Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

Menjadi tunang org tanpa kita sedar???

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

Bile bace je artikel ni, otak yg mempunyai sindrom STML (short term memory lost) berjalan2 lerrr duk pk mane la tau kan penah jd tunangan org ke sebelum2 ni???wakakaka.....

Hiissshhh x sanggup laaaa nak igt balik, lebih 2x gak lerrrr kan.....dasat btul laaaaa, pasni xleh nak main2 dah...ckp tanpa ilmu mcm tu la kan..belasah jerk ape org ckp, kdg tu ckp bese2 jerk

So Moral of the story :-

Wanita :-
1. Jgn pndi2 ckp "YA" kalu masih nak cari calon suami yg lain.
2. Kalau org x kenal gurau2 mcm tu pun jgn ckp "YA" kalu x de perasaan pun kat die.
3. Kalau laki ckp macam tu jgn berharap tinggi sgt belum tentu die btul2 ikhlas ape yg die tny tu.

Lelaki :-
1. Jgn pndi2 tny pompuan soalan mcm tu kalau hanya nak main2 @ senangkan ati buah ati korang.
2. Jgn tny soalan tu kalau dlm hati masih nak flirting dgn org lain.
3.Jgn tny soalan tu tanpa niat yg ikhlas sbb boleh buat perempuan mengharapkan yg lelaki tu akan kawin dgn uols.

No comments:

Post a Comment