Iklan Air Asia ni buat aku rambang mata dan telinga...kuang2
Aku masih mencari destinasi melancong supaya pasport yang aku buat dlm masa 1 hari (8.00pg-5.00ptg) ni berbaloi...Tapi kat mane ye????Tp dlm masa 5 thn ni aku nak pergi semula ke Bandung cume xtau bile dan siapa nak join...kuang2....
By the way, sebulan lg nak gi Padang (hope time tu wabak selsema babi dah lenyap or at least dah berkurang.....Nak pegi dlm negeri pun ok sbb aku tgk at least tiket depart or return tu mesti RM0.00 mesti x caye kan???tp aku dah try laaa mix match tarikh sbb tu laaaa aku brani ckp.....so sape nak balik raya naik flight tu cepat2 laaaa booking tau, at least yg x penah naik flight tu ade chance naik even lebih kurang mcm bas je situation die hehehe.....
Anyway, kalau ada sape2 nak jln2 dgn aku leh la bgtau or suggest kat mane lak aku patut pergi selepas Bandung dan Padang....hopefully area Australia tu...thn dpn wabak selsema babi xde dah kot....
Boring tul la ari ni, xtau nak wat ape....nak tgk wyg pun xtau movie mane yg best....nak shopping pun lum gaji lg....huhuhu nak mkn xde mood sbb lum gaji hahaha.....
TV pun hampeh je...harapkan astro tp kalau dah tgk cite ulang2 byk kali plak tu makin bosan....dah leh hafal jln cite....dah x suspensss
Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina rumahtangga Muslim yang bahagia.
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
Pagi tadi masa aku YM dgn seseorang.... tiba2 tergerak hati nak taip tajuk suami mithali kat search engine...dan aku terpikat nak baca ape yg ade dlm website Soleh .Net, harapan aku agar dpt dijadikan panduan dan teladan kepada semua orang terutamanya suami isteri....dan di waktu lain aku akan 'post'kan article pasal isteri mithali plak...lagipun rumah tangga tu perkongsian hidup antara suami isteri so xkan aku nak ckp pasal suami je kan....nnt org ckp x adil laaaa....
Anyway, harap sangat la siapa yang dtg melawat blog aku dpt ambil sedikit drp article yang aku dpt cari ni......
Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. -----> Salah satu amalan ibubapa ku, tp aku yg slalu spoilkan, ye laaaa jeles arrrr
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. ---------> wahai kaum Adam, adakah anda sesensitif ini?
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? ---------> igt tau kawin bukan dgn isteri je tp dgn keluarga dia skali
Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.--------> Haaaaa, yang ni mesti ramai org x perasan...please laaaa be more sensitive to your wife
Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. -------> Betul tak wahai kaum suami???Tak pk langsung isteri buat kerja rumah, jaga anak, masak, jaga suami, pastu kalau keje lagi....
Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. ------> ini tidak, dah kawin xde ape nak borak...
Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. -------> alangkah indahnyaaa hidup ini...
Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. --------> jgn jadi hipokrit ok??!!
Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang. ------> most of it, my dad always do it at home....smtm tgk ikan same2 dgn umi...heheheh
Aku sentiasa doakan kebahagian ibubapa dan orang2 sekelilingku.....Aminn.
Wanna know what I'd done on this date???Hari Pekerja.....
Jeng..jeng..jeng......
Actually Kelab Mesra ada buat Treasure Hunt - Kembara Alam bayaran RM80 untuk 1 kereta (4 orang) makan minum dan tempat tinggal ditanggung beres....staff Cyber lak dpt RM60 untuk minyak dan tol....dan pasukan drp Cyber cume ade 2 kereta......bole laaaa ek
Perjalanan bermula daripada MMU Melaka dan berakhir di Asahan....
Malamnya kami tidur di Kompleks Sukan Negara Asahan....ade ke bilik untuk 2 org tp sumbat 4 org dewasa???ish2 camne la nak tdo tu ek....bilik pun xde la besar sangat dan yang x best tu xde tv huhuhuh...... dan ade sesi karaoke...sporting gilerrr org2 Melaka...slumberrr je wat lakonan laa nyanyi laaaa mcm2 ragam.....Pagi 2 Mei ade sukaneka.....dlm 6-7 game gak lerrr kitorng main....
Pastu paling best skali ape lagiiiii.....sume dpt adiah hehehehe
Sesi menunggu peserta-peserta lain untuk dilepaskan.....
The FMD Crew navigator
Pandangan aku dr sisi...kurus jugak ek???Skali dr depan mcm bonzer daaaaaa
Tipah, Kak Aini dan Nazmi
Nazmi x sabo nak mulakan acara sampai dok peluk tiang
The FMD Crew Driver & Navigator
Boring je tgk mamat2 ni sume....
Hadiah-hadiah yang telah berjaya dimenangi...
Dan selepas lunch dan amik adiah masing-masing...kitorng pun terus pecut ke Melaka lebih spesifik lagi ke Dewan Bestari Ayer Keroh (kalau x silap aku)....alaaa yg kat Balai Bomba tu.
Kawan seuniversiti, merangkap ex-housemate 'Ashe' telah menamatkan zaman bujang dengan jejaka Baba Nyonya pilihannyeeeee......masa terbayang telatah bile diorng ni bergaduh2 manje hehehe....lawak btul laaaaa (jgn mare ek Ashe)....
Tetiba lak aku rindu kenangan selama 4 tahun di bumi MMU, Melaka......
Apakah yang perlu aku lakukan untuk menjadi insan berjaya dunia akhirat?
Adakah aku seorang insan yang berguna?
Apakah sumbangan aku kepada keluarga, agama dan negara(eh MMU suda lerrr)?
Bagaimana untuk membuatkan 'musuh2'ku (jika ada) suka kepadaku?
Bagaimana untuk mengurangkan syak wasangka kepada org lain (salah ke nak lindung diri sendiri??senang sgt kena tipu dan dah byk kali kena tikam bukan takat belakang huhuhu).....
Di hari Jumaat yang mulia ini, aku menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Pencipta-Nya, muhasabah diri dan mencari kelemahan diri supaya hidupku tidak lagi tertekan, menekan dan ditekan.....
Huhuhu nak tau tak???baru 28hb Mei kan, pay day pun sudah tp I'm already broke!!!!Kena gagahkan diri untuk hidup sebelum tunggu pay day bulan Jun huhuhu...azab dan seksa gilerrrrr....kebetulan bulan ni ade beberapa barang penting aku kena beli....fuyyoooo btul2 menguji keimanan aku....dgn masalah keje lg.....
Ya Allah, mmg terseksa rasenye....nak mkn ape pun aku xtau sbb nak kena rancang btul2 kalu tidak kena kuarkan duit tabung...huhuhu oh no no no.....duit tu nak kumpul utk btul2 emergency....nak beli kete, beli umah huhuhu......dah lerrr skang ni nak gi keje pun dah malas, rase down yg amat, rase mcm bangkai idup je... ade or xde xdtg untung or rugi pada sape2 pun....dpt gaji pun mcm x ptt je.....selera mkn mmg gile2 tp terpakse pk 2-3kali b4 aku layan nafsu yg pantang tgk makanan......
Rase nak peluk mak kuat2 tp jauh......rase nak tdo 4-5 hari dan bangun jd org lain (mengarutnyaaaa)....rase nak diamkan diri (opsss so sory untuk membe2 yg aku x angkat fon, aku xsedia nak ckp dgn korang, nak pegi kenduri kawin pun aku x snggp eventho aku nak sgt tgk kawan2 lama aku kawin n jumpe kwn2 yg lain, xdpt nak post entry hari2, xdpt nak jwb tag ged drp blogger lain and kdg tu mood aku x berapa elok...malas nak berckp, xde mood nak bergurau, mls nak layan org........
Nape aku jd camni ek???Nak explain feelings pun aku xtau...hidup dlm dunia yg lain, nak curah rase hati supaya kurang beban tp nnt jd dosa lak sbb ckp psl org lain dan akan secara sengaja akan kutuk2 org kan....so better aku diam je, tahan je laaa selagi boleh sabar....
Korang penah jmp ke org mcm aku ni???alien pun x mcm ni kan???mesti Allah marah kat aku dan bagi aku ujian yang aku rase susah sgt nak survive huhuhu...Ya Allah berikanlah aku kelancaran hidup dunia dan akhirat.....
Hehehe..jangan gabra beb!!
Gua lum kawin dan nikah lg laaaaa....Sabtu lepas baru balik dr Kuching pergi honeymoon dgn my mum, 2 org adik...ayah n 1 more bro ade je kat Semenanjung.....
So far so good laaaa, anyway dah byk hutang entry antaranya :-
1. Trip to Bandung
2. Treasure Hunt - Melaka
3. Kuching - always thinking how if I bumped to 'someone'
Nanti ade mase aku try wat sume entry tu hehehe.....
Lagipun skang ni mmg busy gilerrrr.... and arini gak br aku dpt tau aku kena pegi lagi 'training orange yg x smart' huhuhu seksa jiwe dowh...baru je last month aku pegi, bulan ni nak kena pergi lagi...3 hari lak tu kat KL lak tu (triangle square), kena bertolak awal pagi sbb confirm jammed punye laaaaa.....
And now I have to think for a better future....keje kat sini mcm dah hujung tanduk...not even save anywhere anymore even I love being here....with most of them are men hahaha joking....
Tapi dah cari mcm2, xde pun pggl interbiu rase dah fed up gilerrr....nape laaaa xde sangkut kat mane2 pun huhuhu.....tapi kalau boleh dlm KL aku xmo laaaa...aku xleh idup sesak2 camtu....and almost everyweek member skolah aku kawin..huhuhu xdpt nak dtg laaaa so sory sbb aku bz laaaa wiken pun de hal jugak....cari duit lebih (tp still x lebih2 gak)huhuhu
Actually last week mmg super duperr triple busy sbbnye 3 hari ade training kat Grand Season Hotel....pasal teamwork & networking....mule2 tu ade la 4 org dr MMU tp last2 aku je yg leh pegi....lantak lerr kan kalu ramai2 pun bukan dpt group same....
Hari pertama tu mmg mcm malas gi lerrr nak pegi dah lerrr bertolak kul 7....mkn pun x sempat, tp bile dah masuk lunch tu ok la skit sbb trainer nye best...makanan pun best hehehe.....org2 TM yang lain pun best2 gak.....kire time ni aku yg biasanya diam jerk time training leh jd riuh sbb semua org sporting semuanya happening......
Dan macam2 org aku jumpe, ade yg dah keje smpi 32 thn dgn TM, ade tu br je 6 bulan dlm TM, ade ex-MMU jugak....dari Sabah Srwk semua ada....
Time aku gi training tu jugak dpt brite yg MMU kena rush dgn imigresen....abis laaa semua pekerja cleaner x dtg keje, ade yg kena tangkap jugak....so dlm week itu mmg byk komplen psl kebersihan....sampai tdo pun aku termimpi2 huhuhu very the horror....
Then tiap2 petang aku main badminton...kuarkan peluh dan buang segala lemak2 yg berlebihan yg mengusahkan nak pki baju2 hahaha....Dah lame x update blog kan??especially cite psl gi Bandung..maybe nnt nak wat 1 entry pjg untuk cite hari2 yg berikutnya di sana....
Insya allah 2 weeks more nak gi Kuching lak, blanje my brothers naik kapal terbang....asik dok ckp nak naik kapal terbang laaaa, x pnah naik laaaa...siap aku booking seat trus duduk kat sayap, xpo laaa 1st time ni aku kasi can, pasni korang bayar lerr tiket sendiri huhuhu.....
Cik Ja'por (org Phg bole sebut dgn betul). Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...sekampung, boleh kata kenal sangat2 dgn keluarga ni, bile dpt brite sms dr mak aku mmg xterkata...masa tu ade kat Melaka tgh buat Treasure Hunt.....Tp kesimpulan yang aku dpt buat...2 kereta lain tu sebenarnya tengah berlumba-lumba....bayangkan kereta yg remuk tu menunjukkan betapa lajunya 2 pemandu kereta tersebut. Dan yang sedih lg mereka cuma cedera ringan sedangkan keluarga mangsa kehilangan seorang isteri/ibu dan seorang anak perempuan....memang tak senang hidup 2 pemandu tu dunia akhirat.......
Semoga keluarga mangsa tenang dan tabah dalam menjalani kehidupan yang masih panjang....
Maaf kerana tidak dpt hadir pdhari pengkebumian.
Dua beranak maut, satu parah - Kemalangan ngeri libatkan tiga kenderaan di Jalan Jelatek
Oleh ATIKAH DALI
berita@kosmo.com.my
BEGINILAH keadaan kereta mangsa yang maut selepas dirempuh dua buah kereta lain dalam kemalangan di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur awal pagi semalam.
Norwati
KUALA LUMPUR - Hajat lima sekeluarga dari Pahang untuk menghadiri satu majlis pertunangan seorang saudara di ibu negara tidak kesampaian apabila dua daripadanya maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Jelatek di sini awal pagi semalam.
Dua beranak yang maut itu ialah Norwati Mohamad, 39, dan anak bongsunya, Afiqah Syafiah, 5.
Kejadian pukul 2.45 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi anak perempuan Norwati, Nurul Aishah, 14, cedera parah akibat tersepit.
Bagaimanapun, suami Norwati, Jaafar Mustafa, 39, yang merupakan Pembantu Khas kepada bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan seorang lagi anaknya, Mohd. Fikri, 10, cuma mengalami cedera ringan selepas dibantu orang awam.
Ketua Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian, lima beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Muazam Shah, Pahang untuk ke Keramat di sini.
"Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, kereta Proton Iswara yang dipandu Jaafar dirempuh dua buah kenderaan yang datang dari arah Setiawangsa ketika dia mahu membelok ke simpang kanan.
"Ekoran rempuhan yang kuat itu, kereta yang dinaiki lima beranak itu terbabas dan terseret kira-kira 20 meter ke bahu jalan,'' katanya ketika dihubungi.
Norwati yang duduk di sebelah pemandu maut di tempat kejadian manakala Afiqah di belakangnya pula disahkan meninggal dunia pada pukul 8 pagi, kira-kira lima jam kemudian.
Dua buah lagi kereta iaitu Totoya Celica dan Proton Wira juga remuk teruk, tetapi kedua-dua pemandu terbabit yang berusia 22 dan 25 tahun hanya mengalami cedera ringan.
What i'm thinking rite now???Like to quit my job, go to an island that nobody there, wanna live simple as human can be.......I dont have anymore strength....I'm really tired of everything....myself, job, life, friends, family, money, interesr.....my life get bored everyday...not developing or sustaining as what I thought it would be.....Not even wanna think and doing nothing....
14 Apr 2009 : Jakarta - Bandung
* Arrived Bandara Soekarno - Hatta * Going to Bandung via Toll Cipularang (Highway) * Lunch at Sederhana Bintaro Masakan Padang * Shopping 2 tempat dan mkn mlm di restoran *Check in hotel * Free program
Realiti : Pergi rombongan seramai 20++ (Koperasi Guru). Sepatutnye kul 9.50am dah terbang dari LCCT but end up to 12.20pm and we will get cash voucher for RM200 travel anywhere but can redeem when we arrived Malaysia. But hati sgt2 laaaaa panas...kalau bagi mkn pun xpe cash voucher tu x pyh lerrr.... dah lerrr xdpt nak kuar mane2 dah kedai mkn pun 1 je ade kat waiting area tu, dah la mahal xsedap plak tu....huhuhu belum terbang ke mane2 tp duit RM dah terbang sebanyak RM100 (3 pax)....
Kul 12.20pm aku berjalan menuju ke kapal terbang Air Asia....mcm jakun gak lerrrr bile masuk je ya allah......bas pun selesa nak jln pun mcm ketam je huhuhu xpo laaa name pun tambang murah....serius jakun tp takut pun ade, dpt seat btul2 kat tingkap and of cos beside my mom..mcm tau je aku ni jakun hehehe... Dalam flight tu duduk seat dpn aku ialah Lan A to Z & Shah Reza tp aku xtegur pun, malu la hehehe.....
Macam2 laaaa perasan time nak terbang tu hehehe.....anyway dlm pesawat tu (wahhh mcm lerr naik jet pejuang hahaha) aku rase lapo gilerrr....berangan nak order nasi lemak tp smpi je seat aku sumenye abis yg tinggal cumenye megi, ape brg....so aku just order air ni.....
Urusniaga pertama di udara (lupe la brape rupiah)
After 2 jam atas udara, aku pun berjaya jejakkan kaki di bumi Indonesia (Jakarta)....wahhhh jakun untuk kesekian kalinyeeee....smpi tu dlm kul 2.45pm waktu Malaysia (sejam awal dr waktu Jakarta)Then, ambil luggage dan jumpe travel guide kat pintu utama....naik bas utk ke Bandung, dalam perjalanan tu disajikan dgn Bika Ambon dan Kek Lapis, mcm tau2 kitorng lapo smpi licin laaaa dimknnya...sepanjang perjalanan kami diceritakan topik berkaitan Indonesia...mmg klakar laaaa travel guide tu namenye Alan Budikusuma but dont get excited bkn yg main badminton tu tp kembarnya saje...
Perjalanan ke Bandung menaiki bas melalui highway mengambil masa selama 3 jam, singgah sebentar utk lunch di Restoran Nasi Padang (Sederhana Bintaro) dan solat dan setelah perut diisi dan perut bas jugak dah diisi perjalanan diteruskan selama hampir 3 jam.....sebabnya time bas masuk highway tu dah petang dan di Jakarta waktu itu hanya kenderaan berat sahaja yg boleh melaluinya kalau kenderaan lain nak lalu jugak kena laaaa bertanding dgn lori2 besar....mmg sgt2 byk lori2 dan bas yg besar...kiri kanan jln jammed lg dasat dr KL....
Sampai je kat Bandung...aiiyyooooo jammed la jugak dah mlm pun dan ape yg menarik perhatian ialah nampak anak2 muda berdiri sambil pegang gitar dan nyanyi di antara lampu isyarat dan pembahagi jln tu dan minta duit dr driver yg ade dlm kenderaan. Sedap ke tidak aku pun x sure laaa sbb dlm bas, x berapa dgr...selain itu ade jugak pemuda (pria) bw kotak yg berisi air kotak, air tin, air botol, rokok2 ade jugak yg pegang brg2 jualan di tangan dan halakan kepada kenderaan yg berenti semasa lampu merah....Gigihnye laaaa cari duit eventhough hari dah jauh mlm....Before check in hotel, kitorng dinner dulu dekat Warung Nasi Ampera...macam2 lauk ade otak sapi pun ade huhuhu.....
Then dlm pukul 10.30pm waktu Indonesia smpi la ke Hotel Bali World Bandung...fuuyyyooooo cun btul laaaaa rasenye 3 star kot tp mcm 5 star hehehe....dpt je kunci bilik trus aku naik lift and gi tgk bilik yg bakal diduduki selama 3 mlm....Dah mandi then trus tdoooo....
Today, on my way to CFC untuk beli lunch...I'd been asked by the staff that handling the staff residental. The question is???? "Kalau bilik master bagi lecturer dr France sewa boleh tak???Dia ok xde byk hal...." Someone said "NO" on behalf of me eventhough I'm not thinking of it or still to adapt the question into my mind & heart....And one of my roomate said "OK" (actually just 2 of us in the house rite now).
What I'm thiking rite now the PROS are :-
1. Get to know new frens from France (dont have any)
2. Can speak English better & can learn France languange
3. Maybe she can bring me to France!!!
And the CONTRAS are :-
1. If she is religious (Christian)
2. Her food (non halal) if she cooks or eat inside the house / masuk holy water ke dlm bekas2 air aku yg byk atas peti tu.... huhuhu
3. She didnt understand Malay cultures and Islam (hard to consider even between Malay too)
4. And many more bad thinking
I know maybe you all trying to said that I'm too fussy, choosy, traditional, or typical Malay gurl but yesss that's me! Even I'm doing a personal test and I'm fall into traditional person that have jatidiri....
But I think, my beloved frens out there can give opinion to me what am I supposed to do and how to reply the question politely if I wanna rejected the 'offer'.
Muehehe...lame udah gwe nggak online....kangen banget sama kamu semuaaaaa.....Anyway, cerita 5 hari 4 mlm di Bandung & Jakarta akan diupload dgn segera.....lagipun esok ramai pembesar Malaysia & international nak dtg so have to ready physical & mental..... So see you all next time....Waiting for my stories ok????Thank youuuuu
At last....I can sleep peacefully and quietly, most of the problemsssss dah settle dan x de yang nak rushing2 lg...Launching of galeri was successful and get best feedback from the guests.
These are some pictures taken from my camera.....
Official Name
Our virtual host named May - good job by MMU Creativista (p/s: I wanna give some credits to..... vecro tape yg ditampal pada skrin tu telah dijahit oleh Kak Yus....tq)
Launched by our beloved Tun Chanselor - Tun Siti Hasmah (3rd time face to face)
Interior Design Inside the Gallery (I just give some views to make sure you all knows what exactly that made me mad for about 4-5months ago.....lagipun tujuan utama untuk high-level visit @ MMU so susah skit la org luar nak masuk termasuk la staff sendiri)
Okaaaayyyy, hope you all enjoy....I'm preparing for my extravaganza vacation iaitu BANDUNGGGGGG here I come....but dont woory I will post an entry b4 I go there...and if possible I will update to you everyday live from Bandungggg...
Not in a good health + 2 weeks dont have quality sleep + Uncontrollable life + Non stoppable brain & body work + Office mess up = Sufferrrrriiinnggggg....
At 10am today, the Atheneum Gallery will be launch by Tun Siti Hasmah...about more 4 we do the preparation with all the batu bate, batu gunung semua hempap me untuk menjadi penghalang di atas kejayaan perasmian galeri tu....
Did u realise my counting daysss above???Haaaaa 5 days more kan???yang ni mmg just passport & tukar duit je aku dah wat, yg lain2 mmg aku x dpt nak pk lgggg....5 days aku akan merantau dan dgn beat hati terpaksa tinggalkan segala persiapan untuk 1 lg event besar iaitu BRIGDES (Raja Nazrin nak dtg)....bile aku abis je cuti, aku dtg2 trus cuci kaki sbb all the preparation will start next week huhuhuhu.....
Mmg x sedap ati je nak bercuti tp aku kuatkan semangat gak sbb nak release mcm2 tensen yg ade skang ni smpi aku lupe nak jaga diri sendiri dan akhirnya membawa aku ke sebuah klinik dan terpakse menelan beberapa jenis ubat....
Have to stop here sbb nak ready kat galeri tu....Tun will be coming soon.... See u laterrrr
Urrmmm...ramai nak tau kan citer terbaru???(konon mcm ramai lerr yg bace blog aku ni hahaha perasan!!)
Arini kat opis ade buat skit makan2 utk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan staf kat FMD ni maklum laaa, sejak akhir2 ni byk sgt bencana, bala, malapetaka, kemalangan yang telah menimpa staf kami tp syukurlah umur masih panjang, cume masing2 punye MC je yg pjg.....dari situ dah tempang skit la operasi kerja seharian...
Dan satu lg majlis perpisahan untuk Sue..yg akan tamatkan perkhidmatan di MMU dan sambung kerja dengan BOMBA....
After briefing (mcm hari Senin yg lain2 laaaaa), majlis pun bermula dgn bacaan doa pastu ape lg.....sambil makan2 tu 'besday staf bulan april' siap sedia memotong kek....dan perut2 yg kelaparan dan kekosongan telah menerkam dan melahap segala makanan yang ada sehinggakan bos pun xsempat nak rase huhuhu.....Ape nak buat, bajet ciput tp perut gedabak belaka.......
Ape nak wat week ni ek???Pergi PC Fair kat KLCC???Or install gamin dlm hp kat Low Yat???Or usha kete baru???Huhuhu bile sebut psl ni aku tensen gilerrr...baru cdg2 nak beli kete tibe2 lak rumah sewa yg slame ni aku igt standby dah stat potong gaji, dah tu camno???kumpul duit lg supaya installment nnt jd skit??...pasni mmg aku xnak keje dah sabtu ahad...xberbaloi lgsg, keje lebih masa camne pun menambahkan tensen aku je...baik aku dok umah je tdo ke, tgk tv ke, tdo ke, main game ke, tido ke......Pasni org yg mmg standby pndi2 laaaa wat keje ek...
So, xperlu la tdo aku diulit oleh mimpi yg bukan2, leh tdo dgn aman, harap2nye laaaaa....Maybe dah lame tak exercise..so otak pun jadi lembap, byk lemak terkumpul smpi kat otak...huhuh
31/03/2009
Blanje Sue main boling 3 frames.....Disebabkan byk kali dah nak janji so smpi laaaaaa ari tu kitorng dpt merasa membelanja dan Sue merasa dibelanja oleh kitorng main boling....
Sib baik laaaa die byk menang drp kalah, x sia2 laaa aku dan Pah mengeluarkan duit yg tidak seberapa pada hari tersebut...Lepas lerr kejap tensen yg adoooo...Bz nak mampus psl keje...nak leisure pun xsempat nak tunggu wiken dah huhuhuh.....
Tp yang x best tu, xdpt la main tenis tiap2 sabtu ahad....sbbnye kalau ajak Sue ade la org lain2 nak ikut, tp pasni rasenye xdo sapo lagi dah nak main???btul tak???Kalau ade tu roger2 laaa ek, kite kuarkan peluh dan menikmati keindahan pagi di Cyberjaya....sbbnye kul 7.30pg kitorang dah turun court...
P/s : Mesti ramai nak tgk camne la rupe galeri yg aku dok bz kan tu???Bile dah launching oleh Tun Siti Hasmah pada Khamis ni aku akan tunjuk skit2....sbbnye pasni galeri tu bkn utk tontonan ramai cume VIP dan high level visit je....ape yg aku x sabo adalah kemunculan virtual host yang bernama May (walaupun launch bln April) hehehe
Boringnyeeee laaaaaa.......need fresh air, need different environment.... I dont think I had done a good job at this moment....rase mcm sia2 je kejenyeeee.....
Very tired...really need a rest, anyway after Atheneum Gallery dah launching nnt aku akan berpoya2 pegi jauh2 drp Msia ni dan enjoy myself...kalau kat Msia ade call aku wat x tau je hehehe.....Ape2 pun before pergi I need to finish all my workkssssss...... Before that, I have facial appointment from SKII yeeehhhaaaaa.....1st time nak gune produk ini...saje nak test, kalau nak beli x berapa nak mampu je kaannnnnn.....
Tomorrow, I dont have any plan yet...xtau la ape nak wat ek???Rasenye mcm nak install maps in my phone..ape gune beli mahal2 tp x gunakan function yg ade kan????Ishhhh banyaknyeeee kan kan???huhuhu.....
Believe it or not??Our prestige MMU grand hall (assume je la prestige tu ek hehehe) had been chosen for the place that will create 1st historical event that will break the world record. And I'm so proud to contribute indirectly for the venue preparation. Our big part here is to make sure all the mechanical & electrical part functioning well for about 36 hours non-stop. Biasanya pukul 12am chiller akan charging assume mcm bateri handphone la kan, kalau dah gune smpi power low, kena la cas bateri tu smpi full so baru leh continue guna hp andaaaaa......
All the Information was taken from this website (please click for more details)
"ONE NATION
Malaysia’s bid to smash the Guinness world record of the longest LAN party with over 250 hardcore gamers taking part. Current Guinness book record was set in 2008 at the Nvision event in the US. The record had 203 gamers playing for 36 hours over a LAN.
Malaysia’s largest invitational tournament spanning several mainstream titles. compete with other teams form korea,singapore in the most exciting game titles from SUDDEN ATTACK, CALL OF DUTY 4 : MODERN WARFARE, DEFENCE OF THE ANCIENTS (DOTA) to FIFA 09.
Don't miss this chance! there are cash prizes to be won ACT NOW!
GDC GAMEFEST 2009
GDC gamefest is brought by the MMU Games Development club"
Dah masuk 1 week xdpt nak edit blog...tersangat-sangat laaa busy......
Anyway this entry will tell you most of the activities that were happen for the entire week.......
1. Goodbye, bye bye its hard to die on 18/03/2009
Laptop FTec kesayangan ku yang sgt comel, cute dan cantik macam tuan die jugak (jgn muntah lak) telah selamat aku jualkan kepada Mr Zam Zam Allakazammm dgn harga RM500, ok wat still tip top lgpun xduduk jauh2 kalau rindu still leh pinjam or bw dtg opis hehehe.....
2. I can fly now!!! on 20/03/2009
Yeahhhhh...setelah sekian lamanyaaaa aku menanti (25tahun) akhirnyaaaa.......my 1st passport DONE!!Buat kat Hentian Kajang (sape laaaa pandai2 ckp ade kat Metro Kajang) tp punya laaaaa seksa nak tunggu dpt tu, aku beratur kul 9pg, dpt nom giliran dlm kul 10pg then pukul 3.20ptg baru nom dipanggil untuk process pendaftaran dan pembayaran....dan pada pukul 5.15ptg baru laaaa aku dpt pegang passport ku......huhuhu. Boleh bayangkan kena tunggu dlm 8 jam!!!!! Macam-macam hal terjadi tp biar la aku simpan sendiri je sbbnye cukup laaaa dosa2 kecil (mengutuk) aku dah wat kat sane tu haaaaaa. Mmg la siap 2 jam je tp nyeeeeee nak tunggu nombor kena panggil tu maut nak menunggu...Maybe time aku silap kot, time org tgh ramaiPasni mmg kena selalu pegi cuti over the sea supaya penantian aku membuat passport berbaloi dan berbalas.....You wanna know where's the place I want to use it officially first time ever???!!!Nanti laaaa ek kite cite hehehe....(Kesian kan??baru 1st time nak rase naik flight huhuhu...)
3. Found my new sweetheart on 21/03/2009
Taaddaaaaaa.......Introducing you my new lappy...This year I'm gonna rewarding myself a new laptop because of the hardwork that I'd done (mcm angkat bakul sendiri la kan hehehe).....Compaq Presario CQ40....beli kat Low Yat lerr kan....so far this is the best that I can found and recommended by many of the current users and tokei-tokei kedai. Actually, nafsu tu nak beli apple tp urrmmm...tunggu tahun lain laaaa kot la bonus byk skit ke kan..or tibe2 turun dari langit ke heheh...
Petangnyee, my family dtg dari kampung....then pegi tgk Hot Air Balloon kat Putrajaya dengan my cousin & anak2 nya, niat di hati nak kasi diorng tgk tp smpi je tmpt yang dituju dua2 skali dah terbongkang tdo huhuhu so aku dan maknye laaaa yg excited tgk hehehe.....
4. Part time businesswoman on 22/03/2009
Today is the MMU Open Day....and I'd buy 1 of the stall lot that requires me to sell the food.....
Macam-macam kami jual....so far sambutan not bad lagipun open day xramai org dtg....kalau dpt pulang modal pun ok, nak cari pengalaman pasni leh buat utk event besar2 lg...nak test market...then survey for the next bisnes plan. Untung rugi I lum kire, xsempat, penat gilerr umah pun bersepah lg tu huhuhu. Sampai import mak dari kampung untuk tolong jualkan heheh...Its ok, 1time kan nak berjinak2, pasni leh serius daftar company sendiri yuhuuuuu...
*p/s:gambar lupe nak snap sbb terlalu bizi berniaga + standby......i'm sory
5. My 25th Birthday on 23/03/2009
Dah tua lagi setahun....times to grow up with mature mind and behave..... Anyway, thanks for all the wishes terharu sangat ade gak yang igt besday aku walaupun aku susah nak igt besday org lain even tahun ni mmg paling worst sgt aku dah lupe wishes my parents their besday, seumenyeee jadi belated huhuhu aku terlalu byk pk hal keje sampai x sedar tarikh2 penting dalam hidup aku (Please forgive me!!)...actually bgn pagi baru aku sedar all the smses sbb mlm tu penat sgt kemas umah dan kemas barang-barang bisnes aku tu...so pas je siap sume aku trus tdo dgn lenanya smpi x igt pun esoknya tu besday aku....(fuuhhh selamat drp malu hehehe)
Anyway, another big thanks to Kak Yus & Family sebab celebrate besday aku kat Village View Bangi, siap ade kek lagi sib baik laaaa xde nyanyi2 hahaha...