Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

Kisah 44 Hari Berpantang

Kepada Ibu2 Mengandung yang Lemah Semangat Dinasihatkan tidak Membaca Artikel Ini.....





NORSHAZUANIE Shamsuidin, 27, sudah mula bosan kerana terpaksa berpantang makan setiap hari. Hanya menu ikan bilis atau ikan tenggiri goreng yang dimasak dengan lada hitam atau halia menjadi pengalas perut. Jika ada yang lain pun, ibunya cuma akan menukarkan menu goreng tadi menjadi sup. Menu tersebut akan diulangi selama 44 sepanjang dia berpantang selepas bersalin.
Buat kali pertama, Norshazuanie menjadi ibu dan perlu menjalani proses pemulihan selepas bersalin. Amalan-amalan tegar seperti itu bukan satu kebiasaan kepadanya. Melihat adik-adiknya menikmati hidangan pelbagai jenis lauk yang menyelerakan dan minuman berais, hatinya mula memberontak. Bukan itu sahaja, Norshazuanie juga perlu berbengkung, bertungku dan berurut setiap hari. Paling teruk, dia terpaksa membuang air kecil dan besar sambil bersimpuh, takut luka jahitan selepas bersalin terkoyak.
Anak pertama daripada empat beradik itu juga berhadapan dengan lelehan darah nifas yang banyak. Akibatnya, darah-darah tersebut melekat dan menjadi kering apabila terkena jahitan bersalin. Situasi itu menyebabkan dia sering gagal mengawal emosi lalu menjadi pemarah. Mujur suaminya, Mohd Idzham Saihari, 27, sentiasa memberi perangsang kepadanya. Malah, suaminya itu sanggup mencuci luka jahitan isterinya dengan menggunakan pencuci antiseptik kerana ia sukar dilakukan sendiri oleh Norshazuanie. "Mak juga banyak beri nasihat. Katanya, jika tidak amalkan makanan-makanan berkhasiat, takut memberi kesan kepada bayi yang masih menyusu.

HALIMAH menunjukkan cara yang betul memakai bengkung ketika berpantang bagi ibu yang baru melahirkan anak.


"Amalan bertungku dan berbengkung juga penting untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal'," kongsi pegawai bank itu. Jelasnya, beratnya selepas bersalin ialah 65 kilogram tetapi selepas melalui rejim berpantang selama sebulan lebih, beratnya menjadi 54 kilogram. Sebelum mengandung, berat badannya ialah 55 kilogram. "Selain mengamalkan pemakanan berkhasiat, berbengkung dan bertungku, saya juga mengamalkan makan jamu.
"Pada mulanya saya makan jamu sebanyak lima biji, dua kali sehari. Namun, disebabkan amalan jamu itu, anak saya, Amirul Afiq mula mengalami alahan yang teruk. "Timbul ruam-ruam pada badannya dan dia juga bertahi mata. Saya mula mengurangkan jumlah jamu yang diambil," katanya kini lega kerana anaknya tidak lagi mengalami sebarang alahan.
Tambahnya, disebabkan sudah terbiasa dengan amalan semasa berpantang, sehingga kini dia masih mengambil makanan yang berkhasiat dan banyak minum air masak. 
Mendengar pengalaman berpantang daripada Norshazuanie tidaklah sehebat pengalaman berpantang yang telah diharungi oleh pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib. Ibu Halimah, Dara Latiff, terlalu banyak petua dan pantang larangnya. Disebabkan amalan dan petua ibunya itu, Halimah mengambil keputusan untuk berkongsi bersama wanita-wanita lain dengan menubuhkan syarikat Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. Cerita Halimah, sejak mengandung sehingga melahirkan anak, pelbagai amalan berpantang perlu dipatuhi olehnya.
"Memang sampai ke satu tahap saya tidak tahan. Tapi kerana inginkan tubuh kembali cantik luar dan dalam selepas bersalin, amalan tersebut terpaksa dilakukan. "Jika tidak berpantang, kita mudah mendapat penyakit," katanya yang mempunyai enam orang anak tetapi masih memiliki badan yang langsing biarpun sudah berusia 66 tahun. Walaupun pelbagai amalan telah diamalkan Halimah semasa mengandung untuk memudahkannya bersalin, perasaan takut menantikan detik kelahiran tetap membelenggu diri. Lebih-lebih lagi usia Halimah baru mencecah 13 tahun ketika melahirkan anak pertama. "Memang sakit sangat ketika bersalin. Sakit yang tidak boleh digambarkan tetapi Alhamdulilah sakitnya tidak lama. Cukup tiga hari selepas bersalin, Halimah mula berpantang.

KEPAYAHAN peraturan berpantang akan memberi kebaikan buat si ibu yang baru bersalin.

"Membuang air kecil dan besar pun terpaksa sambil bersimpuh selama 44 hari. Lebih menyukarkan, saya tidak boleh meneran."Walaupun luka sudah baik, ibu saya tetap suruh bersimpuh. Katanya, peranakan akan jatuh jika meneran dan tidak bersimpuh. "Saya juga disuruh mandi dengan pelbagai jenis daun. Antaranya daun kunyit, serai wangi, pisang emas dan pisang batu untuk mencergaskan serta mewangikan badan," katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Selepas mandi, Halimah akan menyapu seluruh badannya dengan param yang dibuat oleh ibunya. Param adalah ramuan yang seakan-akan bedak dengan campuran halia bara, kunyit dan lada hitam. Perutnya juga disapu air limau dengan kapur dan kemudiannya dibarut dengan bengkung. "Tujuan kita berbengkung selepas bersalin adalah untuk merapatkan kelengkang, punggung dan rahim. Bengkung juga boleh mencantikkan perut dan pinggul yang jatuh selepas bersalin seperti sediakala.
"Selepas berbengkung, ibu saya akan meletakkan pilis pada dahi saya. Pilis ini dibuat daripada campuran kulit kayu manis yang dicampurkan dengan sedikit bawang putih. "Tujuannya untuk mengelakkan 'darah meroyan' naik ke kepala atau mata menjadi kabur ketika tua nanti. Selepas itu, saya akan menyapu bedak sejuk di seluruh muka. "Bukan itu sahaja, selepas siap berbengkung dan berpilis, saya perlu minum air daun jati Cina. Ibu saya kata, tujuannya adalah untuk mengempiskan perut, mengurangkan kolesterol dan melawas air kecil dan besar," katanya.
Jelasnya, dia juga kena berpantang dari segi pengambilan makanan. Setiap hari, dia akan makan ayam rebus halia padi atau halia Cina. Air rebusan tidak perlu terlalu banyak.Tambah ibunya, wanita berpantang tidak elok minum terlalu banyak air. Halimah juga akan makan pegaga mentah yang telah dipotong tanpa dimasak atau direbus.

NORSHAZUANIE (kanan) dan suaminya, Mohd. Idzham bersama anak mereka, Amirul Afiq.

Ibunya menambahkan hidangan ayam rebus dan pegaga tadi dengan membuat satu lagi hidangan iaitu ikan bilis singgang dengan bawang dan kemudiannya diperah dengan air asam jawa. "Memang saya rasa mahu menangis ketika berpantang. Saya juga dilarang bercakap dan gelak terlalu kuat kerana takut rahim akan mengembang. Selain itu, saya juga ada makan jamu yang dibuat sendiri oleh ibu. "Ada cara untuk makan jamu. Ketika telan jamu, angkat kedua-dua belah payu dara dengan menggunakan lengan kiri. Tujuannya untuk mengelakkan jamu mengalir pada payu dara. "Jika tidak, anak yang menyusu akan termakan jamu dan akan mendapat alahan," katanya.


Tabik kepada semua ibu2 di luar sane, aku bace pun dah seram sejuk jerk....huhuhu
Patut laaaaa syurga tu terletak di bawah kaki ibu....

Saturday, June 26, 2010

Kembali Senyum

Setelah hampir seminggu aku menghantar laptop kepada dokter cinta dokter computer kerana mengalami trauma yang amat dahsyat, syukur akhirnya telah berjaya diselamatkan. Dan keadaan tu membolehkan tuannya menjadi tak keruan kerana bimbang buah hati itu tidak dapat diselamatkan....ntah ape kena pun xtau...xde la pki selasak mane pun, dan di saat itu hatiku telah mula berpaling tadah untuk mengusha buah hati yang lain yang lebih baru yang lebih hensem dan lebih kurus daripada yang ade sekarang.

Doktor telah diagnosis COI (cause of injured) disebabkan oleh hati @ jantung yang tidak dpt berfungsi. Dan nasib baik laaa hati itu dapat diganti dgn yang baru. Macam tau2 je kan, kebetulan plak dgn hati tuan punye badan ni, need new heart to replace sbb skang ni xtau ape rupe dah. Hati yang pernah hancur berkecai dan telah cube digam dan plaster supaya membentuk semula bentuk sekeping hati walaupun ianya tidak sempurna. Dan sekarang hati tu dah mcm retak menanti belah, plaster dah reput dan gam xkuat nak menampung segala perkara yang dilalui oleh tuan punya badan.

Anyway, happy sgt2 sbb buah hatiku ini berjaya diselamatkan dan dpt laaaa meng'online'kan diri dan menjadi peneman di kala kesunyian. Thank so much bro, for the great job.

Thursday, June 24, 2010

Tense Thursday

When time by time I'd discover the truth about it, I'm so depressed and tear my heart away. Please give me new heart, not sure how long it can be durable.

Sunday, June 20, 2010

Heartless......painless

6 months 1 week and 5 days........the promise that I have to wait and it feel like so harmful and burden for me. Can make my heart exploded. How I regret it so much....xpk sewarasnya sebelum nak buat, tooooo long tooooooo wait.

Ape nak buat nasi dah jadi bubur dan bubur tu aku kena telan dan makan smpi abis walaupun Allah je tau dlm hati memberontak yang amat sgt, just wishing after the counting end, I can start my new life, new love, new job and new heart. And just thinking and following what my HEART want exactly. Lagipun at that point of time, I'd already 27 and need to move and continue my life as a woman. Tak leh main2 dah and serious on what I'm doing, whether by myself or my destiny.

However, Sukunis next year uols can help me to find someone that uols suke sgt kan???Just wait for my green or red light...thn dpn baru ready nak bercintan cintun secara ganasnyerrr. Harap2 time tu masih ade yg available bachelor hahaha....

Bosan jerk asik ckp jaga hati sendiri, tp tetap gak duk jaga hati org2 lain. Kalau ade readers yang amik course psychology ni sah2 ckp aku dah bengong kot.... tp lum tahap gile meroyan lagi laaaa.....

It's will killing me softly day by day, tp harapan agar masih dipanjangkan umo smpi tahun hadapan. Emosi teramat terganggu disebabkan oleh laptop yang dah crash boom bang, lagiii la tmbh kebosanan (hopefully someone can help to fix it successfully), camera dah kena virus and telefon hal yg mcm biasa laaaa.....dan 'something' yang ditunggu tak kunjung tiba....

p/s : 1st time ever picnic wif my sis sukunis @ 5.00pm Tasik Cyberjaya....hope there a lot of smilesss...

Saturday, June 19, 2010

Do You????

How u want your love one asking to marry him??? Such a romantic proposed, u cant reject it, just read the news.


Lamaran indah di pawagam


CIUMAN Sally tanda bersetuju menerima lamaran kekasihnya.


KISAH percintaan mereka tidaklah sehebat Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun yang sanggup menggadaikan jiwa raga demi mempertahankan kasih sayang. Namun, Eric Tan ingin mengabadikan sesuatu yang indah sebagai kenang-kenangan sepanjang hayat bersama kekasihnya, Sally Tong saat berhajat membuka fasa baru percintaan mereka. Setelah setahun menyulam perasaan cinta, Eric yakin Sally merupakan insan yang dipilih untuk bertakhta di hatinya dan membulatkan tekad mengunci hati gadis itu dengan lamaran. Pasangan berusia 23 tahun ini mula berkenalan sejak setahun lalu setelah berkenalan di laman sosial Friendster. Menyedari dirinya bukan lelaki romantis, Eric yang gusar bagaimana untuk meluahkan isi hati kepada insan yang disayangi itu akhirnya memilih untuk membuat lamaran di pawagam yang menjadi lokasi pertama pertemuan mereka.

SALLY tergamam saat dikejutkan dengan kehadiran Eric di dalam pawagam di Plaza Gurney.


Seperti dirancang, Sally yang tidak mengetahui perkara tersebut diajak adiknya untuk menonton sebuah filem di pawagam yang terletak di Plaza Gurney, Pulau Pinang baru-baru ini bagi menemaninya menghabiskan cuti hujung minggu. Kira-kira setengah jam selepas filem ditayangkan, skrin bertukar 'cerita' apabila menayangkan video pendek mengenai kisah percintaan Eric dan Sally yang ditayangkan menerusi sistem projektor ke skrin layar. Eric pula muncul dari luar pawagam memakai sut serba putih menuju ke arah Sally bersama sejambak bunga mawar merah sambil menyanyikan lagu Married With Me yang dipopularkan oleh artis Hong Kong, Alex Thoo. Suasana bertukar menjadi gamat apabila kira-kira 90 penonton yang sebenarnya adalah rakan-rakan pasangan kekasih itu bersorak gembira sambil bertepuk tangan apabila Eric melutut di hadapan Sally menghulurkan sebentuk cincin emas.

ERIC memilih cara yang unik dan tersendiri untuk melamar kekasihnya.


Sally yang kelihatan terkejut hanya mampu menangis kegembiraan dan menyambut lamaran kekasihnya itu sebelum kedua-duanya berpelukan mesra sebelum satu ciuman mesra dihadiahkan Eric ke pipi buah hatinya itu. Malah kehadiran ibu Sally, Seow Yeok See secara senyap-senyap ke pawagam itu ditemani seorang lagi anak perempuannya untuk memberi kejutan sebenarnya memberi tanda dia merestui percintaan pasangan tersebut. Eric, yang mengusahakan sebuah syarikat pengiklanan di sini memberitahu beliau sebenarnya gementar dengan rancangan tersebut kerana bimbang sekiranya tidak disukai kekasihnya itu yang bertugas di sebuah bank. Mengakui jatuh hati tatkala kali pertama bertentang mata dengan Sally setelah sebulan berkenalan di laman maya, dia memberitahu gadis itu sarat dengan ciri-ciri wanita yang diimpikan sebagai isteri.

ERIC melutut saat menghulurkan sebentuk cincin tanda lamaran untuk Sally bergelar isterinya.


"Pawagam ini menyimpan kenangan cinta kami. Di sinilah kami berdua sering menghabiskan masa hujung minggu menonton filem-filem kegemaran dan perlahan-lahan mengenali hati budi masing-masing. "Walaupun bergelar kekasih, tapi saya masih ragu-ragu jika dia enggan menerima lamaran ini tetapi saya nekad kerana telah tiba masa untuk meluahkan isi hati. "Lalu saya dan rakan, Jordan Soot terfikir mengenai idea ini dan kami rancang semuanya dengan bantuan kawan-kawan lain sejak dua minggu lalu. "Walaupun perlu berbelanja RM3,000 untuk menyewa pawagam ini, saya benar-benar puas hati kerana hajat untuk melamar Sally termakbul," ujarnya ceria. Ini merupakan kali pertama pasangan kekasih membuat lamaran di dewan pawagam tersebut sejak enam tahun ia beroperasi.

Thursday, June 17, 2010

Hello...Is it Me You Looking For?

I've been alone with you inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, (and) my arms are open wide
'Cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you 

Wednesday, June 16, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
 

Tuesday, June 15, 2010

Blurrrr.....

Thanks for being loyal visiting my blog eventhou lately so lazy to time anything....no mood and no passion of writing in here.

It's so not me. When I'm happy or sad I will throw my feeling here...but lately I'm not in the mood to share anything. Nak kate PMS, not the time yet...nape ek??

Diri sendiri pun confuse....

Wednesday, June 9, 2010

Perasaan yang tak terungkap

Dah masuk bulan Jun, rase kejap je masa berlalu.....dan secara tak langsung kemampuan diri untuk berfikir menggunakan otak sedikit sebanyak boleh terganggu disebabkan oleh peningkatan usia.

Tak nak pikir ape yang akan jadi pada masa depan, just wanna enjoy this whole year coz we didn't know how it could be for the next coming year.

Macam2 perasaan dan peristiwa nak dikongsi cume xtau mcm mane nak tulis in proper way. Maybe it would make someone hurt or else other people will misunderstand.

Cume nak bitau kemeriahan dan keghairahan dalam menjayakan Sukan GLU. There so much 'unsangkarable' and unexpected memories ever. Dapat kenal ramai kawan2 baru di MMU, sebelum ni cume berhubungan melalui email dan telefon je. Kalau terserempak kat kampus pun lum tentu lagi kenal dan bertegur sapa. Dan 1st time gak mewakili MMU main badminton. Walaupun aku xde sumbangkan ape2 mata kemenangan tp team badminton tetap no. 1. This moment akan jadi kenangan terindah bile dah xde kat MMU nanti.

 Badminton Team

 Secretariat GLU 2010

 Geng Sukun

Dan sesuatu yang diidamkan dan dicari-cari selama ini, hard to find but someone manage to get it. Diri sendiri pun dpt dlm keadaan yang tak sempurna but someone manage to get it perfectly. As he said if we like  it so much, we will try to get it no matter what. But even I tried to find it I cant, maybe I do not know the right channel. Thanks so much coz make it real, ur not creating a hope but take an action that really shocking me. I'd take it as compliment, no heart feeling.

Eventhough lately banyak sgt keje, penat badan dan penat otak, but it had give me many experiences and memories that you cannot buy even a cent.

Monday, May 31, 2010

Thanksss


Bile bukak blog ni I'd got the 1st ever blog award from Eye-Da, my ex-roomate. TQVM to you.

Last week walaupun bizi dgn keje dan tournament yang bakal berlangsung tp overall aku rase hepi sgt2 and continuously dpt plak award ni..

Even though I'm not hoping to much for what had happen but it will the best and wonderful dream ever.

Friday, May 28, 2010

I want....

I   WANT 
  
to live in love, friendship and happiness
to win a large sum of money
to often win small sums of money
to solve all my financial problems
to give happiness those I love
to possess a beautiful, big house for myself
to travel, to take vacations
to start an amusing, absorbing hobby
to start a new business which is very successful
to buy a business which brings in a lot of money
to see those that I love succeed
to make new friends and develop new relationships
to get married and to have a family
to have more control and more optimism in my life
to bring good fortune to those that I love
to marry a rich and influential person
to discover the ‘true love’ of my life that my lover returns to me and I stay in love for ever
to become someone famous
to appear on television that my children get good grades and are happy
to have more good luck in my life
to succeed in everything that I undertake
to inspire in others admiration and respect…

Tuesday, May 25, 2010

Shahir oh Shahir

Guess who?? Of coz laaaa the new AF Champion, dear Shahir.....mempunyai muke dan suara jantan...then bile dengar die nyanyi single baru Kebahagiaan dlm Perpisahan betul2 laaaa meresap sampai dlm hati. Maybe incidentally ade kaitan dgn pengalaman hidup aku a little bit.

Die sangat lerr kelakar dan pandai buat mimik muke yang leh wat kite ketawa, tp apakan daya dia hanyalah anak ikan, baru 22thn kot.....

Saje2 je laaa kan nak hiburkan hati, at least leh lupekan sekejap perkara sedih. pagi2 bile kat opis mesti akan bukak lagu die smpi lerrr aku boring nak dgr...so far lum boring lagi so seharian aku akan rewind lagu die je.

Layankan je laaaa ek.......

Monday, May 24, 2010

Setelah sekian lame

Bagus2....setelah sekian lame kenal kau dah tunjukkan perangai yang sebenar. Tak berbaloi korbankan masa dan wang ringgit untuk kau. Akhirnya ini yang kau balas. Dah mule buat perangai, dah pandai nak nyusahkan aku, time aku perlukan kau, time tu laaaa nak tunjuk lagak....issshhhhh sakit jiwe tul. Selagi leh sabar aku akan sabar dgn kau sbb aku pikirkan kewangan yang amat2 perlu dikawal. Ohhhh si handphone E66 ku ini.

If you all cant reach me, anggap lerrr I pergi bercuti ke luar negara ye??dan xde roaming services there hahaha at least xde laaa org lain pun tambah sakit hati.

Tapi aku rase kalu die leh bersuara mesti die dah sumpah seranah aku, ye laaa dpt tuan yang ganas btul, dah bape kali terhempas ke atas jalan, jatuh di atas simen dan mcm2 lagi. Nak wat camne ek sbb asik terlepas je dari tangan, pastu kelam kabut je, xsyg btul dgn tepon mahal tu. 

Ahhhh tidakkkk...aku tertekan di pagi Isnin.

Saturday, May 22, 2010

Tiada Lagi

Sia² sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Harusku menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersamamu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

p/s : Wonder if someone will understand it, mencintai tak semestinya memiliki.

Friday, May 21, 2010

Duit bonus kena simpan ke???

Bila tibe je musim bonus, dua benda penting ni tibe2 je akan mula buat hal....mcm tau2 jerk tuan tanah nak dpt bonus yang tak seberapa....camne tu???

1. Camera ni makin lame dah makin blur gambonye, x sharp dah macam dulu2 rasenye dah lebih 2 thn kot pastu dpt plak tuan tanah macam aku ni, jatuh sane sini pastu jadi public camera kejap sbb kamera opis lum diganti baru.Skang ni nak bawa kamera pegi mane2 pun dah xde mood, kalu amik gambo pun xnmpk lubang idung camne kan???

2. Handphone ini pun satu masalah gak, slalu dah jatuh smpi dah terkopek badan2nye pdhal mase beli mahal gilossss.....bile pk nyesal je, tp nak wat camne tuan tanah jenis clumsy dan tak gune dgn berhemah, bile time urgent nak wat call time tu laaaa die wat hal, kena off and on smule...sometimes tak dgr suara org di sana. Rase nak hempas je kat atas jalan, tp mengenangkan die je yg ade kena la sabar kan??

Kalau nak ikut nafsu, time2 mcm ni laaa sesuai nak beli baru kan??Tapi isshhhh bile pk risau plak kalu ade emergency lain. So kena ikat tangan la ek, jgn gatal2 nak beli..... doakan lerrr nafsu berbelanja aku dpt dikawal huhuhu....

Urrmm asik membebel je ek, bak kate abg Jebos aku ni mmg kuat membebel so no wonder laaaaa...

p/s : Tadi wat lawatan keje kat Uniten ade cite syiokkk di sebaliknya, tp bior laaaa rahsia ek sogan nak ckp hahaha

Wednesday, May 19, 2010

Let it go

Bila dah sampai mase or jodoh tak kesampaian, kite kena redha je ape yg telah ditetapkan. Nak menangis me meraung ke frust menonggeng ke ikut suke laaaa asalkan tak buat benda2 yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan org lain.

Al-kisahnya, selama lebih kurang 9 bulan 'dia' bersamaku, sentiasa berada di sisi dan memberikan khidmat terbaik apabila diperlukan. Tetapi setiap yang hidup pasti akan mati, itu dah jadi hukum alam yang tak boleh diubah. 'Dia' lah insan pertama yang hadir apabila aku hidup keseorangan di bumi MMU, jauh drp keluarga. Setiap kali aku bersedih, 'dia'lah tempat aku melepaskan geram dan kesedihan tanpa meminta apa2 balasan.

Bila aku bercuti atau balik ke kampung, aku terpaksa meninggalkannya dan 'dia' tak pernah sekalipun merajuk atau jauh hati. Bukan mcm aku yang terlalu sensitif dan hati kecik bile 'dia' buat hal. Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari, tanpa alasan dan tanda die telah pergi meninggalkan aku. Di saat2 aku amat memerlukannya.

Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Aku terpaksa mencari pengganti supaya hidupku sentiasa girang dan bahagia dan aku yakin 'orang baru' pun lebih kurang same je perangai mcm 'dia'. Aku harap 'dia' xkan salahkan aku dan membahagiakan org lain gak....aku akan merinduinya smpi bile-bile...

'Dia' yang aku maksudkan adalah..............





Tuesday, May 18, 2010

Sabar

Sabar....Sabar...Sabar

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ini

p/s : Last Saturday had breakfast at Temerloh, Lunch at Kuantan dan Dinner at Wangsa Maju

Thursday, May 13, 2010

We don't always get to choose what we love

Never pretend to a love which you do not actually feel, for love is not ours to command

To be brave is to love someone unconditionally, without expecting anything in return. To just give. That takes courage, because we don't want to fall on our faces or leave ourselves open to hurt

The most precious gift we can offer others is our presence. When mindfulness embraces those we love, they will bloom like flowers

Tuesday, May 11, 2010

Yeeeaaayyyyy!!!

Today I got belated besday pressie from Kak Ct....lovely kain ela, mmg mase colleague tunjuk kat opis kain2 yg die bawa tu, aku dah terpikat dgn kain yang satu ni, nak beli tapi skang ni mcm dah malas nak beli kain sbb dah byk sgt kain lum dijahit....so tgk je laaa kain2 yang ade tu.

Tak sangka la plak, mase lunch di rumah Kak Ayu ari ni, tibe2 mmg dpt kejutan drp Kak Ct. Die bagi hadiah kain yang aku berkenan aritu....


Anyway, thank you very much berjaya membaca isi hatiku, walaupun aku xbitau sape2 tp at last aku dpt ape yang aku nak....walaupun dah lame besday ku berlalu tetapi jika ada sesiapa yang bermurah hati nak bagi hadiah amatlah dialu-alukan.....hug and kiss pun ok jerk tak yah kuar duit kan hehehe...

Monday, May 10, 2010

Ketidakpuasan Hati

Boleh je kan nak komplen kalau kite rase tak puas hati??Supaya tidak terus memendam rasa, lame2 jd nanah dan luka dan dendam kesumat makin membara.....Anyway, sape xnak tau atau rase entry ni mcm akan mendatangkan dosa kepada diri sendiri so xyah la bace ek.

Actually, I'm not sure why the same thing happen to me when dealing with the guys....xkire laaa yang cube nak ngorat ke, or yang penah ade relationship dgn aku. Dah tak terkira berapa ramai dan berapa kali aku dah terkena. Sebab tu laaaa smpi skang susah tul nak percaya aku yang kuar dr mulut seorang lelaki. Aku ni plak mcm senang2 je kena tipu, anyway selagi org tu wat baik kat aku, of coz la aku buat2 baik. Dalam pada berhati2 last2 terkena gak.....

Disebabkan oleh itu, trauma yang melanda menikam2 jiwa, selemah ku lemah daku berserah.......

Tiada lagi airmata, 
Bisa ku tangiskan lagi,
Tiada lagi guna bermadah
Tempatku bukannya di sini

Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka

Its hard to find people that so nice to us but actually they have a hidden agenda. Or nice in front but stabbed me at my back. Its so hurting when u know the truth. Kalau nak ikutkan pengalaman hidup yang tak seberapa ni, rase putus asa dan fed up untuk bagi peluang dan buka hati kat sape2, tp dah lumrah hidup Allah bagi perasaan untuk dikongsi bersama orang lain. 
Cumenye, mungkin masa yang telah ditakdirkan untuk aku telah berlalu atau belum tiba lg, bak kate pepatah kita akan jumpa ramai org yang salah sebelum berjumpa orang yang sebetulnya, tp aku rase dah cukup ramai org salah yang aku dah jumpe....dan semakin hari jumpa org semakin byk keburukan yang aku dpt menambahkan koleksi sakit hati yang sedia ada.

Maybe aku yang x cukup bagus untuk jumpe org yg selayak untuk aku....urrmmmm now harus laaa bertapa dan mendalami ilmu2 agama yang masih kurang and dont think about what people had done to me....cermin diri sendiri rather than komplen psl org lain. Ok, I get the it now. Maybe time to rest and think no men for a while.

p/s : Smlm just wish for mother's day, nnt ade rezeki lebih baru laaa aku beli adiah untuk ibuku...huhuhu ape laaa punye anak kan???