Wednesday, May 19, 2010

Let it go

Bila dah sampai mase or jodoh tak kesampaian, kite kena redha je ape yg telah ditetapkan. Nak menangis me meraung ke frust menonggeng ke ikut suke laaaa asalkan tak buat benda2 yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan org lain.

Al-kisahnya, selama lebih kurang 9 bulan 'dia' bersamaku, sentiasa berada di sisi dan memberikan khidmat terbaik apabila diperlukan. Tetapi setiap yang hidup pasti akan mati, itu dah jadi hukum alam yang tak boleh diubah. 'Dia' lah insan pertama yang hadir apabila aku hidup keseorangan di bumi MMU, jauh drp keluarga. Setiap kali aku bersedih, 'dia'lah tempat aku melepaskan geram dan kesedihan tanpa meminta apa2 balasan.

Bila aku bercuti atau balik ke kampung, aku terpaksa meninggalkannya dan 'dia' tak pernah sekalipun merajuk atau jauh hati. Bukan mcm aku yang terlalu sensitif dan hati kecik bile 'dia' buat hal. Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari, tanpa alasan dan tanda die telah pergi meninggalkan aku. Di saat2 aku amat memerlukannya.

Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Aku terpaksa mencari pengganti supaya hidupku sentiasa girang dan bahagia dan aku yakin 'orang baru' pun lebih kurang same je perangai mcm 'dia'. Aku harap 'dia' xkan salahkan aku dan membahagiakan org lain gak....aku akan merinduinya smpi bile-bile...

'Dia' yang aku maksudkan adalah..............





1 comment:

  1. ..yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti...:P

    ReplyDelete