Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label angan-angan. Show all posts
Showing posts with label angan-angan. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Piala Malaysia 2012 - Tok Gajah & Pakcik Majid

Macam biasa alasan klise yang aku nak bg sebab dah lame tak menulis...bosan, malas dan serabut

Sampai ade org tegur bile mau update daaaaaa...then baru realise bulan Nov langsung tak menulis

So arini tergerak hati nak tulis pasal Piala Malaysia & pakcik Majid. Alhamdulillah Pahang menang piala kalahkan Kelantan 1-0 selepas tunggu saat ini selama 21 thn. Mcm biasa tuan tanah tgk kat umah je laaa...

Dan sedang asyik pemain, penyokong Tok Gajah meraikan kemenangan bermakna, di satu sudut tibe2 nama Pak Majid jadik tumpuan jugak. Mane taknye pakcik ni bernazar kalau Tok Gajah menang, die nak berjalan kaki dari Stadium Kuantan ke Stadium Shah Alam, Ya Allah, nazar pakcik ni...die cuma bawa RM60, 2psg baju dan seorang teman setia. 

Macam2 perasaan mase tu, kalau la ayah kita sendiri, mmg xsanggup la nak hadap...tp dlm masa same sentiasa nak tau perkembangan pakcik Majid ni...seb baik laaa dlm perjalanan die tu ade la gak org derma kasut, selipar utk die...semoga Allah berkati jasa-jasa kalian.

Kalau tak silap pakcik tu berjalan pada 4 Nov dan smpi pada 12 Nov...huhuhu tabik spring la kat pakcik ni, walaupun keje pakguard je tp semangat die kuat sgt, wondering masih ade anak bini or sebatang kara jerk...tapi penat lelah pakcik tu berbaloi sbb PBNP bagi hadiah tunaikan haji ke umrah thn dpn, dan dpt rekod Malaysia sbb jalan kaki paling jauh...

Whatever it is, rase kagum sgt dengan semangat die...aku yg muda ni pun asik up and down jerk semangat, ujian baru kena skit tp tahap kesedihan or ke'down'an tu sgt2 laaaa merepek...

Syukur atas segala takdirNya.

Wednesday, July 31, 2013

Saya nak moto!!!

Meroyan nak beli motorsikal dan nak amik no plat ni 

AJL344

TAPI!!!!!

Xreti nak bawa, lesen pun xde
Xde moto baru yang harga bwh RM2500 kan???

SOOOOO????

Mode BERANGAN sudah laaaaaa

source pic : google

Thursday, January 3, 2013

Back to school 2013

Byk sgt kenangan pahit manis mase kat skolah. Dan setiap kenangan tu sgt2 berharga dan special sgt.

Sekolah Ren ni seronok jugak walaupun sekolah felda tp kawan2 aku sume ayah, mak, adik2 kenal..paling aku igt ayat adik2 aku dulu, "along ni byk boipren ke, asik lelaki je tepon" hahaha ape nak buat pompuan mane minat nak gayut2 ni.

Pastu aku ni kecik2 dah pelupa, kalau time ade senaman mesti aku terlupa nak bw tali pinggang pinafore aku...cikgu plak garang, kalu x pki kompom kena marah, seb baik laaa ayah aku dtg anto.

Mase sek ren ni naik bas jerk, penah jerk jln kaki dlm 5-7km sbb kena tinggal, kelas no. 1 sokmo lerrr balik lmbt.

Sekolah Men mule2 dkt Muadzam jerk nak duduk asrama jerk walaupun umah panjang sejengkal, sebulan jerk dah kuar balik sbb kena buli dgn senior. Kebetulan plak dpt 2nd called utk ke sekolah 'bestari' kononnyeee...

Biasa org ckp mase darjah 1 ni laa time gigil semcm bile baru nak masuk skolah, tapi bagi aku setiap kali naik darjah kompom akan gigil, sbb mostly cikgu lain2...lgpun senior kompom cite punyeee mane cikgu ok mane cikgu cam rimau.

And now, my ensem boy sorang ni dah nak masuk skolah... Kalau laaa mama die leh bayo aku tinggi dr gaji skang ni, kompom aku nak monitor anak die ni elok2 kat skolah. He's so special sbb pada die xde sederhana dlm ini idup, yg ade sume over. Over meraung pastu wat mcm xde pe berlaku, over guling2 sapu lantai, pastu x pndi sgt nak berkawan...and toilet must have yg duduk kalu cangkung, dah jadi mandi laaaa..

Hopefully die ok bile dah masuk skolah ni...risau pun ade, dah besar rupenyaaa die huhuhu dan makin tua laaa aku nampaknyeeee

taken from mama iphone

Thursday, November 22, 2012

To all MBA (Malayan Blues Army)

Each of us yang sokong the Blues mesti skang ni tgh berdukacita, kecewa, marah, macam2 perasaan bile Pengurus yang boleh dikatakan banyak bagi sumbangan pada the Blues. Sape lagi kalau bukan Robbie Di Matteo.

Nak kate aku ni peminat bola tegar tu xde la jugak, tak penah pegi stadium pun, tgk games kat tv pun ikut mood laaa jugak. Tapi dah sebabkan bile berkumpul adik bradik kat rumah, secara tak langsung asik bukak espn or sembang2 pun ckp psl the Blues, so aku pun dah terjerat same...

Mane diorg nak layan kalau aku ajak borak psl masak2 ke, baju2 ke...huhuhu nasib badan lerr.

Alasan paling kukuh xmau terlalu fanatik sbb aku ni mudah sgt meradang kalau ade perang emosi drp kelab penyokong lain..so baik aku wat bodo jerk..kalu tak nnt parah jadinyeee kuikuikui

Dan kalau tak silap the Blues dah dpt pun pengurus baru iaitu Rafa Benitez, ye ke tak??muehehehe kalu silap jgn mara arrr...so far aku x kenal sgt la cara keje mamat ni (ceh mcm laaa aku tau hal2 bola sedunia) tapi xpe laaa kite tgk je camne...kalau si Matteo tu 6 bulan, yang ni kena buang gak laaa kalu xcapai target dlm mase tu kan? Kata nak fair play so kena fair gak lerr management..

Anyway, I will be missing Matteo, xdpt nak tgk kelibat die pki suit kat tepi pdg tu haaaa....

 Kata-kata terakhir beliau (mungkin aku bleh copy paste, bile smpi mase aku tinggalkan MMU ni) :-

"Walaupun saya dipecat,tapi saya tak simpan apa2 perasaan tak puas hati terhadap Chelsea. Yang ada hanyalah rasa sayang yang mendalam terhadap The Blues. Menjadi penghormatan apabila dilantik menjadi manager untuk kelab yang saya
cinta sebagai pemain dan sentiasa dekat di hati saya. Saya tersangat bangga atas kejayaan dan piala2 yang kita mampu bawak ke Stamford Bridge dalam beberapa bulan kebelakangan ni."
" Membawa Chelsea menjulang trofi Champions League yang pertama,di Munich merupakan pencapaian terbaik untuk kelab dan juga untuk saya, sama ada sebagai pemain atau manager. Ia merupakan kenangan yang saya akan ingat sepanjang hidup saya.
Saya ada perasaan yang mendalam dan tidak berbelah bahagi terhadap Chelsea Football Club dan saya ingin berterima kasih terhadap semua staff, pemain2 dan juga semua peminat2 yang sentiasa memberikan sokongan yang jitu sepanjang saya menjadi manager untuk Chelsea."
 All the best to you toooo...


Thursday, August 30, 2012

Derma Organ

Planning to register for organ donor, get all the info & dah isi borang cume kena dpt permision lisan from my parent.
2thn lepas, aku pernah utarakan hasrat ini pada parent  tapi jwpannya tidak memberangsangkan. So thn lepas aku xsentuh lagi pasal mende ni.

Then suddenly, aku terbaca hasil tulisan Saiful Islam @ Ustaz Hasrizal berkaitan Derma Organ 

Then tibe2 lagi, TING! Kalau diutarakan lagi pasal ni agak2 my parent boleh terima ke tak? Dulu maybe diorg takut jenazah aku tak sempurna tapi dalam agama mengharuskan. 

Pendapat aku plak, kalau laaa organ dalaman aku masih elok dan dapat digunakan oleh org lain, kenapa kita tak dermakan saje, lgpun kita dah mati kan... Adakah Allah akan kire organ2 kita ade hilang ke tak? Tak kot... hanya doa anak, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan Allah akan kire betul tak?

Walaupun nama dan jasa kita xde masuk paper, dpt pingat emas ke, dpt pecah rekod ke tapi kita ada jasa yang nak disumbangkan pada org yang masih ade harapan untuk hidup, xmasuk paper pun xpe.

Amatlah bahagia sangat kalau kita dapat berbuat amalan baik semasa kita dah mati. Nak derma plak ade macam2 jenis, luar dlm sume boleh derma asalkan boleh digunakan, tapi seperti yang Ustaz Hasrizal cakap mungkin kalau derma bahagian luaran tu buatkan kaum keluarga trauma atau boleh nak trime, kite boleh je nak derma organ dalaman.

Hmmmm... Ya Allah bukakanlah hati mereka untuk bersetuju dengan hasratku ini.

Terima kasih Ustaz sebab tulis artikel tentang ini. Semoga lebih ramai orang Melayu terutamanya boleh membuka fikiran dan sedar seterusnya mendaftar sebagai penderma organ.

Monday, August 27, 2012

Niat & Usaha

Alhamdulillah diberikan peluang untuk hidup dan membuat amal ibadah padaNya. Dan dapat meneruskan puasa selepas bulan Ramadhan.

Hasrat dan niat yang telah lame dipendam dan thn lepas jadi makin membuak-buak...

Apakah??? Hihihi nak pergi UMRAH, insya Allah.

Sebelum ni ade planning pegi dgn F4, tp sbb 2 org dah kawin dan beranak pinak plan tu cam tenggelam skettt..

Then pagi ni ade tgk Tanyalah Ustaz TV9, tajuk umrah dan ziarah...

Makin membuak-buak rasenye nak pegi Umrah. Ustaz Izhar cakap kalau dpt tgk Kaabah secara live hati rase tenang walaupun mase kat hotel td rase nak marah2...kuikuikui

Selain niat dan usaha, perlu juga berlatih dari sekarang untuk menjaga adab iaitu :-
1. Senyum selalu 
2. Bersyukur
3. Sabar
4. Bykkan ibadat sunat

However, untuk perempuan bujang macam aku, perlukan izin wali iaitu ayah dan ditemani oleh mahram/perempuan yg boleh dipercayai (kawan rapat/sedara)...sape nak teman aku???angkat tepon dan call ek hihihi

Ya Allah semoga Kau berikan kesempatan untuk aku menjadi tetamuMu. Now, niat dah ade, then have to usaha untuk cukupkan kewangan dan pergi ke sana dgn hati yang gembira. Dan perlu sihatkan mental dan fizikal.

Jom kita prepare!!!

Saturday, August 18, 2012

Struggle & Survive

It had been a year

Year of STRUGGLING & SURVIVING

Year of HOPING & LOSING

Year of SELF-REFLECTION & lots of "SILENT"


Year to be STRONG in and out

Dalam tempoh ni jugak banyak yang dah berubah dan ade yang masih seperti dulu...

Syukur sangat2 saat ini aku terjumpa dengan beberapa blog yang buatkan aku lebih bersyukur atas apa yang aku alami sebelum ini, silent reader sekalian boleh baca jugak kalau ade kemampuan boleh derma jugak...

1. http://miera301.blogspot.com/p/norma-talib.html    ---- pengorbanan seorang suami menjaga isteri sehingga akhir hayatnya.

2. http://abil4fauziah.blogspot.com/ ----- pengorbanan seorang suami sanggup berhenti keje utk menjaga isteri yang terlantar sakit sehingga hari ini

3. http://aliaharyanie.blogspot.com/  ------ kisah seorang isteri yang telah ditinggalkan oleh suami dan sekarang berdikari menjaga anak walaupun sedang sakit

Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.

Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai. Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.


Ketika hati seorang muslimah terluka, hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

dari: http://akuislam.com

What ever it is, this Ramadhan very meaningful for me, Alhamdulillah I manage to avoid from going to any PARAM, just masak sendiri or rezeki org bagi, or iftar di surau, semoga Allah memberkati hidup mereka semua.

p/s : when writing this, I'm just dream on him, he just stare at me and not saying even a words...


Monday, June 4, 2012

Putus asa...

Sebagai umat Islam, kita tak patut putus asa tp terima qada' dan qadar yang telah ditentukan olehnya. 

As for now, I need a break, need to 'rest in peace'... hati telah menjadi kering dan xmampu nak dilembabkan lagi..

Bukan memilih or cerewet tapi mesti menolak dgn cara baik sebelum hati org kita sakiti, coz I'm really know and expert how is it feel. Its ok if others hurt me, but I'm trying from now on not to hurt others. Perlukan kesederhanaan dlm hubungan sesama manusia and dont expect too much.

Maybe sebelum ni aku dah byk sakitkan hati org and know its my turn. Harapnya balasan dunia aku dpt supaya balasan di neraka dpt dipendekkan. However, always pray that Allah sanggup ampunkan segala dosa aku dan ditempatkan di kalangan org beriman.

Missing him until I die. Allah, give him all my happiness in this world. I'll try to find other place by myself. Insya Allah, I'm no longer here.....


Tuesday, February 21, 2012

Berilah aku kekuatan seperti Narayan Krishnan (CNN heroes 2010)

Terlalu banyak dugaan yang datang bila kita cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Terlalu banyak hasutan syaitan yang sentiasa memberi dorongan utk bersifat negatif.

Hanya diri sendiri yang dpt menghalang dan mengawal dari melakukan sifat2 buruk. Sentiasa menasihati diri sendiri, apa saja dugaan yang melanda Allah turunkan kerana Dia lebih mengetahui sama ada kita mampu menghadapinya.

Semoga aku lebih banyak memberi drp menerima kerana hidupnya manusia di dunia ini untuk berbakti kepada yang lebih memerlukan. Jika dimurahkan rezeki dan kemampuan fizikal & mental aku berharap untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Sekurang-kurangnya aku masih dikurniakan tulang 4 kerat.... dapat berbakti kepada diri sendiri dan juga org lain.

"I want to save my people, that is the purpose of my life" -------- http://edition.cnn.com/SPECIALS/cnn.heroes/archive10/naryanan.krishnan.html

Bile keluar je dari rumah, mcm2 situasi yang buat aku thinking of something, pengemis, org tua yang jln perlahan dan akhirnya ketinggalan komuter, org kurang terurus berjalan tanpa tujuan sambil berckp seorg diri, at that moment will make me realizing one think, why I cannot help them? I dont have enuf money...but when reading about the article above, I realize that ape saja niat yang baik, akan sentiasa ada jalan dan rezeki yang datang tanpa kita minta. 

Cume kekuatan mental dan fizikal serta kepercayaan kepada Maha Pencipta yang diperlukan untuk berbuat kebajikan seperti ini.

Mungkin boleh dilakukan secara kecil2an seperti menderma, walaubagaimanapun aku harap suatu hari nnt aku mampu mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk mengumpul semua insan2 yang memerlukan dan menjaga dgn sebaik mungkin, kerana mereka juga berhak untuk hidup seperti manusia biasa.

Tuesday, January 10, 2012

New Year 2012

It had been so long, I'm not writing here. Rase tak de mood nak tulis dan xde ape pun yg menarik buat mase ni.

Dalam tahun 2011, byk pahit manis yang telah berlaku. Wat ever it is, I have to be strong and be as good as I want to be, not others. They just can talk and talk get the thing fly with the wind tanpa siasat perkara yg sebenar berlaku.

Dan benda tu pun still ade smpi la skang ni. Aku pun x tau sape punye angkara tp aku x phm org yg sebarkan cerita tu tau drp aku  ke atau saje nak mereka cerita.

Aku tak penah mintak duit kalu aku xcukup duit, xpernah susahkan org rasenyeee...tapi ade je yg sibuk2 nak bawa cerita psl aku tanpa tny aku ape2...sesedap rase jerk.

Ape kate untuk tahun 2012 ni, kite same2 audit diri sendiri, sblm kite sibuk nak audit org lain....xsalah nak tegur tp biar kena pada tuan bdnnye, bukan gune org tengah ke telangkai ke ape2 je laaaa...

Kalau rase x puas hati, terang2 ckp, jgn nak pndi2 buat cerita. tgk, tahun baru dah wat mood aku spoiled sepanjang tahun, but hopefully aku akan dpt brite2 yang menggembirakan selepas ni...

And dlm 2 bulan lebih ni aku perlu melaksanakan tugas yg aku perlu lakukan yang terbaik di hari terbaik bersama org2 yang terbaik dlm hidup aku...dan terima kasih kepada mereka atas kepercayaan yg telah diberikan.
Dlm bab keje plak, everyone had their dream to gain more experience and try new environment to upgrade their life. Harap2 thn ni tak mls nak cari keje...I hope I;m no longer here within 5 years.

Sunday, October 16, 2011

Aku si miskin bandar


Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 26/12/2009 – Wilayah Kota
RM3000 Ke Bawah Kategori Miskin Bandar – RMK 10
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)

 
Huhuhu aku adalah salah seorang drp org miskin bandar tersebut....

Ape skills yang aku ade???Untuk memastikan org yg carik aku???Bagi aku duit byk2????

Nak keje sendiri perlukan modal dan semangat berani menanggung risiko...Am I dare??


Sunday, March 27, 2011

Azalea Festivalssss...

The 64th Annual North Carolina Azalea Festival will be held April 6-10, 2011 in the greater Wilmington area. The Festival is a celebration of Wilmington’s exceptional artwork, gardens, rich history and culture during its five days of entertainment that includes: a parade, street fair, circus, concerts, pageantry, and all that is Southern.

Since its inception in 1948, the Festival has blossomed into an extended weekend celebration that attracts more than 300,000 people. The Festival is a non-profit civic organization and this year is sponsored in substantial part by its four (4) major sponsors: Progress Energy, Wachovia Bank, the Hilton Wilmington Riverside, and Coastal Beverage.

North Carolina Azalea Festival

For more than 50 years, the folks of Southeastern North Carolina have been throwing the best party in the South and you're invited! There's something for everyone among our community's rich array of artwork, gardens, history and culture. Come join us!


p/s : Kalau laaaa dpt pegi this festivals.......huhuhu
 

Friday, May 28, 2010

I want....

I   WANT 
  
to live in love, friendship and happiness
to win a large sum of money
to often win small sums of money
to solve all my financial problems
to give happiness those I love
to possess a beautiful, big house for myself
to travel, to take vacations
to start an amusing, absorbing hobby
to start a new business which is very successful
to buy a business which brings in a lot of money
to see those that I love succeed
to make new friends and develop new relationships
to get married and to have a family
to have more control and more optimism in my life
to bring good fortune to those that I love
to marry a rich and influential person
to discover the ‘true love’ of my life that my lover returns to me and I stay in love for ever
to become someone famous
to appear on television that my children get good grades and are happy
to have more good luck in my life
to succeed in everything that I undertake
to inspire in others admiration and respect…

Tuesday, April 13, 2010

Dreaming of You

INCA SLIP by Clarks

Dah 2 mlm berturut2 aku mimpi sang kasut ini......kalu mlm ni mimpi lagi aku rase aku kena beli gak walaupun harganya RM298.00, tutup mate sebelah mase nak bayo tu. Maybe sesetengah org rase tak de la mahal tp kalau ikutkan akal pikiran aku yang logik dan masih waras rasenye macam mahal. Itu laaa lain kali kalu mmg dah tau kasut dlm kedai tu mahal2 jgn cube2 nak try test pakai, bile dah rase best n selesa mule laaaa nak beli tapi tak mampu. Inikah dinamakan perempuan???Ok la kot sebabnye aku mmg perempuan kan???

Isshhh xpenah aku jadi camni tau, tiap kali lalu dpn kedai Clarks tu aku rase kasut ni macam memanggil je suh aku beli dah lerr elok2 die display kat dpn kedai huhuhu.....Walllaaaaweeiiii (bak kate K Maz), bile dok pk jantung dug dag dug dag, tgk lelaki ensem pun xde rase smpi camtu skali.....hehehe

Tuesday, December 15, 2009

Proton Lancer 2010???

Proton Lancer (Waja Replacement) a rebadge of Mitsubishi Lancer

proton-lancer-waja-replacement-1 According to the business weekly paper, the Edge (week of 23rd Feb 2009), Proton will be releasing the new Proton Waja 1.8l, which is a rebadged version of the Mitsubishi Lancer 2.0l in 2010.
Further refinement is currently underway. The looks will be different from the Lancer and spot its own characteristics. But one things for sure, the mechanical aspect and design is all Mitsubishi. Let’s hope the assembly is of quality.
This also means that Proton is now effectively in the business as a car assembler rather than car manufacturer. There is effectively minimum difference between Perodua (backed by Toyota/Daihatsu) and Proton (Mitsubishi).
Did i say they will also price the 2010 Proton Waja (aka Mitsubishi Lancer) at 80k? Honda City & Toyota Vios will have much tougher alternative from Proton Lancer this time.
proton-lancer-waja-replacement-2 proton-lancer-waja-replacement-4 proton-lancer-waja-replacement-3
Source : CarStandard.com
Camne kawan2???ade bran tak nak tunggu Proton Lancer ni??disebabkan nak beli Lancer original xkesampaian, ape kate kite try yg ni nak???hopefully harganye below RM80k, so hajat nak beli kete kena wait until next year la ek, kuar kete2 yang cool and mampu milik....
Apsal jiwe rase x tenang jerk??feeling something wrong somewhere...Asik mimpi jumpe ular je tp nape ular tu x patuk aku...kalu ular tu patuk mesti jodoh dah nak sampai seru, tp kalu jumpe je tp ular tu wat bodo jerk camne ek???....haaiiyyaaa but better xkawin kan kalau kawin akan ade problem yg lum tentu kite sanggup hadapinyeee atau tak.

Wednesday, November 11, 2009

Eyes-catchinggg

While searching for unique design for the Ops Celebration, I'd found this beautiful and attractive wallpapers, nak pasang pun senang je ni sbb penah install di Gallery MMU but quite expensive if you wanna decorate all over the house...that's catching my eyessss...

Enjoy this picturessss.....










Huurrrrmmm.....membuatkan nak mimpi yang indah2 je, berangan nak buat camni bile ade rumah sendiri tp camno??still searching for the best place to buy...

Rase nak tdo dan mimpikan rumah idaman then hired arkitek utk make the drawing....

One day.....insya Allah

You can browse this website and choose the best for your eyess... Wallpaper

Saturday, October 31, 2009

I want shopping!!!


I cant wait to shop... lame dah x shopping ni, tp kena tunggu sebulan lagi huhuh....

Need new shoe, sbb yang ado ni hampir tu koyak kena jln mcm model sopan santun, lemah lembut supaya leh tahan 1 bulan lagi....

Handbag pun nak kena beli gak.....sbb yang ado mcm belacan, lgpun xde yang sesuai utk ke opis or pakai plastik beg je, huhuhuh....

Then nak shopping urrmmm...... ape2 laaaa yang patut kena tuka kan....huhuhu

dan the most important thing ialah....

SHOPPING IS MY BEST THERAPY

Sabar itu separuh iman...
p/s : pengakuan 'besar' di atas boleh menjejaskan perasaan jejaka2 dan bakal2 mak mertua di luar sana yang nak jadikan aku calon isteri dan menantu mereka....ape kisah kan, aku gune duit aku, kalau da kawin tu mintak skit je bkn suh sponsor sume, tambah2 beberapa keping duit ade heheheh.....sharing is caring

Gambar sekadar hiasan..

Tuesday, October 27, 2009

Baikkk punyaaaaaa.....

Punya laaaa baik membe aku yg sorang ni, mentang2 la dah kawin, mu suke2 je bagi website yang lum leh apply untuk kawan mu yg sorang ni.....

Itu pun die ckp dapat ilham drp entry Indahyeeeeeee mimpi dlm blog aku....

Website ni aku tujukan khas untuk para isteri dan ibu yang nak create something different in their marriage... ye laaaa bayangkan dah hidup dgn si suami brape lame kan, ngadap muke yg same hari2, tdo pun pusing2 nmpk muke same gak....kalau hari2 yg aktiviti hidup yang same mesti boring, gaduh2 pun dah bese kot.....aku nak apply xde lesen plak so sape yang rase2 die tu isteri, ibu, bakal isteri, bakal ibu....or kaum lelaki yang ade lesen pun aku rase bole je bace dan tgk....sekurang2nya hidup ni xde la bosan sgt kan...bak kate pepatah jgn menabur garam ke dlm laut, jgn menabur cili ke dlm cili boh.....

Dan hanya untuk tontonan manusia berumur 18thn ke atas dan boleh pikir baik buruk.....

1. Panduan ...... & Lingerie sexy

2. Macam2 lingerie ade

p/s : jgn laaa korang sumpah seranah aku ek....aku tak bersalah pun...huhuhu saya bukan ah long hanya mau tolong.....

Sunday, October 25, 2009

Indahnyeeee mimpi.... (Untuk tatapan pembaca 18thn ke atas dan berfikiran bersih)


Mimpi yang buat aku senyum sampai telinga bile bangun drp tido....

Nak tau ape??

Urrrmmmm......

Mimpinye aku dpt suami yang really2 romantik.... he is 'chinese' and very the 'leng chai' (dah convert to Islam la kan).

Mempunyai ciri2 yang memang diimpikan oleh setiap org...time tu gak kitorng dah ade a baby, kalau nak pegi klinik for check up mesti 'my hubby' pun ade skali...

Mane2 aku nak pegi pun mesti die akan ade....shopping ke, jalan2 ke, makan2 ke....always together2...

Dan really romantik, sentiasa tak lepas tangan aku bile jln same2 (time tu ntah mane letak baby aku pun xsure maklum laa mimpi kan)...

Mase makan dgn kawan2 pun die xmalu2 nak show how he loves me, pegang tangan aku, picit idung dan pipi, pegang lengan, kadang2 tu aku plak malu sbb wat camtu....(tp nasib baik laaaa mimpi je kalu btul pun best gak kan hahaha....sila jgn muntah ek)

Then mimpi brenti smpi situ je....isshhh bile pk menggatal nak kawin je apo punye anak dara..... anyway, ok la kan kalu mmg takdir tak jumpa mcm dlm mimpi at least dah penah mimpi kan hehehe....syokkkknyeeeee...nak sambung tdo laaaaa, harap2 leh mimpi jumpa 'suami chinese' aku lagi...

p/s: Sumber gambar drp VS (mimpi akan sentiasa indah bile pakai pyjama dr VS ni kan hehehe?? Insatiable by Darren Hayes - lagu ni sesuai untuk menaikkan mood yg indah ni.....

Thursday, October 1, 2009

Meleleh air liur dan air mataku.....

Saje dok cuci2 mate tgk kasut2 baru.....dan ade beberapa kasut ni wat aku leleh jerkkk...wuuaaaaa!!! bilekah dpt ku miliki dirimu ini????

Motif kasut tinggi??sbb aku rendang sgt, xde la tinggi sgt kot xlebih dr 3inci lgpun mane de laki same tinggi kan??semunye tinggi drp aku, at least kepala aku mesti lebih tinggi dari ketiak die....sedap mate org memandang, aku pun xde laaa asik nak kena mendongak je, lotih leher den ni haaa xlame leh jadi zirafah jadian and kalu lalu escalator tu xde la aku dok 1 tangga lebih dr die (mesti you wondering why kan??)...huhuhu

Plus, aku suke yg tapaknye tebal sbb kalau laaa terpijak lopak air ke, makanan basi ke, air tumpah atas lantai ke xde la smpi kena kat kaki..at least kasut je yg kena hehehe...dan buatkan langkah aku yg bersepah ni jadi skit teratur laaaa walaupun kdg tu mcm xkena je kan...apo nak buatkan tunggu la kalu berat dah cecah 48kg, mesti aku leh jalan mcm model and pakai kasut tinggi slalu sbb dah xberat sgt nak tampung lemak2 yg ade skang ni.....

Ade kat Malaysia kasut design mcm ni tak??aku tau ade kat Clarks tp osmet aku da beli xkan nak same lak kan :p lgpun RM2++ tu....

45.00 pound - tak dpt yg lain pun xpe yang ni pun dah ok

25.00 pound

25 pound

19.00 pound
sources: House of Fraser