PARAM, kalu masak pun sayur and telur jerk...hahaha

Bile difikirkan.. teringat pengorbanan mak kite, 30 hari bgn xkire puasa ke tidak untuk sediakan mknan..kadang tu anak-anak minta msk makanan kegemaran untuk berbuka tetap gak mskkan walaupun time gi PARAM mcm2 dah beli, meja mkn tu smpi x muat nak letak pinggan....(maklumlaaaa meja mkn kecik je lg kecik drp meja bulat MMU ni haaaaa)

will be cont......

Nape laaaa rase x sedap ati je ek??Tekak lak sakit gilerrr..bile nak telan air liur mcm ade something je..rasenye 2 liter gak aku minum air sehari huhuhu...pastu lak buah pinggang sebelah kanan sakit berdenyut2..apakah tandanyaa itu......

Wiken ni xdpt nak balik kampung laaaaa wwuuuaaaa!!!!!Atau ade sape2 nak ikut sy balik kampung tak(tlg angkat kaki)??Jadi co-pilot pun bole laaaa, cume nak de teman je...mak x bagi balik sorang2 huhuhu....




Thursday, August 27, 2009

Untuk Teruna & Dara

Khas untuk diri sendiri dan kawan-kawan seperjuangan yg senasib.....heheheh

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat diamalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadith nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

5. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

6. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
a. Seseorang yang berjihad dijalannya
b. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
c. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

7. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

8. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling ringkas;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

9. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

10. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

11. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Usaha hingga jaya redhaNya!


Sumber drp : Tanya Sifu


Wednesday, August 26, 2009

Wahai Adam..

“Wanita tidak dijadikan daripada kepala untuk disanjung
bukan jua dijadikan daripada kaki untuk ditindas
tetapi wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki
dekat dengan tangan untuk dilindungi
Dan dekat dengan hati untuk disayangi”



“Wahai Adam…berilah Hawa sedikit kegembiraan
Maka Hawa akan berikan seluruh kesetiannya padamu..
Kegembiraan itu berupa kasih sayang, perhatian, belaian dan kejujuran.
Nescaya kau tidak akan hampa.”

Tuesday, August 25, 2009

Renungan buat Si Isteri

Panduan dan ingatan untuk diri sendiri, kawan2 dan pembaca yang sudi bertandang......

1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.

Camne plak kalau si suami x penah pun mkn dgn tgn sendiri, si isteri sentiasa suapkan... or tolong potong kuku.......mesti lg byk pahala yang kite akan dpt kan???Tp mende ni x mustahil sbb aku penah dgr cerita btul drp Mek Juju, ade sorang suami tu xpenah pun mkn drp tgn sendiri... sentiasa wife die suapkan...bagusnyeee laaaaaaa, sape ckp pompuan hati lembut???lelaki sebenarnya lagi laa nak kena layan mcm baby kan..kan...???


Special Entry...

Happy Besday 25th to Mek Maaaaa (25th Aug)....

Time pose semua celebration terpakse ditunda untuk menghormati bulan penuh barakah ini...hehehe

Semoga cepat2 bertemu jodoh dan berjaya untuk 'berkawan' dgn 'org tu'....

*****Sape2 kot yang berkenan kat Mek Klate sorang ni leh laa anto resume menerusi aku, senasib la dgn aku ni cume aku 'hot chick' yang slalu ditinggalkan lelaki, die lak asik nak tangkap tp xdpt kuang2....jgn mare ek mek nnt mu makin tua..



Monday, August 24, 2009

Entry Pertama pada Bulan Puasa....

Today hari ke-3 puasa....harap2 tahun ni aku dapat puasa penuh mcm thn 2007 yg lepas hehehe....

Anyway, di kala kebosanan melanda tahap antartika...dan time tu gak semangat nak keje sedikit pudar kerana ketiadaan 'kekasih gelap' di sisi kerana bercuti panjanggggg....kuang2

Ish2 dlm mase setahun muke berubah gilerrr....Jun 08 tu aku still consume Herbalife so dlm mase 3 bulan da turun 8 kilo.... pastu naik smpi laaaa 62 kilo...pastu setelah mcm2 cara dibuat smpi laaa ni 58.5 kilo.... huhuhu tp muke aku lebih cerah time aku gemuk ek (perasan nak mampus).

Apo kan dayo..nak trus consume Herbalife tp ekonomi negara jajahan beta ni jatuh merudum so terpaksa laaa den kawal jo nafsu serakah bile tgk makanan.....

Kalau ade slimming centre nak aku jadi duta diorang kan best...xyah perabih duit byk2 semata2 nak kurus huhuhu...tp bg aku kurus ke tidak, saham aku camtu gak statik je.... Terima je laaa sebagai hikmah kan, mane tau berbaloi tunggu sampai 25thn tup tup kawin dgn Fahrin ke, Mejar Faiz ke hahaha (jgn marah ye Ana aku rembat 'pakwe' ko).


Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 2009

Salam Ramadhan...alhamdulillah kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan 2009, semoga tahun ini kita dapat menambahkan lagi amalan ibadat dan mendekatkan diri dengan Allah, harap2 aku dpt wat solat terawih semaksimum yang bole....Insya Allah

Marilah same2 kita menghayati bulan Ramadhan ini dengan penuh kusyuk dan tawaduk......

Mohon ampun dan maaf kepada semua jika ada silap dan salah yang sengaja dan tidak sengaja sepanjang mengenali kalian semuaaa..


Lafaz Niat Puasa Sebulan
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan
bagi tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz Niat Puasa Harian
Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa
pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz Niat Berbuka Puasa
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman,
kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu
aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih


dipetik drp : http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=salam_perantauan2007&pg=niat.htm








Monday, August 17, 2009

The King of My Heart



Haaaaaa....at last aku reveal gak lerrr pakwe aku...ramai sgt nak tau kan???
Senang ckp status kami ni, 'COMPLICATED'.. ye laaaaa terlalu besar jurang yang ade...die lak ade awekkss lg cun drp aku dlm masa yg same kami pun saling sayang menyayangi....
(Hanya org yg rapat dgn aku je tau ape maksudnye kan??)I miss u so much.....bile lg dpt jumpe ni???

p/s: Dilarang membaca kpd pesakit darah tinggi, kencing manis dan ibu mengandung....



Friday, August 14, 2009

Steps to relieve stress

Pagi2 tadi terbuka blog motivasi ni and suke nak share dgn korang semua...setiap org drp kite mesti xlepas drp stress kan??Cume pandai2 diri sendiri camne nak overcome the stress....

Ape yang aku slalu wat bile aku stress....

1. Melalak (sumbang suara) kuat2 biasanya lagu layan perasaan la kan (penah smpi bgn pagi esoknyaa suara aku xde) hehehe

2. Tgk sunset (biasa buat time panjat everyweek kat Bukit Beruang)

3. Main dgn anak2 sepupu, anak sedara pun xde ni kan plak anak sendiri (ilang segala masalah tgk telatah diorng)

4. Tulis surat kepada diri sendiri luahkan segala apa yg terpendam pastu koyakkan surat tu dan buang....

5. Take a nap
6. Doa supaya jiwa sentiasa tenang

7. Makan coklat byk2 especially 'ferero rocher'

Ape yang aku nak buat tp xdpt nak buat kalau stress...

1. Nak pukul drum
2. Nak de org peluk aku tanpa tanya ape2 (sbb tu bile umi dtg aku slalu peluk die lame2)
3. Nak tumbuk 'punching bag' smpi aku letih
4. Nak walk in the rain smpi aku demam
5. Nak tgk movie cartoon non stop

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman ni Bersama Kyan .

Thursday, August 13, 2009

Pengakuan Tak Berani Mati

Di pagi Khamis yang mulia ini... aku nak buat pengakuan tak berani mati....jeng.....jeng.....jeng......

Mesti ramai igt aku da ade pakwe kan??sbb aku dpt munge & bear tu (aku pun xtau nak ckp ape statusnya)....actually bab feeling2 ni mmg aku da failed sejak dulu lagi...why??so many sad things happen but life must go on kan tak semestinya kita akan dapat apa yang kita nak dan xsemestinya kita akan hidup dgn org yg kita sayang....

My love story was so complicated each of them. Nak panggil love pun maybe not, just suke or admire je kan...ade kawan2 aku yg mmg tau perjalanan cinta aku camne....nak reveal kat sini malu la plak..lgpun ade antara mereka da kawin pun..so aku xnak laaa mengingatkan semula kenangan pahit manis nnt bini mengamuk plak hehehe..

So moral of the story, aku lum de pakwe lagi laaaaa.....teman tapi mesra ade..best boy friend ade...sape2 nak hantar resume tu ade peluang lagi silakan laaa hantar cpat2 sebelum tarikh tutup pada 11/10/09.


Wednesday, August 12, 2009

Congrats to My Beloved Friend (JUJU)

Nak share this happy moments with all of my readers.....

My beloved friend Juju (Mek Ju) akan menamatkan zaman bujangnya x lame lagi...I'm so happy for you.. rupenye kamu yg kawin dulu antara kita berempat...pas ni Momo plak..pas tu Ana ke aku ek???Tp harap sangat aku dpt tgk korang sume bahagia dan aku dpt pegi ke majlis kenduri korang huhuhu...syahdu plak rasenye

Then, tibe2 otakku ter'flashback' dari mule kite berempat kenal kat MMU 7 tahun lepas....
Ishhh macam x caye je kite dulu2 ek serabai jerk.... 7 thn lepas

Baru pas kenyang mkn free kat umah Sarip (pakse mak die masak hahaha)

My 1st besday celebration at MMU

4 beautiful 'bagpacker' pergi round KL (time ni still wangi hehehe)

My 2nd besday celebration at Mlk

Round2 KLCC - mase ni aku & ana dah konvo

Time ni Momo n Juju baru pas dpt keje kan???...

Aktiviti mingguan...mendaki bukit beruang...tapi Ana mmg slalu xde, byk btul excuse die...


Missing those moments with you all....

Monday, August 10, 2009

Thousand of Smilessss...

Tadaaaaaa......this present make me smileeesssss until the end of this day and maybe forever (Insya Allah).

Thankssss so much to the sender...

Eventhough I'm already graduated but I still get this cutie bear (he said i'm cute) with 3 roses (represent 3 words, i think laaa hehehe) from someone that really expert to make it so surprise.

I cant sleep well tonite!! Hahaha....

*update

I can sleep well that nite sbb terlalu penat duty on convo.....
And I already get the meaning of the 3 roses (see aku igt 3 je jwpn tp ade 9 hehehe)...tp biar aku dan dia je yg tau...




Wednesday, August 5, 2009

Demam, Selsema, Sakit Tekak....


Rileks, bertenang semua....jangan gabra, jangan risau alhamdulillah buat masa ni aku tak kena sebarang simptom H1N1 dan harap2 xde la kan... td pegi check doc demam aku sekitar 37.5.... maybe die ckp x cukup rest and jgn slalu berada di luar bangunan...kirenye aku kena dan mesti jadi puteri lilin laaaa hehehe...

Memang seksa gak lerrrr nak bernafas pun rase semacam je hidung ni, kalau laaa leh letak kat tepi kejap ke kuang2.....hidung lak asik sot..sot..sot je tdo mlm pun smpi tersumbat...macam2 halllllll

Doakan aku cepat sembuh ek, nak rest pun xleh sbb konvo dok kejar aku ni huhuhu.....

Monday, August 3, 2009

Salam rindu...

Muahaha....dont wory guys, I'm still here and there...
Can running and walking like before....Cumenye biasa la kan this August ni bulan yang mmg biziii bebeno...sbb dah nak konvo and thia week lak every single day ade reherseal so lagi laaaa kuat kena berlari dan berkejaran di dalam dewan dan di tempat2 acara konvo akan berlangsung....

So later2 la I update my vacation to Padang ye....and dont wory, so far I dont have any symptoms of H1N1...and hope will not get into me forever....