Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 25, 2012

Short trip to Cameron Highlands

Tempat : Cameron Highlands, Apartment Villa Dahlia Tanah Rata
Tarikh : 15-16 Sept 2012
Peserta : Me, My Bro, My Cousin & her kids
Kenderaan : My only heart, Si Merah...

Almost 23 years from my 1st visit to this place...Dengan plan last minit dgn gaji yg ala-ala korek sane sini,  dan di'sponsor' almost 99% for this trip from my cousin. Alhamdulillah tu yang everything going well.

Just layan je laaa gambo ni ekkk, nak menulis byk pun dah malas..kuikuikui

Mase ni belum check in apartment, sebabnye jalan sgt2 jem dan we decided to stop for cuci2 mata dan alas perut sbb mase tu dah pukul 2pm.


Bile dah check in, angkut semua barang naik apartment and then pegi pekan Tanah Rata for lunch + dinner @ MarryBrown. Then beli barang2 basah utk bfast esok pagi. Beli brg2 kelengkapan untuk hiking ke Gunung Berinchang kasut + baju ujan in case esok ujan... 







Gambar2 ni mase pegi Gunung Berinchang, and as u can see kasut & baju ujan tu kami beli semalam. We bought the pakej that included also Tea Farm + Strawbery Farm + Butterfly Farm.  

Tak kuasa aku nak calar balarkan si Merah tu, hancur luluh hati aku nnt kalu ape2 jadi kat die.

Harga pakej RM40dewasa & RM25 kids, kecuali tiket masuk Butterfly Farm kena beli sendiri but aku x masuk pun kat dlm tu just duduk luar cuci2 mate tgk souvenir.

Hari pertama tu dah survey2 kedai mane nak beli barang2 utk bawa balik. Unfortunately, jalan ke Simpang Pulai sgt2 laaaa jem smpi ke pekan Tanah Rata, then we all decided lalu jalan Tapah sbb kereta tak berapa byk tp kena korban untuk kedai2 yang dah di'spot' smlm. Huhuhu sedih gilerrrr...

Anyhow, aku x kire laa brape byk duit abis utk cuti2 Mesia ni...sbb x sanggup nak kire kottt. However sgt2 puas hati dpt jln2 kat tmpt sejuk2 kuikuikui..

Sejak tdo di Cameron smpi laa ke hari ini, tekak aku terasa amat perit lebih2 lagi belah malam, dan bile aku ade dlm aircond xkire dlm opis or dlm kete, kompom senang sgt nak batuk...rasenye dah byk minum air, ape lagi xkena aku pun x paham..

Sunday, September 23, 2012

Degil...

Almost 3 weeks aku dah presure badan dan otak aku untuk training and preparation for Kastel. Tiap2 ptg and kdg tu smpi mlm aku training, kalau rest pun gap 1 or 2 hari je...

Ye laaa sbb sedar diri tak berapa bagus so need to berlatih smpi lebam....smpi satu tahap dah give up

Tapi bertahan je laaa sbb aku dah janji dan have to stick in to it. Nasib baik ade kawan2 yang bagi sapot walaupun they are not in my position but anyway, xdpt nak tenangkan hati tp dpt laaa kurangkan skit tekanan yang ada skang ni.

Dan sebab kedegilan itu, aku dah lame x pki protection guard utk lutut aku, and nowww ape lagi dah rase sakit harap2 tak serius laaa sbb xsmpi seminggu dah nak start the battle. 

Confirm rase cam sensorang diri jerk nnt sbb xkenal sape2...dan harap sgt xde sape yg dtg sbb aku akan rase sedih..kalu leh xnak dtg utk opening & gala nite, tunjuk muke mase ade game je bleh kan??? Susah btul kalu ade the only woman dlm team dan bese laaa seperti pengalaman aku sblm2 ni, the people in 'that' industry tak berapa amik berat pasal perempuan...huhuhu

Insya Allah semoga dpt laaa aku jd insan normal bile berada di sana nnt, kalu tak makin tambah sedih laaaa....

Friday, September 21, 2012

Tiga K

Dalam masa berbaki beberapa minit sebelum miting bermula, nak tulis skit utk pengajaran dan pedoman untuk diri sendiri dan mungkin org lain.

Skang ni aku tgh ade sindrom 3K (kastel, konvo, kenal) means that ade 3 hal yang tiba2 datang serenta, perlukan pengorbanan dan penyumbangan sepenuh jiwa, tenaga, masa dan badan.

1st skali pasal KASTEL, event ni 1st time aku masuk dan 1st time aku involve sukan yang aku tak senang sorang pun ahli2nyeee... perlu berlatih sampai ke Bukit Raja smpi tol pttnye 6.50 je tp time balik leh sesat smpi abis RM15, turun training tiap2 hari kat Indoor belum kira sampai satu tahap aku rase nak give up jerk tp dah janji dgn org, walaupun kena marah kena perli sbb tak bagus macam org lain. Nampak senyum tp dalam hati Allah je yang tahu.

2nd pasal konvo, demam dah nak smpi dengan preparation utk Canselor baru, xtau lagi mcm mane taste die, harap2 xde laaa susah nak layan. Dah laaa end of Sept aku berkampung kat Melaka 4 hari. Mmg tak sempat nak tgk preparation untuk venue2 yang terlibat.

3rd pasal kenal ni, tetibe plak org berpusu2 nak kenenkan dgn beberapa org...siap tu ade mintak buat bioadata dan kasik gambar....haiiiyyooo yg ni aku rase aku akan pk pas abis kastel & konvo sbb nak kena tawakal mase hati tengah tenang, semoga dapat jawapan yang pasti.

When all sume benda ni dtg serentak aku rase depressed sgt2...nak nangis utk lepaskan rasa tapi tak terkeluar plak air mata. Baru td pegi lunch kat kedai Pak Teh dgn kawan2...bile dah abis mkn tu tgh borak2 ade sorang makcik dgn keadaan terhencot2 bdn pun dah bongkok dgn pakaian & beg sgt daif, hati terus mcm rase kena ragut. Dlm hati, Ya Allah makcik ni dugaan die lagi kuat dr aku tp die still senyum..rase nak menangis mase tu jugak.

Lepas tu plan dgn kawan2...sorang nak tlg bayarkan mkanan yang die tapau & aku plak bagi duit cash utk derma kat makcik tu, bile hulur duit die ckp "xyah la nak" tp aku ckp amik je....huhuhu pastu aku x sanggup dah nak tgk, nak tny lebih2 pun muke die sgt2 kesian...dalam hati aku ckp, aku baru jerk Allah uji sket takat kena perli kena kutuk tp dah cepat mengalah, tapi ade lg org lain dugaannye lebih besar drp ape yang aku alami. Kalau ikutkan time2 camni, mmg duit kena korek2 laaa dlm tabung nak tunggu seminggu lagi ni, dok berkira2, tp aku ni jrg bg sedekah so aku rela hati bagi walaupun aku x tau nak idup lg seminggu ni cukup utk aku ke tak....kurang2 ade la brg2 dlm peti ais tu, xde la mati kot.

Ya Allah, kau murahkan la rezeki makcik tu...berilah die tempat berteduh. Kalau laaaa aku dikurniakan rezeki lebih insya Allah aku akan pastikan takde orang akan jadi mcm makcik tu. Makcik tu xde mintak sedekah atau ape tp atas rasa kasihan, xpe la kalau org ckp aku kena tipu ke ape, yang tu biarlah urusan die dgn Allah.

Sekurang2nya, aku x rase bersalah kalau die betul2 susah.

Friday, September 14, 2012

Menjadi diri sendiri...


Usah menjadi Khadijah andai tidak sesempurnanya

Usah menjadi Rabiatul Adawiyah andai tidak setia dalam sengsara

Usah menjadi sekuat Sarah andai tidak seteguh dirinya

Usah menjadi Zulaikha andai kasih tidak setulus hatinya

Jadilah dirimu sendiri kerana Engkaulah wanita terhebat ciptaan Ilahi...


Doa apabila terganggu atau terkejut ketika tidur
Maksudnya :- Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Wednesday, September 12, 2012

Tika Bidadari Berbisik

Kalian,

Janganlah memandang serong perempuan seperti kami yakni yang tiada teman berkongsi duka di sisa kehidupan ini. Setiap manusia dilahirkan berbeza sifat, niat & perbuatan. Kami pasti pernah berasa kesunyian dan kesepian. Pernah menerjah di hati, kenapa kami tiak bisa memilikinya? Namun sebutir iman telah menguatkan kami dan mendidik kami untuk mengenal maksud redha, tawakal dan "La Tahzan" yakni jangan bersedih.

Walaupun kita dilahirkan atas nama perempuan, tetapi Allah telah mencipta kita dengan berbeza-beza sifat dan berbeza niat. Ada perempuan yang sangat mencintai dunia dan akan melalukan apa saja untuk mencapai niat. Mungkin juga ada perempuan yang memilih untuk hidup dan matinya kerana Allah dan mencintai Rasulullah.

Menjadi isteri kepada seorang suami adalah impian setiap wanita. Apatah lagi jika dianugerahi kebahagiaan dan kesetiaan yang berpanjangan. Namun bukan semua wanita memilikinya.Bersabarlah. ajarlah hati dengan kesabaran sentiada redha dengan pemberian Ilahi. Insya Allah hati akan tenang, setenang air di kali.

Aneka interpretasi dan pelbagai corak lakaran kehidupan.

Petikan di atas diambil daripada buku yang baru aku beli melalui online. Sebelum tu ade review dlm paper, so rase mcm menarik jugak buku ni...

Kisah dilema peranan sebagai Miss Single atau Puan Suri. Sebenarnya, naskah ini ditulis oleh seorang isteri kepada seorang gadis. 

Manusia zaman millenium skang ni, selalu sgt cepat buat kesimpulan kalau ade perempuan yang lambat kawin atau xjmp2 org yang berkenan, confirm akan ckp cerewet sgt laaa, memilih laaaa... saya cadangkan anda bace buku ni.... TIKA BIDADARI  BERBISIK 

Disarankan dapatkan buku ini, oppsss saya x dpt ape2 komisen okkk..tp sekurang2nyaaa rase bersyukur atas ape yang Allah telah takdirkan sepanjang hidup ini.

Tuesday, September 11, 2012

Keluarlah kamu, zon selesa

Mengaku yang aku ni susah btul nak adapt with the new environment.

Hidup just pegi keje, balik keje...then tdo

However this month hidup aku will be change a bit, will meet my new team mate....all men and I'm only the one, totally strangerssss...

Travelling jauh plak tu walaupun 2x seminggu tapi kalau dah balik mlm tu a bit worried jugak la kan, harap2 pertemuan kali pertama ini akan membuahkan hasil supaya ditukarkan ke Cyberjaya, dekat skit dgn umah... Pernah pegi sane sekali itupun konvoi ramai2 dlm 40min gak laaa, bile balik bleh plak salah masuk exit smpi lalu pusat bandar, hadoiiiii.....

Harapnye lelaki2 tersebut boleh mempertimbangkan permohonan supaya pusatnya buat dekat la skit dr tmpt aku nihhh...

Risau, takut, gigil, excited = mixed feelingsss...

Monday, September 3, 2012

HUH!

SOMEBODY MAKE ME 

THIS


AND

THIS


p/s : Tak masuk akal langsung, dan perasan macam bagus..maybe wayar dlm otak ade yg dah putus. Harapnye ko tau aku maksudkan ko yerkkk

Thursday, August 30, 2012

Derma Organ

Planning to register for organ donor, get all the info & dah isi borang cume kena dpt permision lisan from my parent.
2thn lepas, aku pernah utarakan hasrat ini pada parent  tapi jwpannya tidak memberangsangkan. So thn lepas aku xsentuh lagi pasal mende ni.

Then suddenly, aku terbaca hasil tulisan Saiful Islam @ Ustaz Hasrizal berkaitan Derma Organ 

Then tibe2 lagi, TING! Kalau diutarakan lagi pasal ni agak2 my parent boleh terima ke tak? Dulu maybe diorg takut jenazah aku tak sempurna tapi dalam agama mengharuskan. 

Pendapat aku plak, kalau laaa organ dalaman aku masih elok dan dapat digunakan oleh org lain, kenapa kita tak dermakan saje, lgpun kita dah mati kan... Adakah Allah akan kire organ2 kita ade hilang ke tak? Tak kot... hanya doa anak, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan Allah akan kire betul tak?

Walaupun nama dan jasa kita xde masuk paper, dpt pingat emas ke, dpt pecah rekod ke tapi kita ada jasa yang nak disumbangkan pada org yang masih ade harapan untuk hidup, xmasuk paper pun xpe.

Amatlah bahagia sangat kalau kita dapat berbuat amalan baik semasa kita dah mati. Nak derma plak ade macam2 jenis, luar dlm sume boleh derma asalkan boleh digunakan, tapi seperti yang Ustaz Hasrizal cakap mungkin kalau derma bahagian luaran tu buatkan kaum keluarga trauma atau boleh nak trime, kite boleh je nak derma organ dalaman.

Hmmmm... Ya Allah bukakanlah hati mereka untuk bersetuju dengan hasratku ini.

Terima kasih Ustaz sebab tulis artikel tentang ini. Semoga lebih ramai orang Melayu terutamanya boleh membuka fikiran dan sedar seterusnya mendaftar sebagai penderma organ.

Monday, August 27, 2012

Niat & Usaha

Alhamdulillah diberikan peluang untuk hidup dan membuat amal ibadah padaNya. Dan dapat meneruskan puasa selepas bulan Ramadhan.

Hasrat dan niat yang telah lame dipendam dan thn lepas jadi makin membuak-buak...

Apakah??? Hihihi nak pergi UMRAH, insya Allah.

Sebelum ni ade planning pegi dgn F4, tp sbb 2 org dah kawin dan beranak pinak plan tu cam tenggelam skettt..

Then pagi ni ade tgk Tanyalah Ustaz TV9, tajuk umrah dan ziarah...

Makin membuak-buak rasenye nak pegi Umrah. Ustaz Izhar cakap kalau dpt tgk Kaabah secara live hati rase tenang walaupun mase kat hotel td rase nak marah2...kuikuikui

Selain niat dan usaha, perlu juga berlatih dari sekarang untuk menjaga adab iaitu :-
1. Senyum selalu 
2. Bersyukur
3. Sabar
4. Bykkan ibadat sunat

However, untuk perempuan bujang macam aku, perlukan izin wali iaitu ayah dan ditemani oleh mahram/perempuan yg boleh dipercayai (kawan rapat/sedara)...sape nak teman aku???angkat tepon dan call ek hihihi

Ya Allah semoga Kau berikan kesempatan untuk aku menjadi tetamuMu. Now, niat dah ade, then have to usaha untuk cukupkan kewangan dan pergi ke sana dgn hati yang gembira. Dan perlu sihatkan mental dan fizikal.

Jom kita prepare!!!

Thursday, August 23, 2012

Self-reminder

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Imam Syafi’i berkata: “Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka sungguh ia telah memberi nasihat dengan sebenarnya dan menghargainya. Sedangkan barangsiapa yang memberi nasihat secara terang-terangan dihadapan manusia, maka sungguh ia telah membongkar aib saudaranya dan merendahkannya.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/31)

 Ayat kurang asam :- Kalu x puas ati face to face lerrr....

Moga Allah jauhkan sifat macam ni dlm diri kita semua. Amiinnnn....

Wednesday, August 22, 2012

Redha itu Nikmat

Bersyukur pada Yang Maha Kuasa

Walaupun kegembiraan yang aku harapkan belum muncul lagi, tapi Dia dah makbulkan hajatku untuk buat org2 yang aku sayang yang sentiasa ada dlm doaku bahagia dan murah rezeki.

Tak semua yang kita harapkan kita akan dapat, kadang kala setiap yang berlaku perlukan pengorbanan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. 

And for those yang rase aku menjauhkan diri or membekukan diri tak mcm dulu2 esp to SB, S & AA...maybe ade perasaan marah tp skang dah reda dan aku dah maafkan pun cume mungkin persahabatan tu tak bole nak jd macam dulu2..dan aku rase itu sahaja cara terbaik.

Mungkin aku cume manusia biasa tak mampu nak buat baik pd org yang pernah melukakan kita tapi hari demi hari i'm trying to keep my faith to Allah, dan harap korang semua pun boleh maafkan aku. 

I'M SORRY, PLEASE FORGIVE ME

Aku pun tak tau bile mase Allah nak panggil balik, maybe niat nak mintak maaf kat semua org tu ade tp kesuntukan masa. Rite now I'm physically sick...just pray that nothing serious, maybe I'm too sensitive.

Saturday, August 18, 2012

Struggle & Survive

It had been a year

Year of STRUGGLING & SURVIVING

Year of HOPING & LOSING

Year of SELF-REFLECTION & lots of "SILENT"


Year to be STRONG in and out

Dalam tempoh ni jugak banyak yang dah berubah dan ade yang masih seperti dulu...

Syukur sangat2 saat ini aku terjumpa dengan beberapa blog yang buatkan aku lebih bersyukur atas apa yang aku alami sebelum ini, silent reader sekalian boleh baca jugak kalau ade kemampuan boleh derma jugak...

1. http://miera301.blogspot.com/p/norma-talib.html    ---- pengorbanan seorang suami menjaga isteri sehingga akhir hayatnya.

2. http://abil4fauziah.blogspot.com/ ----- pengorbanan seorang suami sanggup berhenti keje utk menjaga isteri yang terlantar sakit sehingga hari ini

3. http://aliaharyanie.blogspot.com/  ------ kisah seorang isteri yang telah ditinggalkan oleh suami dan sekarang berdikari menjaga anak walaupun sedang sakit

Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.

Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai. Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.


Ketika hati seorang muslimah terluka, hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

dari: http://akuislam.com

What ever it is, this Ramadhan very meaningful for me, Alhamdulillah I manage to avoid from going to any PARAM, just masak sendiri or rezeki org bagi, or iftar di surau, semoga Allah memberkati hidup mereka semua.

p/s : when writing this, I'm just dream on him, he just stare at me and not saying even a words...


Friday, July 27, 2012

Share & Care

Terbaca nukilan seorang teman mase belajar di MMU, apa yang dirasa sama seperti yang aku rasa, tp die mempunyai pengalama yang lebih perit dari aku...sesungguhnya moga Allah merahmati hidup kami.


2 Ramadhan yg bahagia... :-)

Alhamdulillah..hari ni dah 2 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Kerana Ramadhan dah bermula, saya pun dah start memasang target untuk Ramadhan ni. Target apa? No no bukan target untuk diet & sebagainya.. Tapi target utk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sebelum2 ni, insyaAllah.. ^_^

Saya masih dalam proses refleksi diri. Dan saya masih dlm proses belajar. :-) Belajar tentang kekuatan diri, belajar tentang hal-hal ketuhanan, hal-hal kekeluargaan, senang cakap tentang hidup sebenarnya.. Yerp, sekarang ni saya suka sangat buat observation. Hehehhe... Bukan skodeng yer, tapi belajar dengan melihat kehidupan orang lain. Walaupun kehidupan setiap org tak sama, tapi selalunya sy akan dpt conclusion yg sama. If you want something, you have to sacrifice something. Ahaks!~ Fitrah alam kan? ;-)

Bahagia tu subjektif. Tiap2 orang lain definisi bahagianya. Cuma apa yg saya nak cakap kat sini, buat masa ni, saya bahagia hidup single. Ahaks!~ Saja jer nak org semua tahu sbb saya tau ramai jer yg concern ngan saya ni.. Tapi percayalah, buat masa ni saya memang tak ready utk jadi isteri mahupun ibu lagi. Saya tak ready utk sacrifice apa2 yg saya ada sekarang ni. InsyaAllah satu hari nanti, saya yakin Dia akan pertemukan saya dengan jodoh saya bila masa yang sesuai tiba. Only when the right time comes.. :-)

Sebelum ditakdirkan saya berumahtangga, saya dah nekad nak baiki diri dahulu. Banyak sgt kelemahan saya yg belum lagi saya atasi. Sebab tu saya rasa salah satu punca saya masih belum dipertemukan jodoh.. ^_^ Kerana saya mahukan jodoh yg terbaik, saya kena jadi yang terbaik dahulu. Jadi, bulan Ramadhan ni adalah turning point utk saya. Please pray for me. I want to become a better servant for Him. :-)

Indeed, time will heal everything... And yes, I'm not yet fully healed though 1 year has passed..

But don't worry, I AM moving forwards.. Cautiously~ :-)

~ Rindu dgn view ini dari tingkat 2 Masjidil-Haram ~
p/s : bagi pendapat aku, kalau kite dah jumpe mr Right at any point of time, for sure hari kite pun automatic akan jadi ready untuk melangkah ke alam seterusnyaaa..
 
sumber : http://wsdiyana.blogspot.com

Wednesday, July 4, 2012

Silent...

Sometimes
It's better to keep silent than to tell others what you feel

Because
It hurts badly when you come to know that
They can hear you but can not understand

Monday, June 11, 2012

Kompiusss....Confuseee....

Lelaki oh lelaki...

Pandai bagi nasihat ke arah kebaikan tp bila berlaku pada diri sendiri, tak serupa bikin...

Dihormati ramai tapi buat perkara yang boleh menimbulkan syak..dan nampak sgt mcm aku ni plak 'setan'...menggoda 'ahlil kitab'

Walhal aku menjadi diri aku bukan berlakon or mengada2 dpn org lain utk tarik perhatian...

Dan aku tak diminta utk diberikan perhatian...

Mohon pertolongan daripada lelaki supaya tidak mempermainkan aku or buat org pandang aku ni jahat...

 ************

Manusia oh manusia

Pada Jumaat lepas, aku dikejutkan dgn pertanyaan drp seorang kawan, "oooooo dah tunang dgn @&(^*&^ sorok2 ekkkk"... dalam hati berkata :-

1. Tunang mmg patut sorok, kawin baru hebahkan ---- sori wrong person

2. Dah agak dah mende ni akan berlaku cume x sangka ade yg brani bertanya

3. Nak tuka kete lain (bile pk2 sian plak kete ku tak bersalah), orrr tuka color but i lurrveeee my buah ati so much...

Terima kasih kepada yang bertanya tu, dan harap dapat btulkan semula kepada yang menyampaikan cerita tersebut.

Kesimpulan :- 

1. Tolong bukak mata luas2, tgk keadaan sekeliling...lenkali pakai teropong jgn silap org

2. Tolong jgn suke ati wat mulut, kalu nak jugak bw mulut kat tuan bdn je, jgn duk hebah2 kat org lain sblm tau cite yg btul

3. Selagi lum dpt jemputan, assume je laaa aku masih single... kuikuikui (tapi suke ati aku lerr nak kasi kad pd sape2)

4. Nape laaaa nak tau sgt hal aku??cam artis la plak kihkihkih....

Mende2 mcm ni kadang2 wat aku tergelak pun ade....spoil the mood pun ade...
 

Monday, June 4, 2012

Putus asa...

Sebagai umat Islam, kita tak patut putus asa tp terima qada' dan qadar yang telah ditentukan olehnya. 

As for now, I need a break, need to 'rest in peace'... hati telah menjadi kering dan xmampu nak dilembabkan lagi..

Bukan memilih or cerewet tapi mesti menolak dgn cara baik sebelum hati org kita sakiti, coz I'm really know and expert how is it feel. Its ok if others hurt me, but I'm trying from now on not to hurt others. Perlukan kesederhanaan dlm hubungan sesama manusia and dont expect too much.

Maybe sebelum ni aku dah byk sakitkan hati org and know its my turn. Harapnya balasan dunia aku dpt supaya balasan di neraka dpt dipendekkan. However, always pray that Allah sanggup ampunkan segala dosa aku dan ditempatkan di kalangan org beriman.

Missing him until I die. Allah, give him all my happiness in this world. I'll try to find other place by myself. Insya Allah, I'm no longer here.....


Thursday, May 24, 2012

Sweet & Sour

Makin lame makin malas menulis, mungkin sbb ramai silent reader dan kdg2, leh bw ke arah dosa2 kering...

Ade suka duka pahit manis, ade memaku dulang paku serpih.. what ever la kan, asalkan tak ganggun ketenteraman hidup aku.

I'll blog about how I can beat myself instead of looking others advantages. What ever it is, aku wajib percaya dan redha, ape yang Allah dah tetapkan utk aku selama ini, aku mampu mengawal dan menerimanyaa..

Terima kasih dan syukur Ya Allah....
  
Jika kita berjaya, Allah syg kat kita. 
Jika lambat berjaya, Allah uji kita. 
Jika nampak mcm gagal, Allah nak beri kita alternatif yg terbaik. 
Jgn sesekali bersangka buruk kpd Allah. 
Apa yg Allah beri pasti yg baik utk kita, yg kita perlukan atau yg kita layak dpt. 
Moga kita sentiasa redha.

Saturday, May 5, 2012

Kenapa saya single?

I love this post and suitable for my situation right now...
 
Kenapa saya lebih suka single? It is because:

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. 

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.

6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah. 
 
I'm sorry if ade org yang nak rapat and I refused.... bukan jual mahal cume nak rest kan hati yang dah lalui macam2 liku, sehingga saat ni aku cuba untuk ubati hati dgn mengadu padaNya...
 
Dan pada yang rasa aku buat bodo dan x sound direct, sebelum korang nak pegang2, cuit2 or nak usha satu body sorang wanita tu (walaupun menutup aurat), harap korang paham dan berfikir kalau mende yg same org buat (baik anak, adik, ibu, bini), mentang2 xde sape2 nak back up or cover aku, tapi igt laaaaa Allah lebih tahu, tolong hormati wanita, xkire la siapa pun die, walaupun die serendah pelacur (bukan hinaan) dan setinggi ibumu... tahap kesabaran mereka jgn cuba nak diuji...
 
Mohon pada lelaki yang rase perempuan macam aku ni leh diperlekehkan sewenang2nyaa...whether I'm alone and look fragile but only Allah knews what I can do. Setiap ujian yang diberikan Dia yang lebih tahu hambaNya dpt hadapi dgn tabah atau tidak.

sumber : http://dirikudrcinta.blogspot.com/

Wednesday, May 2, 2012

I'm exhausted...

Why people be good to others and hope they will re-pay them with something???

Buat baik sbb nakkan sesuatu ganjaran??

I'm so exhausted but not giving up yet..

There's no failure, just wrong decision, change strategy...

Friday, April 13, 2012

For me & you

Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini