Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 2, 2009

TAKZIAH

Cik Ja'por (org Phg bole sebut dgn betul). Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...sekampung, boleh kata kenal sangat2 dgn keluarga ni, bile dpt brite sms dr mak aku mmg xterkata...masa tu ade kat Melaka tgh buat Treasure Hunt.....Tp kesimpulan yang aku dpt buat...2 kereta lain tu sebenarnya tengah berlumba-lumba....bayangkan kereta yg remuk tu menunjukkan betapa lajunya 2 pemandu kereta tersebut. Dan yang sedih lg mereka cuma cedera ringan sedangkan keluarga mangsa kehilangan seorang isteri/ibu dan seorang anak perempuan....memang tak senang hidup 2 pemandu tu dunia akhirat.......

Semoga keluarga mangsa tenang dan tabah dalam menjalani kehidupan yang masih panjang....
Maaf kerana tidak dpt hadir pdhari pengkebumian.

Dua beranak maut, satu parah - Kemalangan ngeri libatkan tiga kenderaan di Jalan Jelatek



BEGINILAH keadaan kereta mangsa yang maut selepas dirempuh dua buah kereta lain dalam kemalangan di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur awal pagi semalam.




Norwati



KUALA LUMPUR - Hajat lima sekeluarga dari Pahang untuk menghadiri satu majlis pertunangan seorang saudara di ibu negara tidak kesampaian apabila dua daripadanya maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Jelatek di sini awal pagi semalam.
Dua beranak yang maut itu ialah Norwati Mohamad, 39, dan anak bongsunya, Afiqah Syafiah, 5.
Kejadian pukul 2.45 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi anak perempuan Norwati, Nurul Aishah, 14, cedera parah akibat tersepit.
Bagaimanapun, suami Norwati, Jaafar Mustafa, 39, yang merupakan Pembantu Khas kepada bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan seorang lagi anaknya, Mohd. Fikri, 10, cuma mengalami cedera ringan selepas dibantu orang awam.
Ketua Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian, lima beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Muazam Shah, Pahang untuk ke Keramat di sini.
"Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, kereta Proton Iswara yang dipandu Jaafar dirempuh dua buah kenderaan yang datang dari arah Setiawangsa ketika dia mahu membelok ke simpang kanan.
"Ekoran rempuhan yang kuat itu, kereta yang dinaiki lima beranak itu terbabas dan terseret kira-kira 20 meter ke bahu jalan,'' katanya ketika dihubungi.
Norwati yang duduk di sebelah pemandu maut di tempat kejadian manakala Afiqah di belakangnya pula disahkan meninggal dunia pada pukul 8 pagi, kira-kira lima jam kemudian.
Dua buah lagi kereta iaitu Totoya Celica dan Proton Wira juga remuk teruk, tetapi kedua-dua pemandu terbabit yang berusia 22 dan 25 tahun hanya mengalami cedera ringan.

3 comments:

  1. Ad..anak pompuan nya yg parah tu meninggal gak ke?

    ReplyDelete
  2. Urmmmm still kat ICU tp dgr cite limpa nye pecah...xtau la diganti baru @ camne....

    ReplyDelete
  3. ohhh...akak sedih bila anak lelakinya tu merintih je kan....kesian...

    ReplyDelete