Thursday, December 23, 2010

Tolong...tolong....

Air liur meleleh jerk bile bace berita ni....layankan je laaa, xmampu menaip sbb tangan terketar2 tgk kesedapan gambo yang ade ni hehehe....

Haagen-Dazs cair di mulut



SET 12 Days of Christmas lengkap dengan empat perisa aiskrim.



DALAM kegembiraan bertukar-tukar hadiah yang dilengkapi dekorasi berkilauan, perayaan Krismas tahun ini pasti tambah meriah dengan hidangan lazat yang menjadi pemanis mulut. Haagen-Dazs, satu jenama aiskrim terkenal sejak 1961 sekali lagi bersama-sama mengajak orang ramai berkongsi kegembiraan pada musim perayaan Krismas tahun ini dengan buah tangan terbarunya.

Anda berpeluang untuk memilih setiap set yang disediakan seperti, Classic Tresure Gift Hamper. Set untuk dijadikan hadiah yang berharga RM75 itu dilengkapi dengan baucar bernilai RM25. Set Royal Celebration Gift Hamper pula berharga RM128 termasuk baucar bernilai RM25 dan perhiasan Krismas manakala set All I Want for Christmas bernilai RM128.


SET hadiah menarik untuk Krismas All I Want For Christmas.



Sementara itu, bagi yang ingin menikmatinya sendiri pula terdapat set Silent Night yang berharga RM32, set Winter Wonderland dengan limpahan coklat Belgium atau coklat putih berharga RM34 dan set Joyous Noel yang berharga RM36 sesuai dijadikan kejutan buat tersayang. Bagi set 12 Days of Christmas pula terdapat empat perisa aiskrim yang boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing pada harga RM78.

source : kosmo online

2 comments:

  1. nanti bila raye ko serve la camni...kelas gitu..

    ReplyDelete
  2. MMI - huh ape barang, nnt dpt tgk bekas kosong jerk :p

    ReplyDelete