Monday, February 18, 2013

Tetamu Allah

Pada usia 29 tahun, buat pertama kalinya alhamdulillah dengan izinNya, aku dan ibu bapaku dijemput menjadi tetamu istimewaNya.

Syukur, pada masa yang sama telah genap 5 tahun bermusafir mencari rezeki di bumi Cyberjaya.

Setelah diduga dengan bermacam dugaan, setiap hari memohon kepadaNya agar diberikan kekuatan dan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Semoga perjalanan ini dipermudahkan Allah. Semoga ibadat ini mendapat keredhaan Ilahi...

Bakal berangkat ke Tanah Suci pada 19hb Feb jam 2.00pagi di KLIA...

Di kesempatan ini, ingin memohon ampun maaf jika ada salah dan silap kepada setiap inci hati yang sudi menjengah ke blog ini, sama ada secara langsung & tidak langsung, halalkan makan minum dan hutang jika ada...kalau tidak, mohon inform dan insya allah akan dilunaskan setibanyaaa kembali semula ke M'sia.


Ya Allah,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau aruskan hidayahMu padaku

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghaffur
Aku bertaubat kepadaMu, terimalah taubatku
Izinkanlah aku berada dalam kalangan mereka yang Kau beri nikmat
dan bukan pula mereka yang Kau murkai serta mereka yang sesat

Ya Allah
Berikanlah kekuatan pada hambaMu ini
Dalam menempuh dugaan hidup

Ya Rahman, Ya Rahim
terimalah ibadatku
Sesungguhnya aku abdikan hati ini untuk menagih cintaMu

Ya Malik
Ibadatku, solatku, hidupku dan matiku hanyalah untukMu

petikan dr novel Rinduku Pada Baitullah - Dr Ridzwan Bakar

p/s : Mohon inform pada kawan2 yang mengenali diri ini, xdpt nak inform pada semua orang.... 

2 comments:

  1. semoga semuanye berjalan lancar.. diberi kesihatan yg sempurna disana. doakan kami sekeluarga dpt ke sana suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. semoga semuanye berjalan lancar.. diberi kesihatan yg sempurna disana. doakan kami sekeluarga dpt ke sana suatu hari nanti..

    ReplyDelete