Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

Kisah 44 Hari Berpantang

Kepada Ibu2 Mengandung yang Lemah Semangat Dinasihatkan tidak Membaca Artikel Ini.....





NORSHAZUANIE Shamsuidin, 27, sudah mula bosan kerana terpaksa berpantang makan setiap hari. Hanya menu ikan bilis atau ikan tenggiri goreng yang dimasak dengan lada hitam atau halia menjadi pengalas perut. Jika ada yang lain pun, ibunya cuma akan menukarkan menu goreng tadi menjadi sup. Menu tersebut akan diulangi selama 44 sepanjang dia berpantang selepas bersalin.
Buat kali pertama, Norshazuanie menjadi ibu dan perlu menjalani proses pemulihan selepas bersalin. Amalan-amalan tegar seperti itu bukan satu kebiasaan kepadanya. Melihat adik-adiknya menikmati hidangan pelbagai jenis lauk yang menyelerakan dan minuman berais, hatinya mula memberontak. Bukan itu sahaja, Norshazuanie juga perlu berbengkung, bertungku dan berurut setiap hari. Paling teruk, dia terpaksa membuang air kecil dan besar sambil bersimpuh, takut luka jahitan selepas bersalin terkoyak.
Anak pertama daripada empat beradik itu juga berhadapan dengan lelehan darah nifas yang banyak. Akibatnya, darah-darah tersebut melekat dan menjadi kering apabila terkena jahitan bersalin. Situasi itu menyebabkan dia sering gagal mengawal emosi lalu menjadi pemarah. Mujur suaminya, Mohd Idzham Saihari, 27, sentiasa memberi perangsang kepadanya. Malah, suaminya itu sanggup mencuci luka jahitan isterinya dengan menggunakan pencuci antiseptik kerana ia sukar dilakukan sendiri oleh Norshazuanie. "Mak juga banyak beri nasihat. Katanya, jika tidak amalkan makanan-makanan berkhasiat, takut memberi kesan kepada bayi yang masih menyusu.

HALIMAH menunjukkan cara yang betul memakai bengkung ketika berpantang bagi ibu yang baru melahirkan anak.


"Amalan bertungku dan berbengkung juga penting untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal'," kongsi pegawai bank itu. Jelasnya, beratnya selepas bersalin ialah 65 kilogram tetapi selepas melalui rejim berpantang selama sebulan lebih, beratnya menjadi 54 kilogram. Sebelum mengandung, berat badannya ialah 55 kilogram. "Selain mengamalkan pemakanan berkhasiat, berbengkung dan bertungku, saya juga mengamalkan makan jamu.
"Pada mulanya saya makan jamu sebanyak lima biji, dua kali sehari. Namun, disebabkan amalan jamu itu, anak saya, Amirul Afiq mula mengalami alahan yang teruk. "Timbul ruam-ruam pada badannya dan dia juga bertahi mata. Saya mula mengurangkan jumlah jamu yang diambil," katanya kini lega kerana anaknya tidak lagi mengalami sebarang alahan.
Tambahnya, disebabkan sudah terbiasa dengan amalan semasa berpantang, sehingga kini dia masih mengambil makanan yang berkhasiat dan banyak minum air masak. 
Mendengar pengalaman berpantang daripada Norshazuanie tidaklah sehebat pengalaman berpantang yang telah diharungi oleh pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib. Ibu Halimah, Dara Latiff, terlalu banyak petua dan pantang larangnya. Disebabkan amalan dan petua ibunya itu, Halimah mengambil keputusan untuk berkongsi bersama wanita-wanita lain dengan menubuhkan syarikat Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. Cerita Halimah, sejak mengandung sehingga melahirkan anak, pelbagai amalan berpantang perlu dipatuhi olehnya.
"Memang sampai ke satu tahap saya tidak tahan. Tapi kerana inginkan tubuh kembali cantik luar dan dalam selepas bersalin, amalan tersebut terpaksa dilakukan. "Jika tidak berpantang, kita mudah mendapat penyakit," katanya yang mempunyai enam orang anak tetapi masih memiliki badan yang langsing biarpun sudah berusia 66 tahun. Walaupun pelbagai amalan telah diamalkan Halimah semasa mengandung untuk memudahkannya bersalin, perasaan takut menantikan detik kelahiran tetap membelenggu diri. Lebih-lebih lagi usia Halimah baru mencecah 13 tahun ketika melahirkan anak pertama. "Memang sakit sangat ketika bersalin. Sakit yang tidak boleh digambarkan tetapi Alhamdulilah sakitnya tidak lama. Cukup tiga hari selepas bersalin, Halimah mula berpantang.

KEPAYAHAN peraturan berpantang akan memberi kebaikan buat si ibu yang baru bersalin.

"Membuang air kecil dan besar pun terpaksa sambil bersimpuh selama 44 hari. Lebih menyukarkan, saya tidak boleh meneran."Walaupun luka sudah baik, ibu saya tetap suruh bersimpuh. Katanya, peranakan akan jatuh jika meneran dan tidak bersimpuh. "Saya juga disuruh mandi dengan pelbagai jenis daun. Antaranya daun kunyit, serai wangi, pisang emas dan pisang batu untuk mencergaskan serta mewangikan badan," katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Selepas mandi, Halimah akan menyapu seluruh badannya dengan param yang dibuat oleh ibunya. Param adalah ramuan yang seakan-akan bedak dengan campuran halia bara, kunyit dan lada hitam. Perutnya juga disapu air limau dengan kapur dan kemudiannya dibarut dengan bengkung. "Tujuan kita berbengkung selepas bersalin adalah untuk merapatkan kelengkang, punggung dan rahim. Bengkung juga boleh mencantikkan perut dan pinggul yang jatuh selepas bersalin seperti sediakala.
"Selepas berbengkung, ibu saya akan meletakkan pilis pada dahi saya. Pilis ini dibuat daripada campuran kulit kayu manis yang dicampurkan dengan sedikit bawang putih. "Tujuannya untuk mengelakkan 'darah meroyan' naik ke kepala atau mata menjadi kabur ketika tua nanti. Selepas itu, saya akan menyapu bedak sejuk di seluruh muka. "Bukan itu sahaja, selepas siap berbengkung dan berpilis, saya perlu minum air daun jati Cina. Ibu saya kata, tujuannya adalah untuk mengempiskan perut, mengurangkan kolesterol dan melawas air kecil dan besar," katanya.
Jelasnya, dia juga kena berpantang dari segi pengambilan makanan. Setiap hari, dia akan makan ayam rebus halia padi atau halia Cina. Air rebusan tidak perlu terlalu banyak.Tambah ibunya, wanita berpantang tidak elok minum terlalu banyak air. Halimah juga akan makan pegaga mentah yang telah dipotong tanpa dimasak atau direbus.

NORSHAZUANIE (kanan) dan suaminya, Mohd. Idzham bersama anak mereka, Amirul Afiq.

Ibunya menambahkan hidangan ayam rebus dan pegaga tadi dengan membuat satu lagi hidangan iaitu ikan bilis singgang dengan bawang dan kemudiannya diperah dengan air asam jawa. "Memang saya rasa mahu menangis ketika berpantang. Saya juga dilarang bercakap dan gelak terlalu kuat kerana takut rahim akan mengembang. Selain itu, saya juga ada makan jamu yang dibuat sendiri oleh ibu. "Ada cara untuk makan jamu. Ketika telan jamu, angkat kedua-dua belah payu dara dengan menggunakan lengan kiri. Tujuannya untuk mengelakkan jamu mengalir pada payu dara. "Jika tidak, anak yang menyusu akan termakan jamu dan akan mendapat alahan," katanya.


Tabik kepada semua ibu2 di luar sane, aku bace pun dah seram sejuk jerk....huhuhu
Patut laaaaa syurga tu terletak di bawah kaki ibu....

Saturday, June 26, 2010

Kembali Senyum

Setelah hampir seminggu aku menghantar laptop kepada dokter cinta dokter computer kerana mengalami trauma yang amat dahsyat, syukur akhirnya telah berjaya diselamatkan. Dan keadaan tu membolehkan tuannya menjadi tak keruan kerana bimbang buah hati itu tidak dapat diselamatkan....ntah ape kena pun xtau...xde la pki selasak mane pun, dan di saat itu hatiku telah mula berpaling tadah untuk mengusha buah hati yang lain yang lebih baru yang lebih hensem dan lebih kurus daripada yang ade sekarang.

Doktor telah diagnosis COI (cause of injured) disebabkan oleh hati @ jantung yang tidak dpt berfungsi. Dan nasib baik laaa hati itu dapat diganti dgn yang baru. Macam tau2 je kan, kebetulan plak dgn hati tuan punye badan ni, need new heart to replace sbb skang ni xtau ape rupe dah. Hati yang pernah hancur berkecai dan telah cube digam dan plaster supaya membentuk semula bentuk sekeping hati walaupun ianya tidak sempurna. Dan sekarang hati tu dah mcm retak menanti belah, plaster dah reput dan gam xkuat nak menampung segala perkara yang dilalui oleh tuan punya badan.

Anyway, happy sgt2 sbb buah hatiku ini berjaya diselamatkan dan dpt laaaa meng'online'kan diri dan menjadi peneman di kala kesunyian. Thank so much bro, for the great job.

Thursday, June 24, 2010

Tense Thursday

When time by time I'd discover the truth about it, I'm so depressed and tear my heart away. Please give me new heart, not sure how long it can be durable.

Sunday, June 20, 2010

Heartless......painless

6 months 1 week and 5 days........the promise that I have to wait and it feel like so harmful and burden for me. Can make my heart exploded. How I regret it so much....xpk sewarasnya sebelum nak buat, tooooo long tooooooo wait.

Ape nak buat nasi dah jadi bubur dan bubur tu aku kena telan dan makan smpi abis walaupun Allah je tau dlm hati memberontak yang amat sgt, just wishing after the counting end, I can start my new life, new love, new job and new heart. And just thinking and following what my HEART want exactly. Lagipun at that point of time, I'd already 27 and need to move and continue my life as a woman. Tak leh main2 dah and serious on what I'm doing, whether by myself or my destiny.

However, Sukunis next year uols can help me to find someone that uols suke sgt kan???Just wait for my green or red light...thn dpn baru ready nak bercintan cintun secara ganasnyerrr. Harap2 time tu masih ade yg available bachelor hahaha....

Bosan jerk asik ckp jaga hati sendiri, tp tetap gak duk jaga hati org2 lain. Kalau ade readers yang amik course psychology ni sah2 ckp aku dah bengong kot.... tp lum tahap gile meroyan lagi laaaa.....

It's will killing me softly day by day, tp harapan agar masih dipanjangkan umo smpi tahun hadapan. Emosi teramat terganggu disebabkan oleh laptop yang dah crash boom bang, lagiii la tmbh kebosanan (hopefully someone can help to fix it successfully), camera dah kena virus and telefon hal yg mcm biasa laaaa.....dan 'something' yang ditunggu tak kunjung tiba....

p/s : 1st time ever picnic wif my sis sukunis @ 5.00pm Tasik Cyberjaya....hope there a lot of smilesss...

Saturday, June 19, 2010

Do You????

How u want your love one asking to marry him??? Such a romantic proposed, u cant reject it, just read the news.


Lamaran indah di pawagam


CIUMAN Sally tanda bersetuju menerima lamaran kekasihnya.


KISAH percintaan mereka tidaklah sehebat Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun yang sanggup menggadaikan jiwa raga demi mempertahankan kasih sayang. Namun, Eric Tan ingin mengabadikan sesuatu yang indah sebagai kenang-kenangan sepanjang hayat bersama kekasihnya, Sally Tong saat berhajat membuka fasa baru percintaan mereka. Setelah setahun menyulam perasaan cinta, Eric yakin Sally merupakan insan yang dipilih untuk bertakhta di hatinya dan membulatkan tekad mengunci hati gadis itu dengan lamaran. Pasangan berusia 23 tahun ini mula berkenalan sejak setahun lalu setelah berkenalan di laman sosial Friendster. Menyedari dirinya bukan lelaki romantis, Eric yang gusar bagaimana untuk meluahkan isi hati kepada insan yang disayangi itu akhirnya memilih untuk membuat lamaran di pawagam yang menjadi lokasi pertama pertemuan mereka.

SALLY tergamam saat dikejutkan dengan kehadiran Eric di dalam pawagam di Plaza Gurney.


Seperti dirancang, Sally yang tidak mengetahui perkara tersebut diajak adiknya untuk menonton sebuah filem di pawagam yang terletak di Plaza Gurney, Pulau Pinang baru-baru ini bagi menemaninya menghabiskan cuti hujung minggu. Kira-kira setengah jam selepas filem ditayangkan, skrin bertukar 'cerita' apabila menayangkan video pendek mengenai kisah percintaan Eric dan Sally yang ditayangkan menerusi sistem projektor ke skrin layar. Eric pula muncul dari luar pawagam memakai sut serba putih menuju ke arah Sally bersama sejambak bunga mawar merah sambil menyanyikan lagu Married With Me yang dipopularkan oleh artis Hong Kong, Alex Thoo. Suasana bertukar menjadi gamat apabila kira-kira 90 penonton yang sebenarnya adalah rakan-rakan pasangan kekasih itu bersorak gembira sambil bertepuk tangan apabila Eric melutut di hadapan Sally menghulurkan sebentuk cincin emas.

ERIC memilih cara yang unik dan tersendiri untuk melamar kekasihnya.


Sally yang kelihatan terkejut hanya mampu menangis kegembiraan dan menyambut lamaran kekasihnya itu sebelum kedua-duanya berpelukan mesra sebelum satu ciuman mesra dihadiahkan Eric ke pipi buah hatinya itu. Malah kehadiran ibu Sally, Seow Yeok See secara senyap-senyap ke pawagam itu ditemani seorang lagi anak perempuannya untuk memberi kejutan sebenarnya memberi tanda dia merestui percintaan pasangan tersebut. Eric, yang mengusahakan sebuah syarikat pengiklanan di sini memberitahu beliau sebenarnya gementar dengan rancangan tersebut kerana bimbang sekiranya tidak disukai kekasihnya itu yang bertugas di sebuah bank. Mengakui jatuh hati tatkala kali pertama bertentang mata dengan Sally setelah sebulan berkenalan di laman maya, dia memberitahu gadis itu sarat dengan ciri-ciri wanita yang diimpikan sebagai isteri.

ERIC melutut saat menghulurkan sebentuk cincin tanda lamaran untuk Sally bergelar isterinya.


"Pawagam ini menyimpan kenangan cinta kami. Di sinilah kami berdua sering menghabiskan masa hujung minggu menonton filem-filem kegemaran dan perlahan-lahan mengenali hati budi masing-masing. "Walaupun bergelar kekasih, tapi saya masih ragu-ragu jika dia enggan menerima lamaran ini tetapi saya nekad kerana telah tiba masa untuk meluahkan isi hati. "Lalu saya dan rakan, Jordan Soot terfikir mengenai idea ini dan kami rancang semuanya dengan bantuan kawan-kawan lain sejak dua minggu lalu. "Walaupun perlu berbelanja RM3,000 untuk menyewa pawagam ini, saya benar-benar puas hati kerana hajat untuk melamar Sally termakbul," ujarnya ceria. Ini merupakan kali pertama pasangan kekasih membuat lamaran di dewan pawagam tersebut sejak enam tahun ia beroperasi.

Thursday, June 17, 2010

Hello...Is it Me You Looking For?

I've been alone with you inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, (and) my arms are open wide
'Cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you 

Wednesday, June 16, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
 

Tuesday, June 15, 2010

Blurrrr.....

Thanks for being loyal visiting my blog eventhou lately so lazy to time anything....no mood and no passion of writing in here.

It's so not me. When I'm happy or sad I will throw my feeling here...but lately I'm not in the mood to share anything. Nak kate PMS, not the time yet...nape ek??

Diri sendiri pun confuse....

Wednesday, June 9, 2010

Perasaan yang tak terungkap

Dah masuk bulan Jun, rase kejap je masa berlalu.....dan secara tak langsung kemampuan diri untuk berfikir menggunakan otak sedikit sebanyak boleh terganggu disebabkan oleh peningkatan usia.

Tak nak pikir ape yang akan jadi pada masa depan, just wanna enjoy this whole year coz we didn't know how it could be for the next coming year.

Macam2 perasaan dan peristiwa nak dikongsi cume xtau mcm mane nak tulis in proper way. Maybe it would make someone hurt or else other people will misunderstand.

Cume nak bitau kemeriahan dan keghairahan dalam menjayakan Sukan GLU. There so much 'unsangkarable' and unexpected memories ever. Dapat kenal ramai kawan2 baru di MMU, sebelum ni cume berhubungan melalui email dan telefon je. Kalau terserempak kat kampus pun lum tentu lagi kenal dan bertegur sapa. Dan 1st time gak mewakili MMU main badminton. Walaupun aku xde sumbangkan ape2 mata kemenangan tp team badminton tetap no. 1. This moment akan jadi kenangan terindah bile dah xde kat MMU nanti.

 Badminton Team

 Secretariat GLU 2010

 Geng Sukun

Dan sesuatu yang diidamkan dan dicari-cari selama ini, hard to find but someone manage to get it. Diri sendiri pun dpt dlm keadaan yang tak sempurna but someone manage to get it perfectly. As he said if we like  it so much, we will try to get it no matter what. But even I tried to find it I cant, maybe I do not know the right channel. Thanks so much coz make it real, ur not creating a hope but take an action that really shocking me. I'd take it as compliment, no heart feeling.

Eventhough lately banyak sgt keje, penat badan dan penat otak, but it had give me many experiences and memories that you cannot buy even a cent.